Monday 22 September 2014

Alahai 91011 Lagi

Sedih sangat. Apalah dosa budak2 calon UPSR tahun ni. Sudahlah sembilan bulan penuh tekanan. Hari2 padat dengan kelas tambahan petang dan malam. Cuti Jumaat Sabtu kurang ertinya kerana ada kelas tambahan. Tak hadir kena sound dek guru. Aduh.... tapi aku paham... guru nak yang terbaik. Budak2 ni kadangnya tak tekan tak fokus pada pelajaran. Bagi ibu bapa yang terlebih prihatin... kelas tuisyen berbayar pulak. Huhu... anak-anakku kini hilang sudah zaman kanak2. Kasihan...

Sudahlah kertas Sains dan Bahasa Inggeris dibatalkan. Terkini kertas Matematik pulak. Tension tahap impak maksima anak2 ku meskipon tiada anak kandungku yang menduduki ujian ini. Sabarlah aduhai anak. Ekstra lagi tekanan selama sebulan...

Salah siapa kejadian hitam ini berlaku? Proses bangau o bangau la. Dalam wasap banyaklah tersebar luahan guru. Guru yang tidak terlibat memanglah bengkek... sebab murid2 menjawab soalan dengan memerah otak dan lega apabila kertas berakhir meski belum tentu nasib grednya.

 Tapi bagi guru2 yang dapat soalan bocor tersangatlah gembira sebab peratus A dan lulus yang tinggi sudah dalam genggaman. Almaklum anak2 murid sudah terlatih dan mahir. Oh... harapnya guru jenis ini kecil saja bilangannya. Aku sebagai ibu bapa tidak inginkan anak2 beroleh 5A kerana dapat soalan bocor. Dan aku sangat percaya ibu bapa lain sependapat denganku.  Apalah ertinya??

Cuba bayangkan kalau murid2 ini ditempatkan di sekolah terbaik. Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM misalnya... tidakkah pelajar2 ini akan tertinggal dengan gaya pengajaran dan pembelajaran kendiri di situ.

Apa-apapon marilah kita ingat mengingatkan termasuk diriku sendiri, dalam segala urusan hendaklah kita mengikut peraturan dan berintergriti. Tiada jalan mudah untuk berjaya dan bahagia. Sesungguhnya amatlah manis nikmat kejayaan@ 5A jika dihadapi dengan jerih perihnya.

Allahuallam....

Thursday 18 September 2014

Tepung Pelita Tradisi Melayu

Hari ni godeh2 internet untuk cari resepi berasaskan tepung beras lebihan buat laksam dua tiga hari lepas. Almaklum kalau tidak menebeng untuk reka makanan, makanya jadi santapan tong sampahlah kelaknya nanti. Tambahan pulak abang kena balik awal ke asrama hari ni sebab ada kelas.

Banyak resepi yang muncul tapi bagi aku yang wanita Melayu tradisional ni nakkan resepi yang ori tepung pelita sebagaimana aku makan masa kecik2 dulu. Masa tu tepung pelita Orang Kampung Buluh sangat popular. Nama asal tuan orang tak kenal pon... nak tau lagi cerita?? Sedang kefemesan tepung pelitanya menjadi sebutan dan rebutan, tiba2 sajer kue itu menjadi tidak ada di pasaran. Akhirnya sampai ke telingaku bahawa tuannya dah meninggal. Yang sadisnya katanya sakit AIDS... huhu.

Resepi asal daripada http://cendanakasih.blogspot.com/2011/05/tepung-pelita-mudah.html?m=1
Hmm terima kasih Cendanakasih. Mesti rajin bangat masak memasak ni.

Sudah paham resepi aku ke dapur lah sambil mengerah kakak membantu.

Lapisan hijau
1 cawan tepung beras
3 cawan air
5@6 helai daun pandan
5@6 sudu gula
pewarna hijau

Lapisan putih
Setengah cawan gandum
setengah cawan tepung beras
1 kotak kecil santan segera
3 cawan air
setengah sudu teh garam

Cara...
1. Blend daun pandan... tapis. Masukkan kesemua bahan lapisan hijau dan blend. Pas tu masak atas api sederhana hingga berkilat.
2. Blend semua adunan lapusan bawah dan masak hingga pekat.

 Blend daun pandan dgn sebahagian sukatan air yg 3 cawan tadi tu.
 Blend semua bahan lapisan hijau dan masak atas api perlahan. Kena kacau selalu agar tidak berkerak2 gitu.
 Nah... menawan sungguh colornya kan. Bila pekat dan berkilat gini angkat.
 Masak bahan putih pulak. Seeloknya dimasak serentak agar si hijau tidak perlu menunggu lelama. Bila dia sejuk agar sukar nak levelkan.
 Masukkan 1 sudu kecil gula pasir ke dasar bekas. Asalnya nak buat dalam daun pisang... tapi kebun pisangku cinonet sangat. Kecik ajer daunnya tak lepas. Lagipun duk klebek klepet akhirnya bocor pulak. Ngeh...ngeh.
 Pas tu masukkan si hijau tiga empat sudu... pas tu bubuh si putih salju. Nampak tak sampan daun pisang tu.... hanya satu2 nya tu.

Kukus dalam 5 minit untuk hancurkan gula tadi. Angkat dan sejukkan. Nyaman. Sedap sungguh.

Memori Realiti dan Fantasi Crossfire

Sedang syok melayan radio dalam kereta... tiba2 keluar lagu ni.

Kita sering dibatasi
Realiti dan fantasi
Kasih sayang insani
Dan peribadi....

Wah...tergolek2 kenangan silam masa awal rumaja. Bukan kisah2 chenta pon tapi kisah aku layan lagu ni dengan mendengar kaset. Masa tu banyak jugalah tali kaset yang kubeli. Aik... jangan mengata dulu, masa tu rege kaset hanya dua ringgit ajer. Yang cetak rompak merompak semestinya lah. Duduk pon sebelah kedai cina jual radio dan kaset. Of cos aku terpengaruh kerana sering dengar dia tes untuk pelanggannya. 

Masa tu aku sudah pandai cari duit dengan menolong sepupuku berniaga di pasar pada hari nat Sabtu dan Rabu. Upahnya dua tiga ringgit sepagi sebab lepas tu aku perlu ke sekolah pulak. Banyak jugak tu... bolehlah aku menampung keperluan dan hobiku terutama beli majalah Remaja. Ketika itu Aznil Nawawi, Aleeza Kassim, Nasha Aziz dan ramai lagi model dan pelakon yang sekarang sudah akhir 40-an ke atas tengah mantop. Rasa2 kumasih simpan majalah tu kat umah mak. Mesti kelakar kalau tengok sekarang kan.

Kegilaan membeli majalah Remaja terhenti automatik pabila aku sudah tidak remaja. Masa kerja beralih ke majalah Wanita tapi rasa heavy sangat. Akhirnya tak berapa minat membeli majalah lagi. Kini aku beli majalah ikut keperluan. Masa tengah  cari idea untuk buat dapur, aku gila2 membeli Dapur Impiana dan Anjung Seri. Hasilnya kabinet dapur aku adalah iras2 gambar majalah tu tapi dalam versi murah bajet. Huhu... malas juga masaknya.

Kini yang selalu menarik mataku ialah Laman Impiana. Suka sangat tenung gambar landskap rumah orang... terasa2 macam aku ada di situ. Nyaman. Hasilnya aku lebih advance daripada kengkawan dan selalu menang kalau berbicara tentang pokok2 dan landskap padahal halaman rumah aku bercaca merba. Bukannya Chacha Maembong ye. Kiranya boleh la kerja sambilan di nurseri atau taman botani... 

Oh ho...berbalik pada lagu di atas, bagi aku liriknya indah dan tidak cintan cintun. Tiba2 aboh pon turut menyanyi2 lagu ni. Aikkk?? Kaki tali kaset jugak ke...

Meri Go Round Kelantan

Ketika balik dari makan gulai rumah bapa saudara di Kelantan, macam biasa kami akan ambik kesempatan pusing keliling bandar. Adik kata kat Billion ada sales... hmm iye? Mestilah aku merewang ke situ. Tapi macam biasa... keluarnya mrlenggang saja tanpa hasil rewangan pon. Hehe memang rugi toke pasar raya dengan aku.

Pastu... ke KB Mall. Suka tempat ni sebab terletak di persimpangan strategik. Sebenarnya cari kedai kamera. Motip aku nak beli kamera kompak untuk dibawa berjalan2 pusing2 meri go round. Kamera dslr tu masih elok dan berkualiti cuma kadang-kadang kita perlu yang lebih kecil unyuk je sesuatu tempat. Hokey.

Lagi.... ke Wakaf Che Yeh semata2 nak makan di restoran Mustaqim. Sedap dan murah semestinya.
 Pada aku ni watak utama di sini. Belut paprik. Amore de amor.
Watak tak kurang penting... tom yam udang galah. Wahh... tak trim janggut nampak. Awas!! Jangan termasuk lubang hidung.

Kendiannya ke Pasar Wakaf Che Yeh yang fofuler amos tu. Pada aku biasa2 jer cumanya lebih ramai dengan peniaga dan gerainya lebih banyak. Harga barang boleh tahan mahai jugak. Kali ni aku singgah beli mempelam@pauh siam. Dah ofer adik kalau teringin nak tanam pokok pelam, meh la ambik biji@butir kat rumah aku. Hehe... kedekut hagimaru.

Bila Semua Orang Nak Jadi Arkitek

Hasrat nak membesarkan rumah sudah nekad. Cumanya nak cari tukang rumah yang berkaliber dan berkibar2 sahaja. Rupanya sudah sampai kini, masalah menjadi kritikal jugak kerana tukang yang bagus2 sudah penuh jadulnya. Almaklum la kan sudah kerja baik.. maka jadi pilihan dan pujaan hati ramai.

Sudah dapat kelulusan pelannya? Malas nak cakap. Aku ingat lepas renovate baru nak mohon. Okay ke gitu?? Kalau kena denda berapa ye.. alamak lah aku. Saper yang lukis pelan?...sendirian berhad. Ala rumah kampung jer...

Makanya kami anak beranak bertukar profesi. Semua orang tiba2 menjadi pelukis pelan yang kecundang.
 Lakaran aboh.. nampak ropa sikit. Macamana wajah rumah haku kalu pakai pelan lantai@tanah ni... menawan kah?..oh nehe mera beti he.
 Huhu..aku punya. Ada saper2 nak upah aku. Nanti rumah siap dengan jayanya senget benget.
Hai.. kiranya paling comel. Adik punya. Bakal arkitek masa depan. Tungguu.. tapi manalah pulak perginya lakaran abang yang memang berceta2 nak jadi Hijas Kesturi... salah eja ke fakta mintak mahap la yer.
Sudah sampai tahap memerah otak meneroka bakat cam gini, rasa tersangatlah teruja dan tidak sabar. Rasa2nya baru aku bersemangat nak kemas rumah kan? Ceh ceh... palsuuu.

Friday 5 September 2014

Ikan Bakar @Tok Bali

Nama kedai Mazni Ikan Bakar Lauk Kampung... kalu tak salah. Macam sedap. Jom masuk boh.

Ikan bakar rempah, ikan panggang tawar, ketam rempah. Nasi dan ulam budu memang set.
Sotong celup tepung meme terbaik. Super sedap.
Ikan dibakar secara tradisional guna dapur arang. Ikan dan sifut di sini cuma ada dua menu sama ada panggang tawar atau rempah saja. Tak ada yang lain. Nak oder sayur goreng pon tak ada sebab memang gu nya ialah budu ulam sambal. Bolehlah.

Monday 1 September 2014

Sekali Ribut Melanda Sekali Hati Gulana

Hua ha tajuk melankolia bebenor. Balik dari merendek di Tok Bali kutengokkan kawasan kampungku bersampah sekali. Dengan daun2 kayu semestinya. Ranting patah bertaburan. Subhanallah... ribut kuat ni. Dek kerana malam... tiada apa lagi  yang jadi agenda kecuali tidur. Hai... manalah si Arif ni. Petang tadi balik menumpang jiran kerana aku masih berjimba2 naik kereta api Senandung Wau. Terima kasih.

 Nah... pokok jambu maduku terbongkes. Sedih pulak buktinya perhatikan wajah adik yang feeling sedih habis. Sebenarnya pokok ni masih ada potensi nak pulih tapi nemandangkan sudah ada niat nak tebang ( terpaksa sebab nak resizekan runah sikit....). Terfikir jugak mungkin Allah permudahkan urusan kami.
 Putik2 buah yang lebat jatuh ke tanah. Selamat tinggal. Terima kasih kerana beri kesempatan aku merasa buah selama dua musim. Ish...ish.
Dahan durian patah dekat surau. Seorang jemaah maut ditimpanya. Innalillahiwainna ilaihirojiuun.