Sunday 12 June 2016

Menggamit Kenangan di Memory Lane

Sudah alang beralang akak sekeluarga ada di Ipoh pada hari Ahad ni, rugi lah kalau tidak diinjakkan kaki ke pasar yang menjadi sebutan ramai ni. Memang teruja. Pagi-pagi lagi sudah sampai kat Ipoh... heheh memang tido kat sini pun. Walau dalam 10 minit sudah sampai tapi tak jumpa-jumpa jugak lorong kenangan ni. Mana ehhh berpusing pusat sudah kami suomi isteri. 

Nah... akak berbaik hati ambik gambar landmark ni untuk bakal pengunjung lain yang berhajat nak ziarah kat sini. Oh ya kena datang awal supaya kereta kita dapat ditinggalkan dengan selesa dan selamat.
Akhirnya tiba-tiba saja terjumpa Pasar Karat@Memory Lane ni. Memangnya banyak lorong digunakan peniaga untuk membentangkan tikar jualan. Apa yang ada di sini? jom ikut aya jalan-jalan...
haha... sesuai dengan namanya. Banyak yang berkarat-karat, Ramai peminat ni. Kalau ada sape-sape yang hilang rantai besikal tu boleh lah cari ganti kat sini. Nampak tu... penutup rim kereta pon hado. Dulu, kereta Proton Iswaraku terjatuh penutup ni masa kereta bergerak. Apa lagi tergolek-golek lah kat jalan raya. Nak berenti ambik? memang tak lah wehhh.

lagi... periuk belanga bertangkai ni memang menggamit memori.


wahhh ni best... sterika antik. Penumbuk kayu tu ai suka. Tapi tak beli
 sebab mahal.. ngeh-ngeh. Selera akak lebih  apabila tengok tempayan dan pasu-pasuan ajer.

Peniaga ni jual pelapik papan gosok ajaib katanya. Gosok belah atas jer bahagian bawah otomatik licin. Bolehlah try RM10.00. ( balik rumah tak sabau nak gosok baju... memang tak ajaib langsung!)

Masa jalan-jalan tu aku terdengar lah perbualan dua orang anak dara cun melecun dengan gaya terkini. Katanya dia dah tobat tak nak datang ke sini lagi. Kiranya inilah kali pertama dan terakhir dia datang ke pasar karat ni. Hahaha... anak-anak dara comellote tak sesuai lah kalau nak melancong ke sini kecuali yang berjiwa antik mentik saja.

Apapon, sesiapa yang berkunjung ke negeri oh kome dughian udoh luruh ni disyorkan ke sini untuk alami perasaan dan suasana yang berbeza. Sensasi.





Jahit Baju Tak Raya

Memang nostalgik sangat mesin jahit mudah alih nii. Kubeli masa abang Tahun 3 maknanya hampir sebelas tahun lepas. Motip beli bukannya nak ambik upah jahit tapi sebab nak jahit baju raya anak-anak yang masih kecik... berjimat lagi... hehe... memang best apabila tengok anak pakai baju jahitan sendiri. Bangga dan syok sendiri. Anak pulak tak tau kot suka ke tidak dengan hasil keras tangan yang indah nian di hatiku itu. Ngeh ngeh... Oh ya, rege mesin ni RM600 tahun 2005. Banyak jasa ni walau itulah tahun terakhir jahit baju raya anak sendiri. Memang sudah diniat dengan nekad, apabila abang Tahun 4 aku sudah mahu bersara. Sebenarnya alkisah sebaliknya akan kejadian terpaksa jahit baju raya sendiri adalah kerana aku suomi isteri melengah-lengahkan membeli kain untuk buat baju Melayu. Bahananya... malam raya duk menggatih dan menghogeh mesin. Orang lain sibuk bergumbira ketika anak bulan nampak, aku?? Serik... serik ooo.

Sebenarnya kain ni sudah dipotong beberapa bulan lepas. Saja asah semula talent nan hebat dan yang utamanya boleh jimat belanja. Yalah pasal duit muit ni kena kedekut tahap gaban. Muah haha... dua pasang sudah selamat diperlusuhkan oleh anak dara tu secara giat di asrama. Tinggal selai ni yang tertangguh2 nak siapkan. Tapi tak per lah kan... apa kata dipakai pada hari raya nan mulia nanti. Ok kak?...

Disember 2015 lepas rupanya operasi memotong kain yang dilaksanakan dengan jayanya oleh tuan punya baju. Memang berbakat besar dia... dengan tunjuk ajar yang tak cukup kredit tu kakak sudah boleh menggunting baju kurung. Nanti-nanti ambik kelas secara formal ye. Model di atas tu macam biasa, tak ending drama kalau tak ada dia mengenterprem.




Masih stedi lagi aku menjahit rupanya. Masih ada gaya tukang propesiotnal tu....muahahaha tapi tak dan jugak nak siapkan sebab tak ada kain reja untuk dibuat pinggang. Mungkin aku sudah buang... ingat-ingat lupa ni almaklum sudah lama terperap buat semak dalam rumah tangga. Tak pe anak ooo, kita matching dengan kain perca yang lain. Alaah siapa yang tahu kan kalau dari luar nampak pro jerrr... ahter.

Saturday 11 June 2016

Panorama Indah Di Sungai Melaka

Subhanallah... cantik amat pemandangan di sini. Untuk bergambar berselfi dan bergumbira amatlah sesuai sangat. Memang sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa... hehe nyanyi lah pulok. Setiap yang berlaku ada hikmahnya terserah kita mentafsir di sebaliknya.

Mesti lapor diri kat sini. Melaka Bandar Raya Bersejarah

Cantik... cantik. Ramai pelancong yang jalan-jalan aje sepanjang sungai ni. 

Tak adalah model-model lain selain yang ini. Tak ada pilihan nampak! hahaha



Aksi teruna idaman

Lakonan tak laku... hihiks

kalau nak naik krus untuk menyusuri sungai pon boleh. Tambangnya berapa hinggit eh... adalah dinasihatkan, kalau nak naik krus silalah naik pada waktu malam sebab panorama indah disimbahi lampu-lampu sangat cantik kebaboom...

Jalan2 Melaka; Hallmark Inn

Sempena cuti sekolah nan dua minggu ni, of koslah ibu bapa yang merancang untuk membebaskan fikiran sendiri dan anak- anak dengan bercuti-cuti Malaysia kan. Memang Malaysia tak kurang... best dan bangga jadi rakyat Malaysia. Syukur.

Kali ni Melaka jadi pilihan walau dah banyak kali ke sini rasanya. Memang mengujakan. Melaka Maju, Negeriku Sayang... lebih kurang moto patriotik yang adaaa jer kat mana-mana. Bijok ah pemimpinnya menyentuh hati rakyat marhain. Tahniah orang Melaka.

Kali ni nak cerita pasal hotel Hallmark Inn. Pilih punya pilih, nekad ambik yang ni. Lokasi dalam 700 meter dari pusat bandar. Agak jauh sikit. Sebenarnya banyak je hotel yang betul2 di bandar tapi tinggal yang mahal2 dan yang bajetnya dah penuh. Ada kuasa nak bayar mahal-mahal semata2 nak tumpang tidor?... hehe... kata je tak mampu.... senyum...

😢😢😢 gambo hotel tak ambik pulak.

Yang best kat sini ialah bilik yang besar dan selesa. Ajak tempah ikut agoda dapat anggaran rm80 rasanya. Makanya tempah 2 bilik. Dengan tempat parking yang selamat terletak di belakang hotel. Kat sini jangan tersalah pilih hotel ye adik2... nanti nak parking pon susah, rasa tak selamat nak park kereta depan jalan yang sempit tu dengan pelancong yang tak putus2... dari aspek privasi rakyat Melaka khususnya di tempat tarikan pelancong sudah hilang tapi dari segi ekonomi usah nak ucaplah... mencanak2 graf.

Dari hotel ni jalan kaki ke pusat bandar dalam 10 minit lah... kalau merangkak tu agak2 sendirilah ye. Tak rugi jalan kaki menyusuri Sungai Melaka.