Showing posts with label Madinah. Show all posts
Showing posts with label Madinah. Show all posts

Tuesday, 30 December 2014

Masjid Nabawi; Indah dan Damai

Dari Lapangan Terbang Jeddah, kami bertolak ke Madinah menaii bas. Perjalanan mengambil masa agak panjang. Mungkin dalam lima atau enam jam. Sebenarnya bingung2 lagi nak tukar masa dari Malaysia kepada masa Arab Saudi. Malaysia lebih awal 5 jam berbanding sini. Sampai kat Hotel Mubarak kul 2.30 pagi. Tunggu lagi untuk dapatan kunci bilik. Dapat masuk bilik terus landing. Allahuakbar sedapnya memanjangkan badannn setelah sekian lamanya asyik duduk dan duduk. Heheh merungut ke?? tidaklah merungut, menambah ajino moto jer. Dalam pukul 5.25 pagi kami bangun untuk ke MASJID NABAWI. Masjid Nabi....ishhh tak sabornya.

Pertama kali memandang, terus hati disapa sayu, hiba, terharu, teruja dan macam2 rasa lagi.Ya Allah....terimalah aku. Bimbinglah aku. Pertama kali solat Subuh kat sini air mataku berjuraian. Terima kasih Allah kerana sudi menerima aku sekeluarga untuk menjadi tetamu-Mu dan Rasul-Mu. Wahai Rasul...aku datang kepadamu. Berikan syafaatmu kepada kami sekalian umatmu.
 
Masjid Nabawi memang cantik dan jiwa sangat tenteram berada di dalamnya.

stamp gambo sendiri sebab tiada orang orang nak tulun. Kasihan diriku sendiri.
Payung-payung cantik tu belum berkembang lagi pada awal pagi. Cantik nian.
Bekas2 yang berisis air zam zam untuk diminum oleh jemaah. Mesti ambik kesempatan minum ketika masuk dan keluar masjid. Snap gambor sambil berjalan ajer. Almaklum orang ramai berpusu-pusu keluar masjid. Kat sini nak masuk kena spotcheck dulu oleh polis2 wanita yang berjubah hitam. NO CAMERA...HARAM...HARAM jeritnya. Kalau telepon tu lepas jer.
Oh wonderful. Suhbanallah...Sinar pagi. Siapa gerangan dengan jubah kembang2 tu.
Payung2nya berkembangan apabila cuaca panas. Cantik memukau. Best sangat duk kat sini. Rasulullah dalam mengenangmu aku susuri lembaran sirahmu... di sini, di dalam Masjid ini Rasulullah saw dan dua orang sahabat besarnya dimaqamkan. Barangsiapa yang bersolat di masjid ini pahalanya digandakan seribu kali. Allahuallam. Tak sabor hendak ke Raudhah. Setiap kali berjalan kaki ke masjid, aku berdoa dalam hati agar kunjungan ini bukan yang terakhir.
Selfie lah sangat.


Pasar Kurma@ Ladang Kurma

Dari Bukit Uhud bas akan berenti di Pasar Kurma. Banyak jenis kurma dan produk berasas kurma dijual di sini. Ada jugak aneka minyak seperti minyak zaitun, minyak bijan...kelapa dara pon ada jugak.

Pendek kata memang harus menghabiskan sebanyak mungkin duit riyal yang ditukar kat Money Exchange tu. Paling banyak akak beli coklat yang dibungkus besar2 ikut saiz mulut saper ntah. Kalau mulut akak yang tertib ni....huwekkk....hihi...seketul tu empat lima kali gigitlah baru habis. Takkan orang Arab tu boleh muat kalau sekali telan kan. Ishh tak tau motip dibentuk besar2 gitu.

Hambik...ambik...HALAL...HALAL. Maksudnya dimakan boleh ajer sebanyak mana pun. Baiknya. Kurma Ajwa RM70 sekilo. Yang lain2 murah sikit lah.
Kurma yang Nabi Muhammad saw suka ialah kurma Ajwa. Maka sebaik2nya belilah kurma ajwa yang ditanam di Madinah untuk diagih2 kan kepada pada jiran, saudara mara dan kengkawan ye. Kalau tidak apa2 kurma pun okkay. Jangan jadi bakhil sudah.

Hehe...orang Arab suka guna perkataan ni apabila kita tawar menawar dengan rakusnya... Malaysia la bakhil ( orang Malaysia tak kedekuttt..). Iyolah tu tapi aku kena jadi bakhil terus tawar mintak diskaun 90 peratus. Buleh ke?? Kalau tak ada perasaan dan tak ada keroje lain boleh la kot.
Terdapat beberapa batang pokok kurma. Banyak lagi pokok kurma di tepi jalan berbanding di sini. Saja tanam buat sampel tu. Buah kurma galak masak sehingga klimeksnya bulan Ramadan. Biasanya sehingga pertengahan tahun masehi. Masa tu suhu mungkin mencapai 50 darjah c.
Aksi ini tak akan buat cameraman  berdarah hidung...

Monday, 29 December 2014

Madinah: Ziarah Bukit Uhud

Ingat tentang subjek Sejarah Islam yang kita belajar dulu2 tu? Mestilah ingat tak banyak pun kan. Baiklah, ustazah akan terangkan serba sedikit ya. Nak banyak sila tanya ustaz di sekolah atau baca buku sejarah Islam. 

Dalam Perang Uhud ni Nabi Muhammad saw memerintahkan pasukan pemanah agar bertugas di atas bukit ni dan jangan turun walau apa terjadi selagi tidak diarahkan. Namun, ketika tentera Islam dapat mengalahkan musuh, pasukan pemanah turun untuk turut sama mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan. Melihatkan keadaan itu, tentera yang dipimpin oleh Khalid Alwalid berpatah balik dan mengambil tempat pasukan pemanah di atas Bukit Uhud. Justeru, ramai yang mati syahid termasuk bapa saudara Nabi, Hamzah yang dibelah dadanya oleh Hindun. Allahuallam.
 
Rasulullah dalam mengenangmu
Aku susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran...

Apapun yang berlaku serta kejadian pada masa itu ada hikmahnya kepada umat Islam dan perkembangan agama Islam, para sahabat Nabi Muhammad saw telah dijanjikan syurga. Kalau ada perasaan ragu2 dan tertanya2 silalah rujuk ustaz dan ustazah kerana mereka ada jawapannya.
Nun di atas sana adalah puncak Bukit Uhud. Bukit2 kat sini senang dipandang kerana tiadalah pokok-pokok yang melindunginya. Bayangkanlah kedudukan tentera yang berisiko ketika perang.
view dari atas puncak. Ramai jemaah yang tidak melepaskan peluang mendaki dan bergambar2. Tapi awas dengan jurukamera2 yang menawarkan diri untuk mempotret. Akak pakai kamera enfon saja.
O ya...Bukit Uhud ni berbeza sikit daripada bukit2 lain. Di mana warnanya kemerah merahan sikit. Dipercayai kerana mengandungi banyak emas dan satu lagi kerana malu apabila ditegur oleh Nabi Muhammad saw ketika nabi dan sahabat mendakinya. Justeru terlalu gembira Bukut Uhud menggoncang2kan tubuh...lantas ditegur oleh nabi kerana boleh mencederakan nabi dan sahabatnya. Allahuallam.
Ramainya peniaga2 di bawah sana. Pelbagai barangan sebagaimana yang ada di Madinah dan Mekah ada di sini. Kurma Ajwa lebih murah RM50 sekilo. Ada jugak membeli dengan peniaga wanita, tapi dia langsung tak pandai komunikasi selain bahasa Arab pasar. Makanya jadi ayam dan itik serati ajerlah. Akhirnya aku beli benda yang tak tahu nama dan kaedah guna. Gitu...
Ni maqam para syuhada yang gugur di medan Uhud. Semoga Allah swt merahmati kalian semua. Memangpun syurga tempatmu. Insaf dan rasa kerdil pabila mengunjungi tempat bersejarah begini.

Madinah : KL Jeddah

Penerbangan pukul 3.00 petang. Makanya banyak masalah akak sekeluarga meround dan melepak. Sesuailah dengan sifat semulajadi kami yang suka merewang. Eh...tulun berubah ya.
Geng yang kebetulan lalu untuk balik kampung. Treima kasih bebanyak. Nanti akak doakan awak tambah anak yer?? eehh doakan agar dapat pergi Mekah jugak. Okkay.
Oh ya, kalau flight kul 3.00 petang tu memang tak sempat lah nak solat di surau airport KLIA tu. Kang tak pasal2 kena tinggal kapal terbang pulak. Nangis kau. Makanya, dinasihatkan agar ambil wuduk siap2 ketika merewang tu. Lepas tu solat jamak di transit (lepas naik tren tu..) sebelum naik flight. Memang ramai orang bersolat kat sini.
Penting cari kasut yang selesa untuk menunaikan Umrah kerana kena banyak jalan kaki kan.

Nilah dia Saudi Arabia Airlines yang aku nak naik sangat tu. Nanti diceritakan apa yang ada.
Nasib baik dapat duduk sebaris.Dalam kapal besi ni merentas benua, perasaan jadi tak tentu hala bagi pengembara daif cam aku. Namun,  kena solat juga walau di mana berada selagi waras. Solat hormat waktu. Tapi aku masih ikut waktu Malaysia lah. Caranya solat d tempat duduk. Nanti sampai destinasi kena gantilah kecuali kalau anda ada wuduk masa solat ni.
Ni teve lah. Boleh tengok movie, game budak2 dan dengar orang mengaji al-Quran. Aku suka tengok peta perjalanan nih. Maklum tak pernah merasa naik pligt lama-lama. Jauh juga Kuala Lumpur ke Jeddah yek. Kalau direct 8 jam lah lebih kurang masanya dengan kelajuan mencapai 1000 kilo perjam. Ketinggian pulak mencecah 35000 kaki dari laut. Eiii tatutnya... Harap2lah kami semua sekapal ni selamat sampai dan kembali. Amin.