Showing posts with label Geng Raya. Show all posts
Showing posts with label Geng Raya. Show all posts

Friday, 18 March 2016

Bunga oh Bunga

Semua kengkawan tahu penyakit akak yang obses sangat dengan pokok2 hiasan. Setiap hari mesti melawat-lawat hlaman rumah. Orang tua kata, kalau mahu bunga berbunga lebat, kita kenalah bercakap-cakap, memujuk, membelai serta memuji-muji. Entah ya. Tapi masuk akal jugaklah sebab pokok pun kadangkalanya kuat merajuk.

Kali ni akak dan abadikan bunga-bunga kesukaan yang ada kat rumah sebagai ingatan nama-namanya. Yalah nak membela anak, kenalah tau namanya kan. Gambar dan nama disedut dari cik gugel. Terima kasih laman2 web yang tercedok. Kongsi ilmu deh...

pink trumpet

Image result for ceraka biru
ceraka biru. Ada jugak yang kata forget me not.

Image result for shower ruellia brito
sedap nama diberi  Ruellia Purple Showers - Ruellia Britoniana.... tak kuasa nak sebut dengan betul.

 Ni orkid beli kat pasar. Harga rm35. Cantik kelopaknya besar2. Bunga tahan lama.
 Rm30. Warna pic campur oren sikit. Bunga bawah layu sebelum hujungnya berkembang. Sedihh...
 Dendrobium nobile. Yang ni istimewa sangat. Beli dulu seperti berjudi sebab pokok macam nak mati tak ada daun barang sehelaipon. Berbulan-bulan dibelai dibaja... akhirnya keluar bunga-bunga cantik dari ruas batangnya. Rm15.00 sebab pokok tak sihat masa tu. Sekarang dah keluar anak2 baharu... suka.
Ceraka biru di laman sendiri.

Saturday, 8 September 2012

Geng Raya Berakhir @ Su

Giliran terakhir singgah raya yang tak dalam bulan syawal ke rumah Su. Tak kesah lah raya ke tidak... asal ada makanan tetap kami kunjungi dengan jayanya. Janganlah ada antara peserta rombongan yang berasa gundah gulana kerana takut pelanggan tak datang. Imposibel tu. Semek sorang ni memang terkenal kerana handal memasak. Justeru, kami semua tertunggu2 bila oh bila dia nak ajak2 ayam kita orang ke rumah baharunya yang indah nian.

menunya nasi beriani, daging masak apae heh?, ayam, acar dan aneka buah kering dari Mekah agaknya. Mungkin mak2 haji berikan pada tahun lepas lah tu.. jangan mare.


   yang senyum tak siap tu lah tuan walimatul urusnya.


ngaper buat muka tak senonoh tuh... oooohhh menikmati kelazatan. Ahhh aku tahu sebab kau tambah nasi banyak sangat kan?? Tadi dah ambik bbaaanyak, tambah pon bbaaanyakkk... so kan semput nak habiskan. Kena makan jugak, jangan membazir! benci tau.
 gendang gendut... suka sangat bila dah kenyang. Habis gigi dan gusi menyeringai.
 
tibalah saat keberangkatan pulang. Ikutkan hatiku ini, nak saja aku stay kat sini sampai petang ke malam. sebabnya makanan yang ada sedaaaap sangat. terima kasih tuan rumah oooi.


Rumusannya, semua peserta yang mengambil bahagian nampaknya bersungguh2 menyediakan menu yang best2 untuk kengkawan. Barulah tahu, ramai yang berbakat memasak, sedaaap. Bukan mengampu, tapi harapnya prestasi dikekalkan atau dipertingkatkan lagi pada tahun depan. Insya-Allah. 

Terima kasih semua kengkawan yang sudi menghabiskan boreh untuk geng kita. Semoga tahun depan, kita dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan dan kemahiran untuk menjemput lagi geng2 raya datang makan. Bai...

Geng Raya @ Kak Nor dan Haslia

26 September 2012 ( tarikh entri awal sebab memang aku book...)

Giliran mengadakan rumah terbuka dalam erti kata tertutup masih diteruskan walao pun bukan lagi dalam bulan Syawal. Hari ni rumah K. Nor yang berusahasama dengan Haslia untuk bertungkus lumus menyediakan menu2 yang best-best untuk geng kita orang. Tak sabar rasanya setelah sekian lama menanti. Hari ni masak apa cik kak oi...

K.Nor pesan agar kita gi lewat sikit kat rumahnya sebab ada masalah @halangan yang tak boleh dielakkan. Okay... kesian pulak pabila tiba turn mereka jadi agak kelibut sikit.

Sampai2 banyak lauk yang telah siap dimasak dan ramai tamu yang sedang makan. Aku terus ke dapur untuk tolong2 kalau ada yang boleh dicelah. Oh... tuan rumah sedang mengeluarkan ikan terubuk masin Sarawak. Hah... meh sini aku gorengkan. Walaupun baunya mengancam pengguna jalanraya, tapi aku reda kerana aku suuuka sangat ikan nih.








Geng Raya Merayau @ Zee







Geng Raya Merayau @ Nah

Assalamualaikummm... tuan rumah, aku datang nak makan nih. Dah siap ke belum?? 

Sebenarnya aku telah terima panggilan amaran daripada che Nah agar melambat2kan lawatan sebab banyak yang tak siap. Alahh... nak datang awal jugak. Kalau perlu aku tolong... aku kan ringan tangan dan ringan mulut....

Nasi ayam.... lontong, tapai pulut. Puding koktel pun ada.
ohhhh... sunggup lazat nasi ayam deme nih.
ala.. kena berhaturlah pulaks.
 
 jaga hair liyur tuh...



sebenarnya rumah ni banyak kenangan indah bagiku.

Geng Raya Merayau @ Kak Don

Assalamualaikummmm....

tuan rumah o.. tuan rumah, aku datang ni.
Macam biasa lah, aku jadi penghulu bahagian buka-buka bekas makanan. Muka tak malu wei... .

  

lagak anggun orang kebulur... tak tau malu eh. Gambar sebelah tuh ialah tuan rumah yang ceria. Terima kasih dedaun keladi gajah. Semoga murah rezeki... taun depan jangan buat2 luper.

 cantiknya rumah....

amboi... ada nasi buli@kabuli...Lama dah tak jumpa makanan spesis ini. Serta merta nafsuku makanku terbuka. Lepas tu ada mi sup dan bubur lambuk Terengganu  lagi. Wah bertungkus lumus temanku yang ini. Memang berbaloi ambil coti.

 bingka ubi kayu spesel. Sodaaapp.

 


 budak ni bagai bayang-bayangku. Selalu ada di mana2 eh...

  


Geng Raya Merayau @ Kak Ah

Hari ni misi diteruskan untuk menerjah rumah Kak Ah pulaks. Dia ni, meskipun tidak sebumbung lagi tempat kerja, tapi tetap dalam hati kita orang. Lagipon, dia pandai bikin nasi kerabu.... hmmm, nak makan?? sila....

 Wah!! nasi kerabu spesel nih. Lama doh tak makan.

 macam biasa, tak sesabor nak penuhkan aksesori...




Friday, 7 September 2012

Geng Raya Merayau @ Yus




 aksi sebelum makan. Lambatnyes nak isi aksesori lagi. Kalu tuan umah buh siap2 dalam mangkuk kan cepat sampai mi nih ke dalam perut ku... ohhh.

 
selepas pekena mi kari

oh, my dear....