Showing posts with label Mekah: Umrah. Show all posts
Showing posts with label Mekah: Umrah. Show all posts

Sunday, 28 December 2014

Umrah: Dari Rumah

Tanggal 9 Disember 2014
Seawal 5 pagi, kami dah bersiap-siap. Sudahku berpesan kepada adik dan kakak supaya memakai baju yang selesa sebab perjalanan yang lama, mungkin lebih dari 24 jam. Janji dengan Pok Mat Teksi supaya datang ambik kami jam 6.30 pagi. Saja aku tak nak susahkan adik beradik atau sedara mara yang tak seramai mana tu, sementelah lagi visa lambat diketahui. Aku tak kisah dan tak kisah. Memang kalau nak mengadap Ilahi, kita akan tinggalkan segala yang kita ada, kan?

Memang Pok Mat ni mantap, beberapa minit sebelum 6.30 dia sudah menunggu di luar pagar tanpa menelefon atau memanggil kami. Tapi alamak!! mana nak letak 4 beg besar Andalusia tu? Jadinya tiga beg dalam bonet, satu atas ribaku. Alaa besar jer tak berat pon. Sebabnya yang berisi sebenarnya 2 beg saja, yang dua lagi tu hanya berisi beg tarik yang sedang tu...juga yang Andalusia kasi. Strategi tu, tak lah kat sana aku terpaksa membeli beg ektra seandainya membeli sedikit barang2 sebagai cenderamata kawan2 kat sini. Heheh.

6.40 pagi....
Bismillahirrahmanirrahim...kami empat beranak turun dengan harapan agar segala urusan di Tanah Suci dipermudahkan Allah swt. Selamat tinggal untuk sementara ibu, Abang, rumahku syurgaku dan kenderaan yang membawaku ke sana ke mari. Hari ini khidmat kalian kutinggalkan. Terima kasih. Jumpa lagi dua minggu. Insya-Allah.

Flight MAS MH1327
Pertama kali naik MAS sebab naik Saudi Arabia. Tak mahal mana sebab tawakal book pada hari mendaftar walau sudah dilarang oleh pegawai Andalusia dan ustaz. Hehehe degil. Nasib baik dapat pergi pada tarikh yang dikehendaki. Biasa naik everyone can fly ajer...

Saudi Airlines

Saturday, 27 December 2014

Umrah: Visa oh Visa...memang sesak napas

Semua kelengkapan telah disediakan sedikit demi sedikit. Almaklum... besar juga jumlahnya. Kosnya bukan sekadar bayaran kepada agesi sahaja. Maka perlahan-lahanlah kukumpul materialnya supaya lengkap seadanya dengan kadar harga yang serendahnya. Banyak yang kubeli di Pasar Raya Mydin semestinya. Memang murah. Alhamdulillah.

Semua sudah lengkap cuma menunggu kelulusan visa daripada pihak Arab Saudi. Dari hari ke hari... dari sebulan hingga ke beberapa hari lagi kutunggu...kutunggu tapi... pabila kuhubungi pihak agensi, mereka pun tak tahu. Baru tahu sampai 1hb kak... waaa. Allah saja yang tahu gelojak jiwaku. Ya Allah, tenangkan katiku dengan perkhabaran gembira. Terimalah aku....huhu.

6 Disember 2014 ( Sabtu)
Kugagahkan jua menghadiri Kursus umrah mungkin untuk kali terakhir sebelum pergi menunaikan Umrah. Kalau? mungkin?...ish..ish.

Syukur, sesungguhnya Allah Maha  Pengasih lagi Penyayang...Maha Mendengar segala keluh kesahku. SyukuRR. Aku dikhabarkan Visa Umrahku telah LULUS!!! Fuhhhh...legalah sangat. Hilang batu dalam kepala.

Bismillahirrahmanirrahim... Labbaikallahummalabbaik

Ya Allah, berat hati nak menulis di sini meski tidak ada yang mengikut blog ini. Takut terbit perasaan yang tidak sepatutnya. Bagi sesetengah orang menunaikan umrah seumpama pergi melancong dan biasa-biasa sahaja kerana pada bila-bila masa sahaja mereka boleh mengunjunginya... tapi tidak bagiku kerana sudah sekian usia barulah berkesempatan menjadi tetamu-Nya. Insya-Allah. semoga urusanku sekeluarga dipermudahkan.

Banyak yang ingin kudoakan di hadapan Kaabah. Oh.. tak tertahan perasaan ingin menyaksikan sendiri Kiblat umat Islam itu... subhanallah.

Mungkin detik dan saat ini aku sudah terbang ke sana. Ya Allah sucikanlah hatiku, terimalah diriku.... 

Labbaikallahummalabbaik...

Saturday, 13 December 2014

Umrah : Magiknya Kuasa Allah

Ketika menempah tiket flight ke Kuala Lumpur untuk ke Tanah Suci Mekah, sengaja aku memilih penerbangan yang paling awal untuk melancarkan segala urusan kami anak beranak. Kali ni aku memilih khidmat MAS buat kali pertamanya. Sebabnya MAS mendarat di KLIA. Namun yang paling awal ialah pada jam 9.40 pagi.

Terdetik dalam hatiku... alamak lewatnya. Biasanya dengan Air Asia aku terbang awal pagi iaitu jam 8.20. Nak tak ndak aku tidak ada pilihan. Tempah sajalah.... Aku hanya berserah pada-Mu. Pasrah.

Alih2 hari , aku mendapat emel daripada MAS yang menyatakan penerbangan dijadualkan semula dengan penerbanganku diawalkan pada jam 9.00 pagi. Pihak MAS juga menghantar mesej tentang retime itu. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar keluh kesah hamba-Mu. Syukur.


Thursday, 11 December 2014

Umrah: Kelengkapan Umrah

GIGIH teramat aku nak menyenaraikan barang2 untuk menunaikan umrah. Bukan apa, senang untuk rujukanku dan anak cucu cicitku pada masa hadapan. Malahan sesiapa yang tersesat ke sini juga harap dapat manfaatnya. 

Tiada lain yang lebih penting selain kesihatan diri dan kepasrahan serta reda atas ketentuan Allah.

Keperluan Umum
1. Passport yang tempoh sahnya ada lagi 6 bulan
2. Visa....memang sesak napas. Kalau pergi lepas musim haji... aduhai 2...3 hari nak berangkat baru tau. 
3. Duit riyal Arab Saudi
4. beg besar, sedang dan sandang serta buku doa disediakan oleh agensi (hendaklah diikat reben ke apa2 untuk bezakan dengan jemaah lain... ikut kreatip)

Keperluan Peribadi Wanita
jubah - 3 helai
telekung solat tanpa kain - 2 helai
tudung syria - 2 helai
selendang pashmina - 2 helai
tuala mandi
tuala muka
baju kelawar - 1
seluar panjang - 2 helai
seluar dalam - 7 helai
baju dalam - 5 helai
kasut lembut
anak tudung berdagu -1
anak tudung biasa - 2
tuala wanita/ pantyliner
Lelaki
baju Melayu - 1 pasang
t-shirt - 1
slack - 1
kopiah
selipar tawaf


Lagi
berus gigi
ubat gigi
sikat
bedak, syampu, mandian
sabun basuh - 2 ketul
bekas air minum
botol spray wuduk - 1
maggi....hehe
sudu plastik
bekas kecil untuk rendam megi
hanger - 6
stoking wuduk - 2
sarung lengan - 2
anak tudung - 3
sunglass
lip balm
keronsang kecil
pin
jarum dan benang
tisu 
sejadah
gula2 angin
pen dan buku nota
telefon dan charger
kamera dan charger
adopter

Ubat-ubatan
panadol
ubat sakit gigi
plaster
minyak angin
pil chi kit 
facemask
ubat selsema

bersambung....

Heheh... nampak macam remeh temeh. Nanti balik aku up to datekan yang mana perlu dan yang tidak. insya-Allah. mudah-mudahan aku dijemput ke rumah Allah itu.


Wednesday, 10 December 2014

Umrah : Bermula Hasratku... Semoga Direstui

Bismillahirrahmanirrahim... apa yang aku tuliskan untuk label Umrah ini bukan untuk riak. Mintak dijauhkan sifat yang menjadi larangan Allah dan Rasul itu. Ini adalah sekadar luahan hati tentang kesyukuran, keluh kesah serta suka duka sepanjang terdetik niat untuk menunaikan fardu ini. 

Apa yang membuka pintu hatiku untuk menjadi tetamu Allah? tak pasti tapi aku perasan sejak aku berkira-kira duit kutu yang aku sertai boleh lepas satu kepala... maka aku terdetik, mengapa tidak aku ke Mekah sahaja untuk menunaikan umrah. Subhanallah. Syukur kerana dibukakan pintu hatiku ini walhal banyak tempat yang ingin kukunjugi jika ada rezeki. Hmm...

Justeru aku nekad untuk ke pejabat travel dan tours untuk mendaftar. Setelah meneliti beberapa syarikat, aku memilih Andalusia. Aku yakin dengan kredibiliti syarikat ini. Pengerusi eksekutifnya ialah Datuk Hj Daud Che Ngah iaitu bekas Pengurus Besar Haji... sudah tentu beliau mahir dengan selok belok tentang kebajikan dan permasalahan para tetamu Allah. 


     Sebenarnya semasa aku sedang berpraktikal di Besut, pagi-pagi aku sering mendengar suaranya bercerita tentang kisah2 di tanah Mekah melalui corong radio. Sambil-sambil bersiap siaga aku memang tidak miss mendengar celotehnya. Masa tu beliau belum dapat datuk lagi. DJ panggil beliau, Ustaz Daud.

Rupa2nya aku ada jodoh dengan beliau?? hah jodoh? ya jodoh pergi menunaikan umrah bersama syarikatnya. Insya-Allah.

Pagi 1 Julai 2014, aku turun rumah bertujuan ke pejabat Andalusia yang terletak di bangunan baru, Paya Keladi. Assalamualaikum .

 Abah mendaftar. Alhamdulillah... berjaya mendaftar meski tarikh yang diingini tidak ada kekosongan lagi. Namun, menurut pegawai bertugas, namaku akan diletak bawah standby untuk berlepas awal kalau ada penolakan oleh jemaah lain. 

Lagi satu, aku nak terbang dengan MAS Airlines atau Saudi Arabia Airlines tapi tak dapat jugak. Semua sudah penuh. Tapi masih bersyukur... reda dengan ketentuan-Nya.

Keluar dari pejabat dengan air mata menitik dalam hati. terharu dan syukur sangat2. Legaa..