Showing posts with label Tasik Kenyir. Show all posts
Showing posts with label Tasik Kenyir. Show all posts

Saturday, 3 May 2014

Apa Yang Ada di Festival Kenyir

Selepas melawat bebudak di asrama, aku luangkan masa ke Festival Kenyir. Kalau aku yang dekat tak pergi memeriahkan walimatul urus tu...rugilah kan. Justeru mari kita beriang ria ke sana. Jomm...
Lokasi masuk simpang kiri kalau nak ke Aring- Gua Musang. Kalau nak ke Cameron Highland orang guna jalan ni untuk short. Aku baru dua kali melaluinya. Masa tu jalan lori balak...tau-taulah macamana seksanya. Rasa naik kereta buruk dan uzur. Gitu...sekarang dengarnya agak okay tapi tak taulah sebagaimana ok nya itu.
 Apabila masuk jalan ni kita akan nampak pasukan RELA bertugas dengan jayanya. Mungkin juga kita akan ditahan oleh abang Rela. Ala...bukan nak cek apa pun cuma sekadar bertanya2 nak ke mana? Aku tak bersedia tergugap2. Err nak naik lah...err nak pusing2  meri go round. Buleh?....bukan apa kalau nak naik ke atas boleh parkir kereta di sini dan naik trem percuma. Oooooo....Sebabnya nak elakkan kesesakan lah. Yalah pesta besar2an...BESAR ke?
 Bagi pelawat luar mungkin acara yang disediakan menarik. Rasa nak datang lagi untuk naik bot keliling tasik. Hmmm.. hai amor.
 Jualan produk ukiran. Masa aku datang sekitar jam 6 petang banyak gerai dah tak ada orang. Hai apa yang ada kalau datang malam ye. Katanya dari 10 pagi hingga 11 malam. Adegan apa yang ada.

Gerai jualan lah yang banyak. Pengunjung tak berapa ramai pada jam2 begini. Kat situlah aku park kereta walhal aku diperintahkan pusing2 dan turun. Kalau nak nyinggah-nyinggah kena naik trem ataupun jejalan kaki saja. Kalau bernasib baik kereta kita dilepaskan...kalau tidak tinggal aje kereta di tempat khas. Jimat minyak dan tenaga. Eh ada tak Hj Ismail Group dari Langkawi tuh? Jawapnya tak ada...khabarnya tak lepas untuk buat jualan bebas cukai sebab Tasik Kenyir belum diisytiharkan sebagai kawasan bebas cukai lagi. Ayoyo melepaslah orang kampung nak rasa beli Corell murah di tempat sendiri ye...

Apapun sila datanglah yer dan rasai sendiri sensasinya.

Friday, 11 April 2014

Riki-riki Tasik Kenyir Bakal Zon Bebas Cukai

Semua orang dah tahu pasal keindahan dan keunikan Tasik Kenyir. Hanya aku yang tinggal berdekatan ni yang tak menikmati sepenuhnya apa yang ditawarkan di situ. Sejak dua menjak ni orang beria2 cakap pasal tasik itu lagi. Bukan sebab naga Tasik Chini pindah ke situ atau bidadari turun dari kayangan ....bukan.

Sebabnya ialah Hj Ismail Group dari Langkawi akan buat jualan kat situ. Hah? biar betuk...tak tahulah betuk ke betik tapi dalam wasap kabor ini berasap2 hingga bertindih tindan cerita sama dari orang berbeza. Saper tak kenal ismail grup tue? Akak taim gi Langkawi...nak balikpon masih sempat tahan teksi untuk ke situ. Kat jeti pon jeling2 lagi...bukan beli sangat tapi hampir meroyan tengok barang2. Haduhhh.

Makanya hari ni aku luangkan masa riki2 Tasik Kenyir sebelum orang ramai datang mengerumuni. Yeaaaa...jom. Kalau dari Kuala Terengganu dalam sejam lebih sikit sampailah. Kira-kira 77km.

 37 km dari Kuala Berang. Kalau dari umoh aku di tengah2 lah di antara bandar dengan Kenyir.


 Rumah bot. Tak pernah naik. Rasa hatiku bagai digaru2 meronta2 nak naik. Sabor...
 Tasik Kenyir memang cantik. View yang menyenangkan mata dan minda pabila masuk ke kawasan ini. Kalau dari luar jalannya biasa2 macam kat kampung lain jugak.
 Pembangunan pesat sebab nak realitikan hasrat nak jadikan tempat ni sebagai zon bebas cukai. Nak beli pinggan mangkuk corell morell tu sila datang sinilah yer.
 Macam biasaa...
Landskap cantik bermula dari sini....jommmm.