Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Sunday, 12 June 2016

Menggamit Kenangan di Memory Lane

Sudah alang beralang akak sekeluarga ada di Ipoh pada hari Ahad ni, rugi lah kalau tidak diinjakkan kaki ke pasar yang menjadi sebutan ramai ni. Memang teruja. Pagi-pagi lagi sudah sampai kat Ipoh... heheh memang tido kat sini pun. Walau dalam 10 minit sudah sampai tapi tak jumpa-jumpa jugak lorong kenangan ni. Mana ehhh berpusing pusat sudah kami suomi isteri. 

Nah... akak berbaik hati ambik gambar landmark ni untuk bakal pengunjung lain yang berhajat nak ziarah kat sini. Oh ya kena datang awal supaya kereta kita dapat ditinggalkan dengan selesa dan selamat.
Akhirnya tiba-tiba saja terjumpa Pasar Karat@Memory Lane ni. Memangnya banyak lorong digunakan peniaga untuk membentangkan tikar jualan. Apa yang ada di sini? jom ikut aya jalan-jalan...
haha... sesuai dengan namanya. Banyak yang berkarat-karat, Ramai peminat ni. Kalau ada sape-sape yang hilang rantai besikal tu boleh lah cari ganti kat sini. Nampak tu... penutup rim kereta pon hado. Dulu, kereta Proton Iswaraku terjatuh penutup ni masa kereta bergerak. Apa lagi tergolek-golek lah kat jalan raya. Nak berenti ambik? memang tak lah wehhh.

lagi... periuk belanga bertangkai ni memang menggamit memori.


wahhh ni best... sterika antik. Penumbuk kayu tu ai suka. Tapi tak beli
 sebab mahal.. ngeh-ngeh. Selera akak lebih  apabila tengok tempayan dan pasu-pasuan ajer.

Peniaga ni jual pelapik papan gosok ajaib katanya. Gosok belah atas jer bahagian bawah otomatik licin. Bolehlah try RM10.00. ( balik rumah tak sabau nak gosok baju... memang tak ajaib langsung!)

Masa jalan-jalan tu aku terdengar lah perbualan dua orang anak dara cun melecun dengan gaya terkini. Katanya dia dah tobat tak nak datang ke sini lagi. Kiranya inilah kali pertama dan terakhir dia datang ke pasar karat ni. Hahaha... anak-anak dara comellote tak sesuai lah kalau nak melancong ke sini kecuali yang berjiwa antik mentik saja.

Apapon, sesiapa yang berkunjung ke negeri oh kome dughian udoh luruh ni disyorkan ke sini untuk alami perasaan dan suasana yang berbeza. Sensasi.





Thursday, 17 March 2016

Kuala Kangsar Memikat Hatiku

Sudah banyak kali mengunjungi bumi Darul Ridzuan ni. Tapi kali ni lah akak berkesempatan meneroka Bandar Diraja Kuala Kangsar. Banyak sangat yang best di sini. Lagipun bandarnya berkonsepkan melayu... rasa aman damai dan tradisional sangat.

Hmmm antara yang memikat dan memukau jiwa akak sangat ialah...
 1. Mi rebus... kuah pekat kerana dibubuh ubi keledek. Berbeza dengan mi rebus Ganu yang kuahnya ala2 sup. Rasa agak manis. Sedap... mesti dicuba tau.
 2. Sangat direkemen. Laksa beras. Sedappp... sampai hari ni terkenang2.
 3. Dari tebing sungai Perak... boleh naik bot untuk menyusuri sungai. Tiket RM8 dewasa dan RM5 kanak2. Masa pusing-pusing 20 minit. Nampak tak tu Jambatan Victoria yang popular tu. Sila gugel ya dik kalau nak tau stori morinya. Hiii...
 4. Kopi Leleh... hehe saja jer enterprem kopi ni sebab cuaca panas sangat. Kalau pekena kopi blend gini barulah tenang jiwa nak sambung perjuangan untuk jalan2. Harga bermula RM4.00 ke atas.
 5. Masjid Ubudiah. Cantik sangat. Kononnya naik bot tadi sebab malas nak ronda2 dengan kereta dahh... tapi tak puas hati sebab tak berapa nampak jelas dek terlindung dengan pokok-pokok di sepanjang sungai Perak. Alaaa dekat sangat pon.
6. Istana Kenangan. Tak masuk. Hanya bergambar dari luar sebab badan sudah letih longlai. Dikatakan istana ni tak pakai paku walau sepucuk pun. Wahhh hebat tukang2 dahulu kala kan.

Akhirnya... bandar Diraja Kuala Kangsar mesti dikunjungi apabila kita sudah jejakkan kaki ke Perak. Berbaloi2...


Tuesday, 15 March 2016

Dari Perak With Luv

Hai... hari ni wat siaran langsung dari Perak. Hihi perasan. Ahte...
Mula-mula cerita pasal Hana Homestay. Di sinilah akak sekeluarga menumpang teduh selama dua hari. Harga RM160 semalam dengan kemudahan lengkap. Kepada yang suka adegan masak memasak sangat best tinggal di homestay berbanding hotel sebab bekalan seafood segar murah saja di sini. Kebetulan ada pasar malam Isnin berdekatan. Kelmarin pun beli udang kat Tesco. Saiz besar jugak.

Okay sambung cerita homestay ni... mula-mula masuk bau tak menyenangkan menyapaku. Bau macam bau badan orang. Hmmm bersangka baiklah mungkin ramai sangat tetamu sepanjang masa menyebabkan bau tak sempat keluar. Kendian akak pun buat opps nyah bau badan orang dengan bukak semua tingkap yang ada seketul dua tu luas2 dan buka aircond, kipas dan lampu. Biarkan elektrik membazirrrrr... haha terpaksa ya.

Hari pertama masak sebab atas permintaan abang yang mengidam2 nak makan sambal petai tersedap air tangan umi. Sepanjang2 perjalanan melalui Simpang Pulai tu mata asyik melilau kot ada rezeki. Biasanya ramai jer orang asli jual di tepi2 jalan. Tapi hari ni tak adalah pulak... akhirnya... ada jugak. Mata petai agak muda. Tak perlah janji petai.

Malam pulak berlamb chop resepi istimewa abah. Pon sama... dilakukan on demand. Almaklum lah sang abah tu suka jer melayan tekak anak2 lebih-
lebih lagi anak yang duk asrama. Adik yang bermastautin kat rumah tu asyik-asyikkk telur kicap. Hai... alaa gurau je boss...

Tiga hari dua malam di sini, sampai masa kami nak pulang. Hai apa khabar tanam-tanaman akak nun di Ganu?... harap2 hujan dan embun menyiraminya. Sob...sob.

Gambar hiasan....