Sunday 29 June 2014

Alahai Kisah Ambo...

Aku amat tetsentuh apabila mendengar lagu dikir "Kisah Diri Ambo" oleh Halim Yazid. Ada sedikit sebanyak persamaan dari aspek kemiskinan dan himpitan hidup.
Keluarga aku memang huru-hara masa kecil2 dulu. Ayah ke mana... adik beradik ke mana. Ibu dan ayah berpisah hidup dek kerana jodoh tiada? Faktornya kerana kurang ilmu tentang tanggungjawab kepada keluarga. Beranak pinak sudah fitrah tapi anak isteri diabaikan. Sikap berpeleseran masih seperti bujang-bujangan dulu. Akhirnya cerai... anggaplah tiada jodoh. Habis cerita. Ibu terpaksa membawa anak2nya yang masih kecil yakni aku dan adik. Nasib baik ibu memilih kami. Mungkin kerana simpati kepada kami yang masih kecil... adik berumur dua tahun dan aku lima tahun. Lebih kuranglah. Ish..ish..

Namun setiap yang berlaku ada tersurat dan tersiratnya. Ayah kahwin lagi dan macam biasa beranak pinak. Tapi dalam seramai2 anaknya tiada seorangpun yang habis sekolah. Tak ada kesedaran tentang kepentingan pelajaran.

Berbeza dengan sikap ibu yang bersusah payah menyekolahkan aku dua beradik. Sanggup ikat perut hinggakan keperluan sekolah seperti yuran peperiksaan dilangsaikan. Masa zaman aku dulu nak ambik periksa awam kena bayar tak macam sekarang semuanya percuma. Tak salah aku yuran STPM seratus lebih. Ramai jugak yang terpaksa cikgu kelas yang dulu bayarkan. Syukur dan terima kasih ibu kerana tidak pernah membantutkan laluan persekolahanku.

Bersambung....

Assalamualaikum Ramadan


Tuesday 17 June 2014

Upin Ipin@ Ajil

Karnival apatah berlangsung dalam suasana low profile hingga orang sekeliling tak berapa sedar. Hari2 aku lalu tempat ini untuk pergi kerja tapi tak ada hati nak singgahpun sebab keberlangsungannya tidak dipromosi. Kalau tak dengar atau aku ketinggalan bas tak tahulah pulak.
Tadi dapat cerita dari teman tentang kehadiran Upin Ipin ke tapak pesta Festival Ajil.... oh itu namanya. Aku pun mengajak adik untuk ke situ. Yalah bukan senang nak senang. Bukan senang nak jumpa mat ipin dan ipin kalau bukan dalam teve kan.

 Mula2 adik malu malu. Orang pun tak ramai lagi. Memang tak ramai pon...
 Ada geng... dalam malu2 menari chicken dance dengan jayanya.
 Selesa sikit nampaknya peminat upin ipin. Dah besar rupanya cucu opah. He.. Bagus jugak kan penganjur beri peluang kepada anak cucu cicit bergumbira. Tang dikir karut tu haku tak berkenan. Tapi tetap ada peminat kan? asal tidak melampau dan mengganggu penduduk sudah. Berehhh boh.
 Dapat hadiah.... cd. Suker la tue. Orang2 kampung ni tak berapa agresif. Sifat malu tebal sangat. Nanti kena kawal sifat malu tu... kena bertempat deh adik cayang.

Karnival Ajil lah... salah lagi. Kepada anak2 peminat kartun cilik UI tu mehla datang malam ni.

Sunday 15 June 2014

Kasihan Kawanku Ini

Apabila sampai ke rumah selepas menghantar bebudak tu ke asrama masing2, wasapku pun berasap2. Maklumlah aku tidak melanggan internet mobile sebab nak berjimat cermat. Lagipun tak ada sapernya nak mewasap aku secara kencang. Guna wifi kat rumah sudah mencukupi... itupun membayarnya selalu melepasi due date. He.

Rakanku itu menghantar gegambar rumahnya yang berserakan serta bertaburan kerana kena geledah dek seseorang atau beberapa orang. Boleh tahan jugak barang yang hilang. Jiran sebelah tak mendengar apapun malam itu. Ya la... walaupun berjaga tapi tengok bola Piala Donia bukannya bertugas berkawal menjaga kawasan seperti Rukun Terangga. Hmmm... bagus ah ada RT di kawasan kita kan.
Masuk ikut tingkap belakang. Rasanya gambar ni okaylah kan. Maklumlah bilik tidur ni penuh rahasia.

Mereka sekeluarga ke bandar Kuantan untuk shopping raya sambil2 makan hangin. Ye la... cuti sekolah sudah nak tamat. Raya pun sudah menunggu giliran untuk muncul selepas Ramadan.

Alhamdulillah, lengkaplah keperluan anak-anak. Tetapi nak jadi lebih sendunya... dalam kalut2 tu baru terperasan yang satu beg plastik yang berisi baju anak pula tertinggal kat pasar raya agaknya. Katanya dalam RM400 jugak le. Aduhai...

Apapun diharapkan dia bersabar... dan sabar. Semoga Allah berikan yang lebih besar lagi rahmat-Nya. Amin.

Wednesday 11 June 2014

Legoland dari Kejauhan...hu

Tajuk dah menggambarkan keseluruhan ceriperi kan. Ceri peri tu apa cikgu? Istilah yang mungkin ada tak ada dalam Kamus Dewan. Maksudnya ialah gabungan cerita dan peri. Pernah dengar lagu Burung Tiong ketika masih budak2.
Okay...tarik nafas dan buka mulut. Nyanyi....

Aku burung burung tiong berPERI
Riang di dalam sangkarku ini
Suaraku seperti manusia
Menegur dan memanggil siapa....
Aku burung burung tiong
Sungguh pandai berPERI...

Stop...stop jadi cikgu muzik pulak. Harap faham akan maksud ceriperi tu. He..he.

Lari tajuk nampak. Sudahlah tajuk pun sekadar di pinggiran, banyak merapu merapan pula.

Masih banyak jentera dipaksa bekerja di tengah panas terik ni. Maknanya banyak lagi yang nak dibuat di sini. Kot nak buat hotel pun munasarawak jugak kan.
 Ni hotel Legoland. Tak masuk dari pintu depan sebab parking kereta jauh sangat. Giler nak menapak dengan matahari terpacak atas kepala. Lagipon bukan aku nak masuk pun. Tiket mahal... kalau masuk mahu dekat seribu ranap pitih haqu. Lebih baik aku gunakan duit tu untuk melawat JPO yang dekat ajer dari sini.
Orang lain makan isi... kita tengok kulit pun jadi-jadianlah.
 Biarpun panas suhu dekat2 takat didih... masih ada manusia yang memanaskan punggung main gelungsur. He... dengki sebenarnya.
Uuhh cantiknya. Awan gemawan berpintal menandakan cuaca cukup terik. Sesuai untuk para nelayan turun ke laut mencari rezeki.
Walau sekadar pinggiran namun seronok dapat bergambar kat cap dagang. Lain kali kita masuk kalau ada ofer atau tunggu abang dan kakak kerja dan belanja mak ayah. Terima kasih.

Tanjung Piai Resort

Tak pernah aku jumpa resort yang sangat sukar untuk dihubungi. Hanya satu2 iaitu Tanjung Piai Resort. Cuba nak book dengan agoda...booking...hotels.com dan pelbagai aneka web lagi tak ada hasil. Rujuk blog dah lapuk sangat. Begitu juga dengan muka bukunya yang berdebu berkapuk. Alahai...mungkin resort ni dah berhenti operasi. Maka tak dapat kubayangkan betapa buruk dan kusam resort ini. Entah2 berhantu kot...eee. Tapi tak per...aku cuba redah ajer. Paling koman pon aku tidur dalam kereta. Ke guaner?

Senang jer nak ke sini. Letaknya di hujung jalan.
 Tu dia...nun jauh terapung di atas air laut. Macam best jer... oh ye kita kena jalan2 kaki atas jambatan sepanjang lebih kurang 100 meter ini. Tak adalah lenguh kaki pun sebab pemandangan indah nian. Cantik sangat.
 Cantik...cantik. Perahu nelayan parking kat seni memberi nilai tambah.


 Sedang nak makan tiba2 kakak ternampak orang sekampung. Bukan sekadar sekampung...malahan sebantal sebilik se....dan se. Adik asben... amboi kat kampung payah nak jumpa asyik berselisih aja. Ketika aku keluar dia nak datang. Begitulah seterusnya adegan yang tidak menemukan kami. Dia memang kerja kat negeri orang ni. Datang sini nak mancing. Memandangkan kitaorang lepak kat sini...justeru merekapun join sekali. Ibarat kata orang...asam di darat ikan di laut...di tanjung jugak jumpanya. He...

Malam tu apa lagi..menjoranlah sebatang sorang. Kalau tak bawa joran janganlah duk risau atau menyesal tak sudah. Boleh sewa joran dengan harga RM20 sebatang. Hamboi...mahal.
Matahari terbit. Aduh saliha...cantik memukau. Isya-Allah akan ku datang lagi ke sini. Oh ye...kalau rambut kita jenis mudah mengerbang atau mudah keras macam dawai tu eloklah bawa syampu sendiri deh agar tidak mengerbang rambut macam iklan dHerbs tuh kerana syampu tidak disediakan.

Tuesday 10 June 2014

Penghujung Benua Asia di Tanjung Piai

Sebenarnya aku ke Johor adalah kerana Tanjung Piai. Apa yang ada kat situ eh hingga aku bersemangat jitu nak habiskan cuti bersama anak2 ke situ. Okay...meh kita buka buku Geografi kejap. Tahukan tentang benua terbesar iaitu Benua Asia. Kita pun sama benua lah.
Lepas tu...penghujung tanah besar Benua Asia terletak di Tanjung Piai, Johor. Oh ye...kalau pelancong luar beria2 nak ke situ, rugilah kalau kita rakyat Malaysia tidak berbangga dengan anugerah Allah itu. Tapi opps... tanah besar yer...bukannya dikira gugusan pulau2 semua tu.
Jom tengok apa yang ada di situ...
Mula2 keluarkan payung NISSAN ni dari plastik...maknanya tak guna lagi lah kan. Bawak sini sebab sediakan payung sebelum hujan. Tapi masa balik payung percuma ni dah jadi arwah. Patah riot dek ribut kuat. Hu..hu.. padan muka aku.
tak payah nak repair lah asbenku... nasib baik ada satu lagi simpan kat rumah. He...
 Sebelum sampai. Oh ye tadi penjaga tu tak benarkan kami masuk sevab cuaca tak elok. Setelah kupujuk2 dan kutanyakan sebab asbab dia pun terangkan. Apapun gerak hatiku kata masih sempat dan insya-Allah akan selamat. Allah selamatkan kami sekeluarga. Tapi masa ku nak sampai masih ada pengunjung yang beransur balik ke pondok.
Bila nampak glob ni maknanya anda dapat TAHNIAH!...yess! Kita dah sampai kat hujung benua dik. Suka ah sikit. Tak dengar ke umi nego dengan penjaga kaunter tadi masa nak masuk sini. Tahniah daripada siapa? daripada kerajaan Johor lah kan.
 Masa sampai memang cuaca kritikal sangat...kilat, angin kuat, ombak dan langit hitam sangat. Cepat2 tangkap gambar...gambar dan gambar sambil takut2. Bagi aku suasana kalut ni menjadikan gambar lagi nampak real. Tu pun pakai telepon ajer.
Hari yang gelap kini makin cerah...aku adikmu dan engkau abang...eh engkau kakak. Nyanyi kumpulan Hujan. Dan memang hujan turun.....cepat lariii...

Orang Kampung Masuk Alamanda

Bagi melengkakan acara pusing2 tanah air kali ini, aku merayap pulak ke Putrajaya...Alamanda kita. Bukanlah ada agenda perabis duit kat situ pon. Saja2. Oh ye..adik sempat menggunakan tandas tuju ni. Berdebar jugak haqu takut2 tak suci murni basuhannya. Tapi adik kata...sungguh senang. Tangan sebelah boleh rikeks jer. Hmm...emaknya lah yang rusa masuk bandar.

Lagipun abang driver...ehh..asben sungguh sporting. Tak kisah walaupun jalan nak keluar kota karang berselirat macam wayar TNB yang memungkinkan kesesatan yang tinggi.

Ala...biasalah bang, kita bukan bermastautin kat sini. Makan buah langsat sudah jadi menu lah apabila mengembara. Nasib baik ada cik GPS. Dulu pun kita tak ada GPS, waze dan google bagai... redah jugak kita ke negeri orang. He..
 Hallu...meh bergambo dulu kat cap dagang ni.
 Akhirnya kakak jumpa kamus Inggeris Perancis idamannya kat sini. Sudah jenuh cari kat tempat aku.




Apa Ada di Johor Premium Outlet

Orang kata tak ada apa yang menarik di situ. Semua barang dikhabarkan mahal kus semangat. Namun apabila sudah menjejak kaki dan tangan kat negeri Darul Takzim ni rasa rugila kalau tak menjenguk ke situ. Rasa cuak juga apabila nak ke situ. Tapi kan tengok kat parking ... macam2 jenis kenderaan ada. Dari kereta besar kecil lama dan baharu. Maknanya semua orang boleh jer datang. Fuhh..legaa.  Meh tengok apa yang ada di situ...
Nampakkk...macam2 barang berjenama. Mula2 aku nampak henbeg jenama Furla...Burberry...apa lagi eh. DKNY... Amani...MK. Tiba2 nampak outlet Coach. Nampak pintu terus nak terjah...tapi dihalang oleh jaga warga asing. Oooo...ada ker...acu tengok punyala ramai orang beratur takkan aku nak terjah ajer. Kah..kah rusa sungguh.
Sebab apa aku berani2 masuk barisan coach ni? Sebabnya rasanya henbeg yang paling mure sikit harganya. Ala...tengok2 cuci mata tak salah kot. Sekali masuk aku agak dalam 20 orang. Pas tu tunggu orang keluar. Ada yang membeli dan ada juga yang memblah. Haa akhirnya tiba giliran aku suami isteri. Jomm ikut...

Harga ribu riban. Macam tak logik dengan design biasa2 gitu. He...sekali lagi rusa. Keychain lain harga...skaf pun lain. Yang murah2 tak der ke amoi?...



Akhirnya berjaya jugak aku menjinjing paperbag Coach ni...cari yang mure ajer. Bye...best jugak menjelajah jat sini. Sebenarnya tak menyeluruh pun kawasan jajahanku kerana perut lapar. Bukan tak
boleh makan kat kedai yer anak2 sayang... tapi ibu   ( panggilan kepada kakakku ) sudah janji nak masak sedap2 kat rumah.
So, kuatkan iman dan tingkatkan kesabaran. Lagipun puasa dah dekat... makanya inilah masa buat latihan amali. Huaa...

Selamat Hari Lahir Adik

Ho..ho hari ni Ahad ialah cuti umum YDMM Agong. Daulat Tuanku...
Masuk usia adik 9 tahun ye. Rasanya baru jer bawa adik pulang dari hospital pada 9 Mei 2005. Adik kuat menangis tapi masih tak boleh kalahkan abang yang sawan tangis...kata tok wannya.






Jalan-jalan Tasik Chini

Dari tahun lepas aku berhasrat nak bawa budak2 tu ke Tasik Chini. Wow...apa yang ada di situ ya. Entah kerana mitos tentang naganya atau memang hangin berjalan aku yang menggebus nak ke situ.
Makanya hajat di hati tertunai akhirnya...kata kat ina kl dalam belog beliau.
Alkisah pengembaraan kami bermula lewat kerana keputusan akhirnya baru tercapai nak menghala ke mana. Setelah digodeh2 dalam booking.com dapatlah aku 2 bilik twin sharing. Sajer le aku book 2 bilik supaya anak2 @ aku dapat tidur dengan selesa. Lagipun harganya murah.
Jom tengok apa yang ada di sana...






Sunday 1 June 2014

GPS yang Sakit Mental

Sesat dan menyesatkan.


Menunjuk ke kanan ke kiri. Akhirnya ke bawah. Pening kepala nak tune kedudukan dan hala kereta. Aduh..