Saturday 11 February 2012

Belacan Beracun vs Sanggul Beracun!!

Seusai majlis di rumah jiran, aku kebosanan kerana teman hidupku itu pergi mengail bersama teman2nya. Kadang-kadang tuh bagus gaks dia tak der, boleh aku belek-belek majalah lama yang belum khatam. Tetiber aku terjumpa Majalah Sihat tahun 2011. Lama dohh.., tapi tak per lah, kongsi info yang sentiasa malar segar bugar...

" Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai agar berhati2 dengan sejenis belacan yang disahkan BERACUN!! Ini berikutan adanya bahan kimia Rhodamine B iaitu bahan pewarna merah jambu yang sangat berbahaya. Penggunaan bahan ini boleh mengakibatkan penyakit barah. Bahan ini banyak digunakan dalam industri plastik dan tekstil. Apa yang menyulitkan adalah kerana kehadiran Rhodamine B ini sukar dibezakan daripada pewarna lain yang juga menghasilkan warna serupa.


Bebudak, saper nak kek cokolat...?

Adapun pada suatu masa dahulu, belacan warna pink selalu menjadi pilihan hatiku dek kerana warnanya yang menawan kalbu dan juga tekstur nyess yang halus. Tapi sejak keluar berita nan menakuttkan tuh, aku pun beralih arah membeli belacan yang huduh, kelabu buruk gituh. Biarlah diri berupa huduh asalkan selamat.....

Ai nis pengguna tegar belacan, kebanyakan masakan aku bubuh secubit manja belacan sebagai penambah ummmppp... kecuali air minuman dan kek. Kek Belacan ader ke? Minum petang ngan air oren, sodap kot. Saper ada brani terai kalu?........

So, apa kena mengena belacan dengan Sanggul Beracun ai tu eh? tanya erra pazira..

No comments: