Tuesday 30 December 2014

Doakan QZ8501- Air Asia

Macam tak percaya tapi kena percaya jugak. Sedang kejadian dua pesawat MAS tu masih lagi terkial2 minda nak cerna untuk terjemah dan memaksa akal untuk menerima hakikat...ini berlaku lagi musibah terbaharu. Ya ALLAH...ampunilah kami.
Aku ada pengalaman berada di dalam kapal terbang ketika cuaca buruk. Tahun 2012 rasanya sewaktu balik dari Sarawak- Kuala Lumpur -Kuala Terengganu. Bergegar-gegar badan kapal terbang merempuh awan dengan kilat petir lagi. Anak-anak kecil menangis mintak dengan mak ayah nak turun... kami yang tua ni hanya berdoa. Selebihnya berserah dan reda dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Asyhaduallailahaillallahhh.

Kapal terbang kecik ni aku rasa asyik naik turun dan mengiring mengelak awan tebal kotnya. Mungkin ini perasaan over aku yang ketakutan yang teramat saja...orang lain mungkin tidak? secara teknikalya boleh ke kapal terbang bergerak sebegitu? ampunnnkan hamba yang jahil ini.

Pada perkiraan aku, itulah kali terakhir aku naik flight. Tak MOO dah lepas ni. Tapi alhamdulillah selamat semuanya.

Kendiannya, pabila tengok burung besi tu melintasi udara di rumahku, hati tertanya2 bila pulak aku dapat terbang eteks ya. Bestkan jadi burung terbang atas awan gemawan yang putih bertompok2 cam kapas tu...

Kembali ke alam nyata, QZ telah dijumpai dan disahkan akan serpihan badan serta penumpangnya. Betapa sedihnya. Maha berat dugaan mereka dan keluarga. Sesungguhnya Dia jua yang Maha Mengetahui. Allahuakbar.

Masjid Nabawi; Indah dan Damai

Dari Lapangan Terbang Jeddah, kami bertolak ke Madinah menaii bas. Perjalanan mengambil masa agak panjang. Mungkin dalam lima atau enam jam. Sebenarnya bingung2 lagi nak tukar masa dari Malaysia kepada masa Arab Saudi. Malaysia lebih awal 5 jam berbanding sini. Sampai kat Hotel Mubarak kul 2.30 pagi. Tunggu lagi untuk dapatan kunci bilik. Dapat masuk bilik terus landing. Allahuakbar sedapnya memanjangkan badannn setelah sekian lamanya asyik duduk dan duduk. Heheh merungut ke?? tidaklah merungut, menambah ajino moto jer. Dalam pukul 5.25 pagi kami bangun untuk ke MASJID NABAWI. Masjid Nabi....ishhh tak sabornya.

Pertama kali memandang, terus hati disapa sayu, hiba, terharu, teruja dan macam2 rasa lagi.Ya Allah....terimalah aku. Bimbinglah aku. Pertama kali solat Subuh kat sini air mataku berjuraian. Terima kasih Allah kerana sudi menerima aku sekeluarga untuk menjadi tetamu-Mu dan Rasul-Mu. Wahai Rasul...aku datang kepadamu. Berikan syafaatmu kepada kami sekalian umatmu.
 
Masjid Nabawi memang cantik dan jiwa sangat tenteram berada di dalamnya.

stamp gambo sendiri sebab tiada orang orang nak tulun. Kasihan diriku sendiri.
Payung-payung cantik tu belum berkembang lagi pada awal pagi. Cantik nian.
Bekas2 yang berisis air zam zam untuk diminum oleh jemaah. Mesti ambik kesempatan minum ketika masuk dan keluar masjid. Snap gambor sambil berjalan ajer. Almaklum orang ramai berpusu-pusu keluar masjid. Kat sini nak masuk kena spotcheck dulu oleh polis2 wanita yang berjubah hitam. NO CAMERA...HARAM...HARAM jeritnya. Kalau telepon tu lepas jer.
Oh wonderful. Suhbanallah...Sinar pagi. Siapa gerangan dengan jubah kembang2 tu.
Payung2nya berkembangan apabila cuaca panas. Cantik memukau. Best sangat duk kat sini. Rasulullah dalam mengenangmu aku susuri lembaran sirahmu... di sini, di dalam Masjid ini Rasulullah saw dan dua orang sahabat besarnya dimaqamkan. Barangsiapa yang bersolat di masjid ini pahalanya digandakan seribu kali. Allahuallam. Tak sabor hendak ke Raudhah. Setiap kali berjalan kaki ke masjid, aku berdoa dalam hati agar kunjungan ini bukan yang terakhir.
Selfie lah sangat.


Pasar Kurma@ Ladang Kurma

Dari Bukit Uhud bas akan berenti di Pasar Kurma. Banyak jenis kurma dan produk berasas kurma dijual di sini. Ada jugak aneka minyak seperti minyak zaitun, minyak bijan...kelapa dara pon ada jugak.

Pendek kata memang harus menghabiskan sebanyak mungkin duit riyal yang ditukar kat Money Exchange tu. Paling banyak akak beli coklat yang dibungkus besar2 ikut saiz mulut saper ntah. Kalau mulut akak yang tertib ni....huwekkk....hihi...seketul tu empat lima kali gigitlah baru habis. Takkan orang Arab tu boleh muat kalau sekali telan kan. Ishh tak tau motip dibentuk besar2 gitu.

Hambik...ambik...HALAL...HALAL. Maksudnya dimakan boleh ajer sebanyak mana pun. Baiknya. Kurma Ajwa RM70 sekilo. Yang lain2 murah sikit lah.
Kurma yang Nabi Muhammad saw suka ialah kurma Ajwa. Maka sebaik2nya belilah kurma ajwa yang ditanam di Madinah untuk diagih2 kan kepada pada jiran, saudara mara dan kengkawan ye. Kalau tidak apa2 kurma pun okkay. Jangan jadi bakhil sudah.

Hehe...orang Arab suka guna perkataan ni apabila kita tawar menawar dengan rakusnya... Malaysia la bakhil ( orang Malaysia tak kedekuttt..). Iyolah tu tapi aku kena jadi bakhil terus tawar mintak diskaun 90 peratus. Buleh ke?? Kalau tak ada perasaan dan tak ada keroje lain boleh la kot.
Terdapat beberapa batang pokok kurma. Banyak lagi pokok kurma di tepi jalan berbanding di sini. Saja tanam buat sampel tu. Buah kurma galak masak sehingga klimeksnya bulan Ramadan. Biasanya sehingga pertengahan tahun masehi. Masa tu suhu mungkin mencapai 50 darjah c.
Aksi ini tak akan buat cameraman  berdarah hidung...

Monday 29 December 2014

Madinah: Ziarah Bukit Uhud

Ingat tentang subjek Sejarah Islam yang kita belajar dulu2 tu? Mestilah ingat tak banyak pun kan. Baiklah, ustazah akan terangkan serba sedikit ya. Nak banyak sila tanya ustaz di sekolah atau baca buku sejarah Islam. 

Dalam Perang Uhud ni Nabi Muhammad saw memerintahkan pasukan pemanah agar bertugas di atas bukit ni dan jangan turun walau apa terjadi selagi tidak diarahkan. Namun, ketika tentera Islam dapat mengalahkan musuh, pasukan pemanah turun untuk turut sama mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan. Melihatkan keadaan itu, tentera yang dipimpin oleh Khalid Alwalid berpatah balik dan mengambil tempat pasukan pemanah di atas Bukit Uhud. Justeru, ramai yang mati syahid termasuk bapa saudara Nabi, Hamzah yang dibelah dadanya oleh Hindun. Allahuallam.
 
Rasulullah dalam mengenangmu
Aku susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran...

Apapun yang berlaku serta kejadian pada masa itu ada hikmahnya kepada umat Islam dan perkembangan agama Islam, para sahabat Nabi Muhammad saw telah dijanjikan syurga. Kalau ada perasaan ragu2 dan tertanya2 silalah rujuk ustaz dan ustazah kerana mereka ada jawapannya.
Nun di atas sana adalah puncak Bukit Uhud. Bukit2 kat sini senang dipandang kerana tiadalah pokok-pokok yang melindunginya. Bayangkanlah kedudukan tentera yang berisiko ketika perang.
view dari atas puncak. Ramai jemaah yang tidak melepaskan peluang mendaki dan bergambar2. Tapi awas dengan jurukamera2 yang menawarkan diri untuk mempotret. Akak pakai kamera enfon saja.
O ya...Bukit Uhud ni berbeza sikit daripada bukit2 lain. Di mana warnanya kemerah merahan sikit. Dipercayai kerana mengandungi banyak emas dan satu lagi kerana malu apabila ditegur oleh Nabi Muhammad saw ketika nabi dan sahabat mendakinya. Justeru terlalu gembira Bukut Uhud menggoncang2kan tubuh...lantas ditegur oleh nabi kerana boleh mencederakan nabi dan sahabatnya. Allahuallam.
Ramainya peniaga2 di bawah sana. Pelbagai barangan sebagaimana yang ada di Madinah dan Mekah ada di sini. Kurma Ajwa lebih murah RM50 sekilo. Ada jugak membeli dengan peniaga wanita, tapi dia langsung tak pandai komunikasi selain bahasa Arab pasar. Makanya jadi ayam dan itik serati ajerlah. Akhirnya aku beli benda yang tak tahu nama dan kaedah guna. Gitu...
Ni maqam para syuhada yang gugur di medan Uhud. Semoga Allah swt merahmati kalian semua. Memangpun syurga tempatmu. Insaf dan rasa kerdil pabila mengunjungi tempat bersejarah begini.

Madinah : KL Jeddah

Penerbangan pukul 3.00 petang. Makanya banyak masalah akak sekeluarga meround dan melepak. Sesuailah dengan sifat semulajadi kami yang suka merewang. Eh...tulun berubah ya.
Geng yang kebetulan lalu untuk balik kampung. Treima kasih bebanyak. Nanti akak doakan awak tambah anak yer?? eehh doakan agar dapat pergi Mekah jugak. Okkay.
Oh ya, kalau flight kul 3.00 petang tu memang tak sempat lah nak solat di surau airport KLIA tu. Kang tak pasal2 kena tinggal kapal terbang pulak. Nangis kau. Makanya, dinasihatkan agar ambil wuduk siap2 ketika merewang tu. Lepas tu solat jamak di transit (lepas naik tren tu..) sebelum naik flight. Memang ramai orang bersolat kat sini.
Penting cari kasut yang selesa untuk menunaikan Umrah kerana kena banyak jalan kaki kan.

Nilah dia Saudi Arabia Airlines yang aku nak naik sangat tu. Nanti diceritakan apa yang ada.
Nasib baik dapat duduk sebaris.Dalam kapal besi ni merentas benua, perasaan jadi tak tentu hala bagi pengembara daif cam aku. Namun,  kena solat juga walau di mana berada selagi waras. Solat hormat waktu. Tapi aku masih ikut waktu Malaysia lah. Caranya solat d tempat duduk. Nanti sampai destinasi kena gantilah kecuali kalau anda ada wuduk masa solat ni.
Ni teve lah. Boleh tengok movie, game budak2 dan dengar orang mengaji al-Quran. Aku suka tengok peta perjalanan nih. Maklum tak pernah merasa naik pligt lama-lama. Jauh juga Kuala Lumpur ke Jeddah yek. Kalau direct 8 jam lah lebih kurang masanya dengan kelajuan mencapai 1000 kilo perjam. Ketinggian pulak mencecah 35000 kaki dari laut. Eiii tatutnya... Harap2lah kami semua sekapal ni selamat sampai dan kembali. Amin.

Gila Kuih Lompat Tikam

Kalau pasal kue tradisional ni tak payah nak tanya tekak anak-anak nak makan kuih apa... tak ada minatnya deme melain naget...naget. Sesuai bangetnya kalu menikah dengan suku sakat Ramly Burger. Kalau adik tu nampak sangat pura2 sedap. Hmmm.

Hari ni mood baik...maka akak beri pilihan kepada roomate yang sehati sejiwa klasikal tu. You pilih i atau DIA? Heh, kejamnya. Heheh...pilih la nak makan kue lompat tikam ke kue tok aji serban. wahh, nama kue ni Islamik sikit kat sini. Kalau kat luar dijenamakan dengan nama seri kandi.... eh seri kaya pulut. Ye kan.


 Hari ni tambah pulut merah. Versi Kelantan ada ni buat penyeri selain untuk lebih mengenyangkan perut barulah suka hati. Lalala...
Cantik kan kombinasi kaler ni... silalah makan. Nyum nyummmm...

Sunday 28 December 2014

Minum Petang Yang Spesial

Hujan2 ni perut asyik lapar jer teringin nak makan kuih2 tradisional yang sinonim dengan hujan. Contohnya puli ubi kayu, kuih bingka ke...pengat labu campur biji sagu ke atau lain-lain. Dan paling best kalau ada kuih lompat tikam peberet tu.

Jadinya, untuk merealisasikan semua tu kenalah riki2 resepi dalam gugel dulu. Jommm...

Wah bestnya tengok gambar2 kuih ni. Nyummm2 sambil pejam mata telan air lio. Alah senang jer.
 Kuih Koci Bersantan
 

Baru tau nama kuih ni. Makan sekali apabila encik hubby terbeli kat pasar. Best.
Sedap nampaknya toke kue ni bikin. Resepi komplit dan lazat ada dalam blog ni... http://skampung.blogspot.com/2014/02/kuih-koci-yang-lazat-lagi-berkrim.html
Ada masa mesti nak buatla. Trimas encik Orga suami isteri yang rajin masak lagi suka berjalan2.
Kuih Lopis

 
 Nah altenatipnya...kuih lopis. Sedap bangat ni. Tak pernah buat tapi terpaksa makan apabila ada jiran2 sedekahkan. hehe.

Masa beredar... eh dah petang.


Maka siaplah set minum petang aku yang super sempesel. Hehehew...

Roti Gardenia Butterscotch plus Teh O
Uuu Gardenia...sungguh enak dimakan begitu sajer... alhamdulillah syukur nikmat.


Umrah: Dari Rumah

Tanggal 9 Disember 2014
Seawal 5 pagi, kami dah bersiap-siap. Sudahku berpesan kepada adik dan kakak supaya memakai baju yang selesa sebab perjalanan yang lama, mungkin lebih dari 24 jam. Janji dengan Pok Mat Teksi supaya datang ambik kami jam 6.30 pagi. Saja aku tak nak susahkan adik beradik atau sedara mara yang tak seramai mana tu, sementelah lagi visa lambat diketahui. Aku tak kisah dan tak kisah. Memang kalau nak mengadap Ilahi, kita akan tinggalkan segala yang kita ada, kan?

Memang Pok Mat ni mantap, beberapa minit sebelum 6.30 dia sudah menunggu di luar pagar tanpa menelefon atau memanggil kami. Tapi alamak!! mana nak letak 4 beg besar Andalusia tu? Jadinya tiga beg dalam bonet, satu atas ribaku. Alaa besar jer tak berat pon. Sebabnya yang berisi sebenarnya 2 beg saja, yang dua lagi tu hanya berisi beg tarik yang sedang tu...juga yang Andalusia kasi. Strategi tu, tak lah kat sana aku terpaksa membeli beg ektra seandainya membeli sedikit barang2 sebagai cenderamata kawan2 kat sini. Heheh.

6.40 pagi....
Bismillahirrahmanirrahim...kami empat beranak turun dengan harapan agar segala urusan di Tanah Suci dipermudahkan Allah swt. Selamat tinggal untuk sementara ibu, Abang, rumahku syurgaku dan kenderaan yang membawaku ke sana ke mari. Hari ini khidmat kalian kutinggalkan. Terima kasih. Jumpa lagi dua minggu. Insya-Allah.

Flight MAS MH1327
Pertama kali naik MAS sebab naik Saudi Arabia. Tak mahal mana sebab tawakal book pada hari mendaftar walau sudah dilarang oleh pegawai Andalusia dan ustaz. Hehehe degil. Nasib baik dapat pergi pada tarikh yang dikehendaki. Biasa naik everyone can fly ajer...

Saudi Airlines

Saturday 27 December 2014

Umrah: Visa oh Visa...memang sesak napas

Semua kelengkapan telah disediakan sedikit demi sedikit. Almaklum... besar juga jumlahnya. Kosnya bukan sekadar bayaran kepada agesi sahaja. Maka perlahan-lahanlah kukumpul materialnya supaya lengkap seadanya dengan kadar harga yang serendahnya. Banyak yang kubeli di Pasar Raya Mydin semestinya. Memang murah. Alhamdulillah.

Semua sudah lengkap cuma menunggu kelulusan visa daripada pihak Arab Saudi. Dari hari ke hari... dari sebulan hingga ke beberapa hari lagi kutunggu...kutunggu tapi... pabila kuhubungi pihak agensi, mereka pun tak tahu. Baru tahu sampai 1hb kak... waaa. Allah saja yang tahu gelojak jiwaku. Ya Allah, tenangkan katiku dengan perkhabaran gembira. Terimalah aku....huhu.

6 Disember 2014 ( Sabtu)
Kugagahkan jua menghadiri Kursus umrah mungkin untuk kali terakhir sebelum pergi menunaikan Umrah. Kalau? mungkin?...ish..ish.

Syukur, sesungguhnya Allah Maha  Pengasih lagi Penyayang...Maha Mendengar segala keluh kesahku. SyukuRR. Aku dikhabarkan Visa Umrahku telah LULUS!!! Fuhhhh...legalah sangat. Hilang batu dalam kepala.

Bismillahirrahmanirrahim... Labbaikallahummalabbaik

Ya Allah, berat hati nak menulis di sini meski tidak ada yang mengikut blog ini. Takut terbit perasaan yang tidak sepatutnya. Bagi sesetengah orang menunaikan umrah seumpama pergi melancong dan biasa-biasa sahaja kerana pada bila-bila masa sahaja mereka boleh mengunjunginya... tapi tidak bagiku kerana sudah sekian usia barulah berkesempatan menjadi tetamu-Nya. Insya-Allah. semoga urusanku sekeluarga dipermudahkan.

Banyak yang ingin kudoakan di hadapan Kaabah. Oh.. tak tertahan perasaan ingin menyaksikan sendiri Kiblat umat Islam itu... subhanallah.

Mungkin detik dan saat ini aku sudah terbang ke sana. Ya Allah sucikanlah hatiku, terimalah diriku.... 

Labbaikallahummalabbaik...

Friday 26 December 2014

Ya Allah Selamatkan Mereka

Sekembali ke tanah air tercinta, aku masih bingung bingang lagi dengan cuaca. Dengan jet lag lagi asyik nak tido jer... rupa-rupanya Malaysiaku terutamanya di Pantai Timur dilanda banjir nan luar biasa. Ramai mangsa dipindahkan, malahan pusat pemindahan pun masih dinaiki air. Subhanallah... kasihanilah kami hamba-Mu yang tidak berdaya ini. Selamatkan mereka yang kini berdepan dengan ujian-Mu.

Dalam wasap grup, ramai teman-teman yang sukarela menjadi jurulapor. Bagus dan terima kasih...kita boleh tahu info tentang jalan-jalan yang boleh dilalui dan tidak. Tetapi yang sedihnya pabila ada yang cekap sangat menyebarkan berita tentang mangsa, rintihan mangsa malahan ada yang dikhabarkan mati lemas. Walhal kemudiannya ada pulak wasap penafian. Aduhai... berpada-padalah memberi laporan/ menyebar berita terutama yang melibatkan perhal kematian. Kesian mangsa, dengan gambar wajah, suami dan anak-anak tersebar entah kepada siapa-siapa. Cuba bayangkan kalau terjadi kepada diri sendiri???


Saturday 13 December 2014

Umrah : Magiknya Kuasa Allah

Ketika menempah tiket flight ke Kuala Lumpur untuk ke Tanah Suci Mekah, sengaja aku memilih penerbangan yang paling awal untuk melancarkan segala urusan kami anak beranak. Kali ni aku memilih khidmat MAS buat kali pertamanya. Sebabnya MAS mendarat di KLIA. Namun yang paling awal ialah pada jam 9.40 pagi.

Terdetik dalam hatiku... alamak lewatnya. Biasanya dengan Air Asia aku terbang awal pagi iaitu jam 8.20. Nak tak ndak aku tidak ada pilihan. Tempah sajalah.... Aku hanya berserah pada-Mu. Pasrah.

Alih2 hari , aku mendapat emel daripada MAS yang menyatakan penerbangan dijadualkan semula dengan penerbanganku diawalkan pada jam 9.00 pagi. Pihak MAS juga menghantar mesej tentang retime itu. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar keluh kesah hamba-Mu. Syukur.


Thursday 11 December 2014

Umrah: Kelengkapan Umrah

GIGIH teramat aku nak menyenaraikan barang2 untuk menunaikan umrah. Bukan apa, senang untuk rujukanku dan anak cucu cicitku pada masa hadapan. Malahan sesiapa yang tersesat ke sini juga harap dapat manfaatnya. 

Tiada lain yang lebih penting selain kesihatan diri dan kepasrahan serta reda atas ketentuan Allah.

Keperluan Umum
1. Passport yang tempoh sahnya ada lagi 6 bulan
2. Visa....memang sesak napas. Kalau pergi lepas musim haji... aduhai 2...3 hari nak berangkat baru tau. 
3. Duit riyal Arab Saudi
4. beg besar, sedang dan sandang serta buku doa disediakan oleh agensi (hendaklah diikat reben ke apa2 untuk bezakan dengan jemaah lain... ikut kreatip)

Keperluan Peribadi Wanita
jubah - 3 helai
telekung solat tanpa kain - 2 helai
tudung syria - 2 helai
selendang pashmina - 2 helai
tuala mandi
tuala muka
baju kelawar - 1
seluar panjang - 2 helai
seluar dalam - 7 helai
baju dalam - 5 helai
kasut lembut
anak tudung berdagu -1
anak tudung biasa - 2
tuala wanita/ pantyliner
Lelaki
baju Melayu - 1 pasang
t-shirt - 1
slack - 1
kopiah
selipar tawaf


Lagi
berus gigi
ubat gigi
sikat
bedak, syampu, mandian
sabun basuh - 2 ketul
bekas air minum
botol spray wuduk - 1
maggi....hehe
sudu plastik
bekas kecil untuk rendam megi
hanger - 6
stoking wuduk - 2
sarung lengan - 2
anak tudung - 3
sunglass
lip balm
keronsang kecil
pin
jarum dan benang
tisu 
sejadah
gula2 angin
pen dan buku nota
telefon dan charger
kamera dan charger
adopter

Ubat-ubatan
panadol
ubat sakit gigi
plaster
minyak angin
pil chi kit 
facemask
ubat selsema

bersambung....

Heheh... nampak macam remeh temeh. Nanti balik aku up to datekan yang mana perlu dan yang tidak. insya-Allah. mudah-mudahan aku dijemput ke rumah Allah itu.


Wednesday 10 December 2014

Umrah : Bermula Hasratku... Semoga Direstui

Bismillahirrahmanirrahim... apa yang aku tuliskan untuk label Umrah ini bukan untuk riak. Mintak dijauhkan sifat yang menjadi larangan Allah dan Rasul itu. Ini adalah sekadar luahan hati tentang kesyukuran, keluh kesah serta suka duka sepanjang terdetik niat untuk menunaikan fardu ini. 

Apa yang membuka pintu hatiku untuk menjadi tetamu Allah? tak pasti tapi aku perasan sejak aku berkira-kira duit kutu yang aku sertai boleh lepas satu kepala... maka aku terdetik, mengapa tidak aku ke Mekah sahaja untuk menunaikan umrah. Subhanallah. Syukur kerana dibukakan pintu hatiku ini walhal banyak tempat yang ingin kukunjugi jika ada rezeki. Hmm...

Justeru aku nekad untuk ke pejabat travel dan tours untuk mendaftar. Setelah meneliti beberapa syarikat, aku memilih Andalusia. Aku yakin dengan kredibiliti syarikat ini. Pengerusi eksekutifnya ialah Datuk Hj Daud Che Ngah iaitu bekas Pengurus Besar Haji... sudah tentu beliau mahir dengan selok belok tentang kebajikan dan permasalahan para tetamu Allah. 


     Sebenarnya semasa aku sedang berpraktikal di Besut, pagi-pagi aku sering mendengar suaranya bercerita tentang kisah2 di tanah Mekah melalui corong radio. Sambil-sambil bersiap siaga aku memang tidak miss mendengar celotehnya. Masa tu beliau belum dapat datuk lagi. DJ panggil beliau, Ustaz Daud.

Rupa2nya aku ada jodoh dengan beliau?? hah jodoh? ya jodoh pergi menunaikan umrah bersama syarikatnya. Insya-Allah.

Pagi 1 Julai 2014, aku turun rumah bertujuan ke pejabat Andalusia yang terletak di bangunan baru, Paya Keladi. Assalamualaikum .

 Abah mendaftar. Alhamdulillah... berjaya mendaftar meski tarikh yang diingini tidak ada kekosongan lagi. Namun, menurut pegawai bertugas, namaku akan diletak bawah standby untuk berlepas awal kalau ada penolakan oleh jemaah lain. 

Lagi satu, aku nak terbang dengan MAS Airlines atau Saudi Arabia Airlines tapi tak dapat jugak. Semua sudah penuh. Tapi masih bersyukur... reda dengan ketentuan-Nya.

Keluar dari pejabat dengan air mata menitik dalam hati. terharu dan syukur sangat2. Legaa..