Thursday 22 October 2015

Tetikus Pengimbasku 3 Hari Sudah Rosak


                                   Mouse Scanner-Lite Array-OCR-MyScan Scan & Editable free Shipping
Hari Isnin baru ni, akak ada beli tikus pengimbas ni dengan seorang jurujual berbangsa Cina yang datang ke tempat kerja. Yang bagusnya boleh edit apa yang discan. Bagus memang bagus tapi tercabar jugaklah penulis asal sesuatu bahan bacaan tu kan. Sudahlah boleh discan, boleh edit pulak.

Berfikiran positif, akak beli jugak sebab nak scan gambar-gambar lama contoh gambar kahwin dan anak2 masa kecik. Konon2 nak buat photo book.

Tapi bayar pon belum habis, baru sat ni dapat mesej daripada penjual supaya langsaikan baki... oh ya, bayar deposit RM50 terus dapat. Baki lagi RM300 tu bayar nanti gaji. Bayar memang nak bayar tapi... sudah rosak. Tak boleh scan lagi. Hanya menjadi tikus mondok yang besar sahaja tanpa spesel lagi. Arggghh menyampah. Memang dijanjikan ada jaminan setahun, tapi bila dapatnya tuuu...

Kejap lagi nak reply mesej dan buat aduan sekali. Tengok macam mana tindakan dibuat....

Monday 19 October 2015

Misi Mencari Mi Udang Teluk Kumbar

Sungai Mehrab sudah
Kuala Sepetang sudah...

misi diteruskan ke Teluk Kumbar atau Gertak Sanggul. Nama tempat klasik tak hingat. Namun bagaimana dengan menu mi udangnya. Adakah seindah bahasa secantik lukisan? ... haha. Meh ikut akak meredah Laut China Selatan ni.

 Mula2nya kena naik jambatan baharu ni. Pastikan sparekan duit tol RM24. Kalau dari Perak keluar ikut susur Jambatan YDMM Agong ni. Tinggikan kos misi pekena mi udang kat Pulau Mutiara nan sebijik. Kalau tak nak guna jambatan ni, boleh pergi ikut Jambatan Pulau Pinang yang masyhur tu atau naik feri. Tapi sumer tu kena tol dan tiket. Kalau ada skil serta berani boleh jugak try berenang-renang ke seberang.

 Gumbiralah hero Malaya dua orang ni naik jambatan sepanjang 23 km... kalau silap harap jangan disimpan di atas peti. Ibu bapaknya lah yang mengikat perut nak bayo tol.

 Wahhh... lama kuidam kini mendapat. Cantiknya tanah air tercinta. Kalau boleh berhenti dan tangkap2 gambar kan bahagia kami sekeluarga... orang lain entah.

 Syruuuuppp... bunyi makan angin segar dari atas laut. Justeru, sila nganga mulut luas2 untuk kaedah makan angin percuma.

 Haha... sudah nak sampai. Teruskan perjalanan dengan berhati2 sebab banyak kerja pembinaan dilakukan. Almaklum tarikan baharu bermula di sini.
 Teluk Kumbar oh...maka melenggang kangkung kitaworang dalam kereta. Jalan kampung kat pulau memang gini cukup2 dua lorong. Ater...

Setelah pusing keliling dan hampir putus urat merih cik asanya... barulah terjumpa kedai mi kenek2 la udang di kawasan perumahan rumah. Rumah teres setinggat dijadikan tempat operasi hingga menjadi sebutan. Terekod dalam Waze lagi.  Kemas dan bersih suasana dalamannya. Pelayannya nampak muka macam Indonesia ori. Sekali lagi buah cempedak di luar pagar ambil galah tolong jolokkan deh. Hehe...

                    
 Mi teow udang empat... reger yang biasa RM15. Yang special RM26 rasanya. Tak mampu akakk. Servis cepat. Sampai2nya oder... tak nampak pun tuan runah.

Setelah kukuis2 dan kais keluarlah tuan rumah sebanyak 5 ekor saiz XL. Hmmm..
Bismillahirrahnanirrahim...
Masa kenyang baru ingat nak ambik gambar kedai. Ayu Mi Udang nama diberi. Kalau datang berdua bertiga berempat pastikan duduk di meja empat. Meja enam krusi tu diletakkan tanda reserved supaya tiada ruang  membazir ketika  kastener ramai. Masa akak sampai ada dua orang saja.

Okay. Bye Gertak Sanggul... akak nak balik ke Ganu pulak lepas ni. Nantikan review tentang bintang mi2 udang yang akak makan di 4 tempat.

Saturday 17 October 2015

Tempat Mesti Pergi di Cameron Highlands

Kalau nak berjalan2 kat CH ni aku rasa sehari sudah memadai. Sebab tak banyak tempat yang best. Tapi tak boleh tidak mesti lapor diri di dua tempat ni...

Bharat Tea... Ladang Teh Boh

Dua-duanya popular. Boleh jer mana2 pun sekadar nak bergambar dan berkenal-kenalan dengan mak ayah teh uncang yang wajib ada kat dapur kita tu. Hampas teh tu jangan dibuang ye puan-puan. Sesuai sangat dijadikan baja penyubur pokok bunga atau pokok daun kita kat luar tuuu.

 Saujana mata memandang. Rasanya ladang Boh lagi luas. Kalau nak adventure sikit boleh sewa bas mininya untuk terus ke kilang. Akak pernah naik sekali... rasa nak muntah dan taubat dah.

 Jom pekena teh secawe...

Taman Lavender

Tiket masuk RM4 untuk kanak2 dan RM6 untuk mak ayah budak. Mahalnya... tapi jom masuk dulu
.
 Ada juga bunga ni. Alaaahhh lupa pulak namanya... cik daisy namanya weh.  Cantik dan subur sangat wei. Kalau kat umah kita jadi kenit2 saja. Itupun kalau tak mati. Justeru tak payah bazirkan duit beli anak pokok yang banyak dijual di Kea Farm. Tapi kalau nak beli bunga ni, sila pilih... harga sekuntum RM2. Mesti senyum sampai terkoyak bibir saper yang dapat. Hehe...

 Pokok stoberi pun ada kat. Makanya jimat masa kita tak perlu pergi ke taman strawberi lepas ni. Kiranya puaslah mata menjamu selera serta kerja outdoor sajalah henset kita untuk ambik gegambar.
 Nah... kalau rasa koya berangan nak ada dan tinggal di dalam kebun stoberi tu, boleh petik sendiri. Tapi masa akak pergi stoberi tu cuti... maka tak dibenarkan saper2 berangan. Huhu.

 Laluan ke bahagian atas yang ada taman bunga dan stoberi. Indah dan kreatip sungguh. Saper2 yang mudah terasuk dengan taman Inggeris bolehlah cedok2 idea kat sini.
 Dalam kasut Phua Chu Kang pon boleh tanam pokok hiasan. Pokok durian tak sesuai kot. Oleh itu wahai adik2 kakak2 dan mak cik2 tu diserulah agar manfaatkan kasut but terpakai encik suomi tu daripada biarkan jadi tempat lepak katak dan lipan.

 Aduh penat dan dahaganya jalan2 kat dalam ni kan. Ehhh jangan bimbang... ni dia yogurt stoberi dijual dengan reger RM8 sebekas. Bawah tu buah stoberi kecik2 lagi masam. Ada juga dijual strawberi segar dengan harga RM10. Kalau gian nak menghadam kat situ sambil lepak2 tu sila lah beli... jangan kedekut tunggu kawan pelawa jer... hihi. Tapi kalau nak bawa pulang, kat pasar lagi murah.
Alamak belum sempat solat? Hehe... boleh jer usolli kat sini sebab surau comel ni ada disediakan. Selamat.

Ada lagi tempat yang boleh dikunjungi seperti Taman Kaktus, Taman Lebah.... dan macam2. Tapi dua tempat ni ajer akak sanggup ulang tayang kat CH.

Monday 5 October 2015

Jerebu Oo

Jerebu sudah menjadi santapan tahunan kepada nusantara Melayu. Masa belajar dulu kala... ingatkan udara kelabu tu kabus. Almaklum kali pertama berlaku. Masih ku ingat lagi... masa kat belajar kat institut, semua penuntut wajib berjoging keliling laluan pada masa Pendidikan Jasmani. Biasanya kewajipan itu amat tidak disukai oleh sebilangan penuntut termasuk akak.

Yalah kan... selepas berlari2 tu jadi berpeluh berkeringat. Berminyak-minyak... abis bedak kat muka oi. Kan sudah tak cun lagi mak cun. Lepas tu kena tukar pakaian formal pulak. Leceh lagi melecehkan. Tak tahulah ada ke tidak lagi acara joging2 tu. Waktu tu bukan nak kira tentang nak menyihatkan badan dan minda sangat. Yang penting wajah menten ayu....LOL...hahah

Berbalik kepada jerubu tu... masa tu jerebu sangat2 lah tebal. Penglihatan seperti kurang kuasa. Objek lebih dari 5 meter sudah hilang. Wowwww... suka sangat tak sedar bahaya ke apa. Apa lagi masing2nya tercegat saja membatukan diri. Nak ambik kesempatan lah kononnya... dan memang misi berjayalah hari tu. Gagaga...

I
Pengumuman penting... semua sekolah di Semenanjung diarahkan ditutup kecuali negeri Cik Siti Wan Kembe demi kesihatan murid. Bagus sangat. Sukalah tue...
Walaupun bercuti, para ibu bapa kena ambil langkah proaktif dengan melakukan pemantauan serta hadkan aktiviti luar rumah anak2. Yalah budak2... kalau perlu pakai topeng muka. Topeng ultraman atau watak2 kartun tu pon boleh jugak....

Saturday 3 October 2015

Rumah Kita Gaya Hidup Kita, Rasional Rumah Bersepah...

Sehari dua ni akak ada mood nak beresihkan rumah. Alaa... sekadar menyapu dan lipat kain jer pun. Lagiannya rumah ni tak ramai ahli... kiranya pembuat sepah tu kecil saja peratusnya.

Kebetulannya kelmarin ada saudara yang datang. Apalagi memuji2 lah dia. BerSIHHhnya rumahh. Ehemmm hem. Dan memang tak dinafikanlah.... hihi.

Tapi kan perlukah rumah kita menjadi terlalu teratur setiap masa. Pada akulah.... hmm dengar ya nak keluarkan teori yang berpaksikan pada keberatan tulang ni dan jugak dalam konteks aku; Rumah bukan galeri hiasan atau pameran untuk dipandang cantik sahaja... (Ramai yang mencebik dan tak setuju ni... jangan mare neh)
Biarkan anak2 gembira di dalam rumah. Bersepah dan berkecah adalah normal. Gambar di atas tak ada motip. Sekadar hiasan.

Rumah adalah kehidupan yang memberi kebebasan kepada ahlinya bernafas dan bergerak bagi menjana idea dan kreativiti. Cuba bayangkan perasaan ketika kita mengunjungi rak jualan kaca di pasar raya. Pecah dikira bayar tuuu.... huh! Memang tahan nafas sentiasakan.

Cuba bayangkan juga perasaan anda ketika berkunjung ke rumah teman2 yang rumah mereka ibarat dalam majalah tu. Seronok? Hmm tentunya selepas menghayati kecantikan dan keindahan susun atur dan hiasannya, maka kita terasa nak cepat2 beredar apatah lagi kalau membawa anak2 kecil... tentu berjela2 peraturan dan denda akan kita bentangkan sebelum turun dari kereta. Betul tak??

Yeaaay... rumusannya kita bolehlah bermalas-malasan saja demi kelangsungan sifat malas kita tu ek. Hehe...ingat kita tak mahu hidup dalam tempat pelupusan sampah, kan? Okay... katakan ruang tamu tu wajib sentiasa bersedia untuk menerima tetamu pada bila2 masa. Tapi ruang keluarga dan dapur tu logiknya kalau bersepah saja kerana memang di situ tempat aktiviti keluarga.

Hihi... apa yang aku nak luahkan sebenarnya ni ek. Apapun kepada surirumah yang boleh mendisiplinkan ahli rumah agar sentiasa memastikan rumah tangga sentiasa bersih dan teratur adalah yang terbaik. Cayalah.

Friday 2 October 2015

Mi Rebus Terengganu Sekali...

Mi ke mee?? Aisehh mana ejaan yang betul ek... menurut teman2 yang jadi cikgu tu ejaannya mi. Rujuk kamus pun mi jugak. Mee tu dalam bahasa Inggeris ye. Hehe kena biasakan yang betul. Bukan apa senanglah nak menjawab kalau anak-anak cuba mengetest emaknya wei...

Hari tak ada mood nak masak hebat2... hmm...bila masa akak masa hebat tuuu. Rasa nak masak yang simper tapi senestinya yang berkhasiat dan lazat. Meh tengok resepi Mi Rebus Ganu ni.


Hidangan 3 orang yang makan banyak.
Mi kuning
Seketul daging korban (hahaha...ala yang banyak peti sejuk tu musim ni )
5 ulas bawang putih diketuk
Lada hitam diketuk jugak
2 pohon sayur sawi yang lebat
3 biji telur ayam
1 kiub ayam
Cili
Limau nipis

Cara dan kaedah
1. Tumis bawang putih hingga perang.
2. Masukkan lada hitam dan daging
3. Renih hingga empuk.
4. Tambah air secukupnya. Bila mendidih bubuh telur satu demi satu. Kecilkan api supaya telur tidak pecah.
5. Masukkan kiub ayam, batang sawi.
6. Apabila mendidih masukkan mi, daun sawi dan cili.
7. Perasakan dengan garam dan gula.



Taraa... sedap weh. Akak terlebih rajin hari ni. Buat lada jeruk. Lada tu bukan tanam pun... biji2 lada kering yang dibuang tu sudah membalas jasa akak yang rajin menyiram. Murah rezeki.

Cara buat lada jeruk:
1. Lada hijau segar dibasuh dan dipotong serta dikeringkan (akak lapkan dengan tisu dapur jer...)
2. Bubuh dalam bekas kering.
3. Bubuh cuka, gula dan garam.
4. Simpan beberapa jam di luar.
5. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
Enak dimakan dengan mi goreng...mi rebus. Megi lagi laa....