Wednesday 10 February 2016

Hepi Bifday Kakak

Sori ye kak terlewat malam baru terhingat akan bifday anak yang comel dan bijak ni. Entahlah apabila cuti panjang sempena cny ni umi tak menghitung akan tarikh-tarikh yang datang dan berlalu.
 Nasib baiklah kedai kek tu bukak lagi...

Fuh... fuhhh bergotong royong dua beradik ni jadi ahli bomba. Terima kasih abang kerana petikan gitar nan sumbang itu. Hehe...

Apapun, umi doakan agar anak dara ni menjadi insan yang dapat menyumbang jasa bakti kepada keluarga dan negara. Sayang kakak ketat-ketat...

Tuesday 9 February 2016

Lama Tak Ke Mari, Sihatkah Kau

Assalamualaikum...
Lama tak masuk bilik sawang labah-labah ni. Sedangkan banyak yang berlaku dan berlalu...
i. tahun baharu, semangat kena lebih.
ii. hepi befday encik abah yang ke senja nan merah... haha
iii. suasana baharu
iv. belasungkawa... Che We, bekas rakan sepenyambungan belajar... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka.

Lagi... rasa sibuk dan letih jer sangat hingga bil air tidak terbayar. Suatu hari dapat surat amaran, baru jam-jam tu jugak pergi bayar. Aik?? ada pulak masanya yer... almaklum, bil air sudah tidak boleh dibayar melalui Maybank2u  kan. Ke akak yang ketinggalan ni.