Saturday 21 March 2015

Alahai Harga...

Ni cerita baharu. Petang tadi akak dan suomi pergi membeli tiles beranda yang masih belum dibeli. Sebabnya tak ada yang berkenan sama ada dari aspek harga atau rupa paras. Yalah nakkan yang paling hensem atau jelita serta bermutu tinggi dengan harga murah. Boleh ke gitu?

Sebenar ada survey kedai dekat2 rumah tapi tak beli sebab harga ada tinggi sikit. Beza dalam RM2.00 sekeping bagi tile 2 x 2 kaki. Maka relalah aku ke bandar dan dapatlah berjimat sikit. Tapi tu lah... untuk beranda tak berkenan.

Alangkah terkejutnya haku kerana harganya telah naik. Hamboi...  Harga naik ni kan? Tanya kepada jurujual yang tiba2 ada di belakangku. Terkejut aku kerana masa tu aku asyik membebel. Ya... jawabnya. Nanti GST naik lagi ke? (Soalku bertubi2 dalam hati... sengih sumbing). Kasihan kami...ish ish.

Tapi akak tak paham kaedah sebenar selepas gst. Yang dengarnya harga naik...naik. Hanya iklan Sofi Jikan saja yang mengurangkan sikit stress. Realitinya?? Ramai yang tak tahu. Apapun harap ada kebijaksanaan di situ.
Gambar tahun lepas ni. Model dan ayah model yang botak. Ayahnya cover ngan kopiah. Tu ada sorang lagi... bagus jugak pakai kopiah barulah berhingat2 sikit akan tingkah laku dan tutur kata. Tak jugak kan. Walo bagaimana pon kita kena jaga peribadi dan perilaku hatta berkopiah atau tidak. Ngee..
Tile cam gini yang jadi idaman. Akak pilih yang warna kelabu. Dapat reger 6.50 sekeping. Bolehlah.

Bunga Kertas Orang Vs Bunga Kertas Aku

Cuaca panas kering lagi mengeringkan sedang melanda negara. Adalah diingatkan agar kita banyak minum air kosong.... tak aci asyik2 minum air bandung la...teh ais la. Semua itu kurang aci. Air kosong-sekosongnye paling kurang 8 gelas sehari. Jom kita acu cuba try. Boleh deh..

Sejenis pokok yang sangat serasi dan sinonim dengan cuaca panas ialah pokok bunga kertas aka bourgenvilla yang menjadi pujaan Spring. Boleh dikatakan ibarat musim bungalah bagi rumah yang tuannya rajin menanamnya. Alahai cantik niannn. 

Dulu memang aku tak suka bunga ni tak tau sebab asbab. Tapi disebabkan paksaan emak yang mahu mengurangkan tugas merawat pokok2 hiasannya serta sanggup memberi pokok2 bunga kertasnya secara percuma tu... maka aku relakan jiwaku untuk mencintainya.
Ni ha... warna aiskrim. Tapi ni di rumah orang. Apalah baja yang diberi makan kepada pokok ni hingga iya dengan bangga mengeluarkan bunga nan lebat tu. Rasanya tak adanye Kak Yah ni berusaha sangat. Biasa2 je tapi tak tahulah kot-kot ada orang tulun berak kat situ. Hihi... jahat aku.
Aduhai inilah dia pokok bunga kertas di rumah akak. Segar bugar kan. Hidup segan mati mau je. Kasihan. Sangat sadis lagi tragedi buah epal.
Yang ni masih bertahan meskipun dah jadi kurus cekeding kerana kurang kasih sayang. Terima kasih. Keadaan ini membuat aku insaf dan berjanji akan berubah menjaga diriku dan jagaanku dengan sebaiknya. Insya-Allah.

Nasi Kerabu Round Ke-2 yang Lebih Sedap

Masa gi jalan-jalan rumah mak sambil hulurkan sebekas bubur jagung... ternampak banyaknya bunga telang. Kita kat kampung panggil bunga nasi kerabu jer... sejak syampu sunsilk perkenalkan syampu perisa bunga tu barulah akak tahu nama sebenarnya. Ooo...bunga telang nama dalam ic nya. Betapa kurengnya elmu dalam bidang sains pertanian , botani serta petani. Hihi Huhu.
 Oh ini bukan bunga telang ya puan-puan. Ni namanya bunga kertas. Jangan sekali kali salah guna buat wau apatah lagi nasi kerabu. Merapu... sengih. Akak abadikan di sini sebab ada dua model penting dalam hidup akak yang berlatar belakangkan bunga kertas yang sungguh lebat. Cantekkk. Mecing pulak mak aku tudung ngan sandal tumit rendahnya hitu.

Kali ni akak bertertib sikit menulis resepi sebab nenjadik dan puashati di tekakku. Justeru jangan buang masa lama sangat nanti subuh hari pon tak boleh merasa keenakan nasi kerabuku yang lebih sedap daripada sesetengah tempat. Wah2... arivah.
Ni tumis super sedap. Seeloknya dibikin lebih awal dan biarkan iya tidur semalaman di rumah kita supaya mesra dan serasi.

Bahan tumis :
5 ulas bawang merah,
1labu bawang besar,
1 ulas bawang putih,
sehirisan halia,
3 batang serai diketuk,
sekeping asam keping
2 sudu cili kering yang dikisar
200 ml santan kotak
minyak.... garam... manisan.... aji
Kaedahnya.... semua bahan dikisar kecuali asam dan serai. Kendian ditumis dan masukkan santan. Rasalah ye supaya sedap. Oh ya... sepatutnya dibubuh juga 3 sudu budu... tapi akak tak masukkan asbabnya ramai sangat pengidap resdung di rumah ni. So untuk akak kena sepesel lah yaitu tuangkan sedikit budu tu atas nasi. Sedap tak hingat nih.

 Sediakan pulak sambal ikan plus kelapa. 3 ulas bawang merah, sehiris halia, 6-7biji lada hitam dan tiga batang serai. Ditumbuk hingga lumat. Mulakan dengan serai yer. Lepas tu masukkan ke dalam bekas.
 Goreng 1 cawan kelapa hingga kekuningan. Tumbuk supaya halus. Ada orang tak tumbuk pon. Tapi untuk menunjukkan kerajinan dan nilai2 murni... seeloknya ditumbuk manja manja gitu. Sekejap je. Oh ya... hari ni cik lesung batu jadi bintang fofular ye. Kiki. Tumbukkan juga 3 ekor ikan selayang yang direbus. Tak ada gambau lah pulak.
 Pastu panaskan bahan2 tumbuk dalam kuali dengan api perlahan sambil digaul. Motipnya supaya sambal ni tahan lama sikit. Sambil2 tu masukkan garam dan gula. Rasakan sedap ke tidak.
Ni adalah penyumbang kepada brand menu ni. Akak bubuh apa yang ada di kawasan rumah dan peti sejuk ajer. Dan sememangnya tak berapa nok ada apa-apalah...
Bunga telang posing bersama daun serai kayu. Ambik rumah mak. Di rumah akak pun tanam jugak tapi togel tak ada daun. Ngeh...
 Hah... ada taugeh hijau. Buh aje lah. Sedap jugak rupanya.
Taraa... nasi kerabu ke nasi kelabu ni??. Warna sebenar lebih cantik tapi dek kerana tak ada lampu limpah, maka heronya nampak hitam. Tak per sedap tetap menten. Bahan2... 4 cawan beras, 15 kuntum bunga telang diramas dengan 2 cawan air ditambah 3 cawan air lagi untuk diguna ketika tanak nasi. Tanak bersama sebatang serai dan 2 helai daun limau purut ( tapi kann... akak lupa letakkk). Satu lagi beras ni akak basuh dan rendam dalam rice kuker dari waktu malam sebelum tidur lagi. Senang... bangun esok terus tapp... tekan suis. Justeru ye adik kakok tak perlulah tambah air lagi. Kelebihannya ialah nasi kita lebih berderai-derai seperti air mata yang berderai... kata Lefthanded sewaktu zaman kegemilangannya dulu2 tu.  Akak suka nasik yang begini kondisinyak. Ehh...

Tulah sajanya... nasi dalam pinggan tak sempat snap gambor sebab tak hingat. Nak sedap lagi gorengkan ikan rebus dan keropok keping. Kalau rajin buatkan solok dan macam2 lagi.
Ni gambar sejarah fail peribadi ketika pembikinan buat kali pertama. Masa ni akak rajin yang amat untuk mengkomplitkan menu. Tak taulah, nanti round ke sekian kali mesti tinggal nasi saja kot.... ohh tidakkkk...
Sekian terima kasih.

Thursday 19 March 2015

Lamanya Proses Ubahsuai Rumahku

Hari ni secara rasminya kerja ubahsuai rumahku syurgaku selesai. Yang tinggal lagi pemasangan tiles, grill dan elektrik. Oh alangkah lamanya si tukang rumah bermajikankan suomi aku. Kalau dihitung secara congaknya dalam 4 bulan 16 hari. Woo macam bina rumah walhal sejongker @ sikit saja. Nak kata cermat tu tak adalah sangat. Cumanya lambat tahap gaban wakasau.

Banyak sudah kudengar tentang tukang yang cabut lari apabila duit upah habis sedang kerja ada lagi. Nasib baik hal itu tidak tertimpa kepada kami. Kalau tidak, nangislah dengan segala genre lagu... kiranya tewaslah Juara Lagu tuu. Pun begitu, rekod tukang ni bersih sebab camana pun dia akan bereskan projek dia...

Pada awal2nya kan main lagi lajunya mintak upah. Kerja tiga hari mintaknya 1500 hinggit. Apa nak kata... encik suomi hulurkan jugak walau berat tangan seumpama diikat pada piramid. Hehe merapu. Bimbang oo...

 Akhir2 ni si tukang banyak datang seorang diri sebab tak mampu pakai pekerja lagi. Hari Khamis mintak seratus saje... kasihan pulak kami kenang anak isterinya nak belanja. Tapi sudah tuan punya badan tak tahu berhingat2... Banyak kali juga en.suomiku mengingat tentang wang upah yang baki tak seberapa lagi berbanding kerja2 yang ada.

Dan (sempat lagi)...dan... kata dia. Kalau gitu okaylah. Reda sambil berdoa agar dia siapkan rumah haku ni. Tulunlah. Dan hari ni kami boleh tarik nafas lega. Syukur alhamdulillah.

Wednesday 18 March 2015

Resepi Krimpaf Sedap Bagiku

200g mentega
2 cawan air
250 g tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu kecil esen
secubit garam dimasuk ke dalam air

Cara
1. Masakkan air dan mentega. Apabila cair, tutup api dan masukkan gandum. Kacau dan sejukkan
2. Masukkan esen dan telur satu persatu. Mix.
3. Paipkan dengan nozel
4. Panaskan oven 200-220c
5. Bakar selama 30 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan dan belah dengan gunting.
7. Masukkan inti kastad.

Inti
7 sudu besar kastad
3 cawan susu segar
Setengah cawan whipping krim - aku letak sebab ada. Hihi
6 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila







Tuesday 17 March 2015

Cat Kuning Merah lah Pulak

Assalamualaikum...
Proses ubahsuai rumahku sudah ke peringkat mewarna aka menconteng dinding. Mengapa jahat mulut aku berkata demikian? Hihi... sebab kami suomi isteri yang mengerjakan dinding suci murni tu jadi huru hara dan berbelak2.
Asalnya nak cat di bingkai dalam tingkap saja sebab bila pasal grill nanti susah nak kalerkan. Tapi serius best sangat main dengan berus, roller dan cat yang warena wareni tu. Akhirnya setin demi setin kecil berjaya ku habiskan waima ke dinding atau ke lantai. Huwaaa...
Kata pakar cat, kalau nak tengok warna asli dan kesesuaian cat pada dinding... kena beli tin kecik dan tes dulu. Maka, sesi calitan nak uji kaler merah ni... sesuai ke idok. Alahh bos... kalau sikit sangat mana nak nampak sangatt.
 Akhirnya jadi sebesar ni medan uji kajinya. Hehe sudah hampir 100 peratus tu... tes apanya kan. Kira jadiklah. Begitu jugak dengan cik kuning bersinar tu. Daripada secolek jadi setampang. Teruskan sebab tak boleh nak berenti ni... menitik-nitik air lio. Hehe.
 Gigih lelaki misali ni menghayunkan tangan meski kaki dah menggeletar lama berdiri atas tangga tak berapa boleh diharap ni. Sabor boh... sikit lagi tuu. Macam biasa... akak bahagian ajk motivasi. Sengih.
Melarat2 ke luar rumah pulak. Konon sudah tak larat nak upah tukang ajer bahagian luarnya. Kan dah kukatakan... teruja weh macam budak2 main water colour tu. Sekarang tak ade nya test2 lagi. Tahu-tahunya cat dan cat hingga ke titisan akhir. Cantik gak kaler ni. Ingatkan boleh jimat sikit apabila jadi tukang cat sendiri ni, tapi awal2 lagi sang lelaki ini dah caj. Huhu.

Tu pokok buluhku yang hampir meninggal gara-gara terabai sejak merenovasi ni. Malas nak melepak depan rumah dengan beg2 simen, batu bata... pasir dan sebagaimana kedai hardware. Kesian... sekarang mak janji tak kan abaikan ko lagi ye. Tumbuhlah daun lebat2 untuk menaungi orang dalam rumah. Terima kasih.
Macam iklan sabun fab. Boleh jer main nyorok2 cekodok kat sini. Suka sangat warna ni... ceria, bertenaga dan berinspirasi. Cewahhh jadi pakar psikologi pulak akak.

Friday 6 March 2015

Kedai Makan Herba @ Bypass Pasir Putih

Kalau ke Kota Bharu selalunya akak singgah kat sini. Kalau dulu segala masakan dan minuman spesialnya ialah segalanya herba. Nasi goreng pon rasa herba sama ada memang ada herba atau minda sudah tersetting....
 Gambar terbaharu... sudah ada kemajuan. Nampaknya masakan panas ala Thailand sudah dominan. Ahaks... mungkin satu penambahbaikan atau lidah-lidah tradisional sudah semakin pupus.
 Nah aneka sup pada papan tanda. Minta sup perut tak adalah pulak. Alasan biasa lagi terbiasa... sudah habis. Nyahhh...
 Gambar-gambar jenis herba dan khasiatnya masih ada. Maknanya masih relevan lagi dengan nama restorannya. Sesuailah untuk para pencinta dan pengkaji ubat-ubatan datang ke sini kerana selain kedai makan, ada jugak pusat jualan aneka herba kering dan juga anak-anak pokok. Macam pusat sehenti lah. Memang bagus.

Tapi anak bongsu ku jadi keliru dengan khasiat yang tertera... umi... kalau minum air pegaga tu, kita jadi lelah ke baik lelah?? Soalnya jujur dan polos.
Eh eh...ya lah. ZOOMMM...
 Minuman ni istimewa ke?? Rasanya minuman hijau ni lah yang sempeselnya kan?.
 Taraa...air pegaga. Tapi sudah tak berapa umppp. Tapi pabila ingatkah khasiat awet muda tu... habiskan habiskan... nyanyi ala2 frozen tu.
Tertanya2 jugak perbezaan rasa ni mungkin sebab tukang masak sudah bertukar atau empunya kedai sudah bertukar... atau satu lagi andaian tukang masak selsema hari tu. Jadi, segala-galanya BERTUKARR. Wakasau wakasau gabannnn...