Thursday 16 February 2012

Nenek Umur Remaja....

kah..kah..kah....

tergelak besar aku pabila membaca berita itu dalam Utusan Malaysia hari nih.  Ngaper boleh jadi gitus? tak rela ai.

Itulah kisah lucu tapi renyah yang terjadi kepada nenek Puan binti Ahmad dari Perlis. Dengan nombor ic 960421020058 menunjukkan beliau baru berumur 16 tahun walhal umurnya sekarang 90-an. Kesilapan ini disedari oleh cucunya, 21 tahun ketika menghantar nenek itu ke klinik untuk dapatkan rawatan. Kerani klinik yang dilanda kepelikan terlampau itu telah memanggil cucunya untuk kepastian. Yalah, nak kata awet aperr?

Demi tidak rela diri berumur muda remaja, nenek Puan telah pergi ke JPN. Pun begitu, dia dimaklumkan bahawa tidak perlu membuat ic baharu kerana tidak akan membawa apa2 kesan. Ini kerana hanya kesilapan tarikh lahir sahaja... Gitu pulaks.

Kalo lah kesilapan begini jadi pada sang artis tua berjiwa muda, tentu tak jadi hal lah benda2 kecik ni....ai sibuk, tak der masa nak ke JPN....gitu eh. he..he..

Disebabkan umur yang awet remaja, makanya nenek ini terlepaslah peluang untuk mendapatkan bantuan yang layak. Contohnya Bantuan1 Malaysia. Aduss, rugilah kan. Kesianlah pulak.


kp lama niss... hensem nyess mantan PM ke-4 kita. 
KP aku duluss masa 12 tahun pun gini gaks.

So, kepada kengkawan yang menukar kp baharu or anak2 yang baru dapat kp, harap check betul butir2 diri tuss. Kang dibuetnya umur lebih tua daripada tuan, lagi paraaahh. 
Macam2 hal...

No comments: