Friday 28 February 2014

Umbuk Mayang Diumbuk

Pagi2 lagi aku dapat panggilan daripada kakak ipar menjemput kami ke rumahnya untuk bersarapan. Oh...bagus...mesti kuhadirkan diri. Katanya lagi dia nak tebang pokok kelapa dara suntinya kerana takut pokok menjadi besar dan menyusahkan pulak. Almaklumlah sudah laman rumah sekangkang kera. Macam2 pokok dan haiwan ternakan hendaklah ditanam. Teruja kan. Sebenarnya aku pun sama.





Tuesday 18 February 2014

sikap anak berbeza apabila di sekolah...

Geramnya aku dengan sikap sambalewa adik pada pelajaran. Aku rasa aku antara ibu yang prihatin. Apa tidaknya...sampai tertidur menunggu anak membuat kerja sekolah. Pabila dicek buku tulisnya banyak yang tak siap dan tak bertanda....

Saturday 15 February 2014

Tukar Yes..Yes.

Hari ni hari apa ye? Oh Hari Kekasihhh. Ramai yang abadikan tarikh ni untuk menikah, bersanding dan pelbagai. Tapi bagi aku, tak ada maknanya tarikh ini. Itukan budaya Barat, mereka raikan atas sebab-sebab tertentu. Justeru kita tak perlu ikut tanpa faham apa yang tersurat dan tersirat. Nak tahu apa? sila rajin-rajinkan jari jemari menggoogle. 

Apapun, aku ke PC Fair di TTC. Aku cari booth Yes. Biasanya kat fair cam gini ada promosi kan. Aku beli modem Yes Unlimited percuma dengan bayaran bulanan RM79.00 kontrak selama 2 tahun. Aku terpaksa selingkuh dengan broadbandku kerana dia sudah tidak cekap berkhidmat. Bayar hampir sama setiap bulan.

Dengar cerita, Yes ni bagus dan laju. Teruja gaks. Le ni, anak beranak sibuk berwasap dan berwifi. Hamboi... jangan salah guna sudah, kang aku terminate, nyesal.

unlimited warna putih.

Sebelum beli dan daftar, kena check liputan kampung kita ada ke tidaknya. Kang jadi sampah masyarakat pulak kat rumah sebab tak der coverage. Daftar RM150.00 sekali bayar saja. Bawa balik, plug in dan mulalah berlayar dengan efisyennya....


Monday 10 February 2014

Selamat Hari Lahir Kakak

Bertambah lagi usia kakak. Semakin cantik. Pandai pulak tu. Cehh...mengangkat anak sendiri nampak. Sudah itulah harapanku aku kepada semua anakku, Abang, Kakak dan Adik. Tahun ni tak payah kek-kek bagai ye...



Kad ucapan ni aku reka guna foto collage tepon.
Tak pandai sebab tu tak cantik. Tak ada kepala, nampak badan jer.

Friday 7 February 2014

Jalan-jalan Dungun

Hari ni kami meronda ke bandar Dungun pulak. Hajat hati nak makan2 kalau ada port yang baik. Sebenarnya aku jarang sangat ke sini....persepsi negatifku tiada apa yg menarik di sini. Jangan mare ye orang Dungun. Biasalah kan, tak kenal tak cinta. Dah kenal meroyan pulak.

Tapi bila datang, segalanya berubah. Bandar Dungun sedang membangun menjadi bandar tersusun. Deretan kedai dan pejabat kerajaan sepanjang jalan. Sedikit sebanyak seperti bandar Ho Chi Minh. Wah! Nampaknya daerah Dungun ditadbir oleh mereka yang cekap dan berwawasan. Cukuplah aku bercerita tentang geografi dan sahsiah. Meh tengok gambar berbicara pulak.
Kuala sungai yang sangat cantik pemandangannya. Siap ada bot-bot nelayan parking lagi. di bawah jambatan. Ramai penggemar joran mencuba nasib. nak terai jugaklah suatu hari nanti. Sedang syok meneroka.... tiba2 aku terpandang payung2 besar..tempat yg menjadi kegemarannku yakni pasar malam. Yesss.

yang dua orang nih bukan nak membeli haper pun, buat2 sibuk jer.
 Paling berani burger dan ais blen.
best pasar malam kat sini. Pelbagai makanan tradisional ada. Wajik ( sedap), tepung pelita, onde-onde, krimpuf. Putu piring yang telah bertahun kucari akhirnya berjumpa di sini. Walau pernah kurasa yang lebih sedap tapi putu piring di sini tidak mengecewakan.  Sedap...terasa manis intinya. Dan yang paling penting, semua kuih yang berinti kelapa dibuat daripada kelapa muda. memang ori. Memei aku suka, tak kisah kalau harga mahal sikit asalkan rasa sedap macam dolu-dolu. Yalah, apatah ertinya kalan murah tapi tak sedap, kan? Kat sini jugak ada sate daginggg. Bestnya. Tapi tak sempat beli. Ingat nak beli masa balik tapi hampehhh...dah habis. Waaaa.

Justeru, kalau ada bini saper-saper yang mengindam nak makan kuih tradisional tu datang-datanglah cuba nasib kat sining.

Penatnya...

Dah bersawang debu berkepuk rasanya muka buku blog picisan ini. Macam2 yang berlaku namun tak ada kesempatan untuk mengabadikan di ruang peribadi ini. Hari minggu ni aku curi masa untuk menjenguk. Oh rindunya aku.

Ikutkan kerja tak habis2. Kerja...kerja. hari Jumaat buat kerja rumah. Oh teruknya rumah aku tidak terurus macam tuan rumah tak ada perasaan. Kain baju menimbun tidak berlipat. Tahi cicak berak sesuka hati di tepi2 tingkap. Debu jangan cakaplah berlapis2. Mnengokkan beban tu aku dah rasa letih.

Justeru, kalau teman2 nak menyinggah rasa sedikit terganggu lah. Ya lah, malu jugak dengan ketidak terurusan sebegitu. Ya Allah pemalas sangatkah aku?? Tidaaaakkkk. No way, aku bukan malas.
Aku sangat kagum dan tabik hormat kepada teman2 yang rajin mengemas. Dalam rumah teraturrr sangat. Yang aneh bin ajaibnya ddebu habuk pun takut nak menyinggah. Takut kena halau. Bukan sahaja lantai berkilat macam minyak, malah siling, kipas, pasu dan segala yang diletak kat atas pun BERESIHHH... ke mereka ni membela??? hua hua... dengkilah tuh.
Cantik...cantik. Berseh!!
Ini memang rumah orang yang tinggal di kampung. Bukan muzium or galeri ye...memang iri hati kan ?