Monday 31 December 2012

ABC dan Cikgu Sekolah Rendah

Cikgu sekolah rendah hanya tahu ajar A B C.  

Satu pernyataan yang menunjukkan dangkal dan angkuhnya pemikiran manusia itu. 

Huh... sedihnya dengar guru-guru sekolah rendah yang diperlekehkan oleh seseorang yang kononnya mempunyai tinggi ilmu agama. Sebabnya pabila pengikut tegarnya yang bergelar cikgu sekolah rendah telah berpaling arah. Ggrrr.

Macamana agaknya perasaan para cikgu sekolah rendah dan cikgu yang pernah mengajar sekolah rendah sebelum beralih tempat kerja ke sekolah menengah dan ke institut perguruan.

Sebaliknya, aku sangat menyanjung guru-guru. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guruku, guru anak-anakku. Semoga Allah memberkati hidup kalian dunia dan akhirat.

Terima Kasih Guruku

Pagiku cerahku matahari bersinar
Kugendong tas merahku di pundak

Selamat pagi semua
Kunantikan dirimu
di depan kelasmu menantikan kami

Guruku tersayang guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis mengerti banyak hal
Guruku terima kasihku

Nyatanya diriku kadang buatmu marah
Namun segala maaf kau berikan

Terimakasih Guruku

Tahun Baru Tambah Usia Tambah Sabar

Masa pantas berlari, pejam celik dah sampai hujung tahun. Esok 2013. Tambah lagi satu angka pada koleksi usia. Banyak peristiwa manis sepanjang tahun ni. Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi.

Sebenarnya hari ni aku sedikit kesibukan, sebabnya esok hari persekolahan bermula. Kena siapkan abang untuk ke asrama dan kena gosok baju awal2 supaya hari esok boleh dimulakan dengan ceria dan awal sampai ke destinasi. Kakak terutamanya, sangat teruja nak pergi ke sekolah menengah meskipon bukan sbp. Yalah kan, semua serba baru... dah besar, nak pakai uniform kain biru laut plus baju kurung putih pulak. Amboi...kakak nampak masak dalam tudung putih. Masak apa?? hanya aku dan dia yang tahu. keh..keh.


aku merepek pada malam tahun baharu... 

Selamat Tahun Baru 2013...
Sempurna sudah azam lama
Cipta azam baru
Moga hidup lebih berkat
Umur baru bukan muda selalu
Banyakkan  buat kebaikan

Selamat Tahun Baru
Selamat Mengundi PRU 13!

*****************
Selamat Hari Lahir, abah.
 

Friday 28 December 2012

Cepat Suburkan Rezeki Kita

Dah nak habis tahun 2012. Haa... ada satu lagi kewajipan yang belum tertunaikan? yakni tunaikan zakat. Yalah, kalau nak dapatkan refund potongan cukai tu kenalah ambil resit zakat tahun ni kan. Kalau di Terengganu, Majlis Agama buka kaunter 7 hari seminggu bermula 16 Disember lalu. Oh, senanglah sikit nak berkunjung ke sana.

Zakat tu maksudnya bahagian kepunyaan orang lain yang Allah kurniakan melalui kita. Betul? selain itu, pengeluaran zakat umpama membubuh baja pada tanaman. Insya-Allah rezeki kita semakin subur dan bertambah2 tenang hidup kita.

Hmmm, musim2 hujan berpanjangan begini, susah dan sejuk jugak aku nak ke majlis agama. Walau bagaimanapun, kena selesai jugaklah dalam masa dua tiga hari ni. Mudah-mudahan hidup kita beroleh keberkatan selalu... Jom geng2 kita serbu...

Tuesday 25 December 2012

Ramai Orang Baik2 Rupanya

Hari ni aku ada dua urusan penting. Satu sebelah pagi dan petang. Dua2 agak kusut. Namun alhamdulillah hari ini jugak aku berjumpa dengan dua insan yang sangat baik hati. Justeru, urusanku dipermudahkan dan selesai dengan aman tenteramnya. 

Apabila menerima kebaikan orang lain, selalunya aku sangat insaf dan memuhasabah diri agar lebih bersikap baik...he...

Terima kasih sangat kepada insan2 berkenaan. Allah jua membalasnya.


Monday 24 December 2012

Ranking SBP PMR 2012

1. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (GPS 1.022)  
2. The Malay College Kuala Kangsar (GPS 1.0237)  
3. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (GPS 1.0265)  
4. Kolej Tunku Kurshiah (GPS 1.0278)  
5. SM Sains Raja Tun Azlan Shah (GPS 1.0302)  
6. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (GPS 1.0309)  
7. SBP Integrasi  Gombak (GPS 1.0375))  
8. Sekolah Tun Fatimah (GPS 1.0377)  
9. Sekolah Menengah Sains Rembau (GPS 1.0408)  
10. Sekolah Sultan Alam Shah (GPS 1.0434)  
11. SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (GPS 1.0499)  
12. Sekolah Menengah Sains Selangor (GPS 1.0538)  
13. Sekolah Seri Puteri (GPS 1.0557)  
14. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (GPS 1.0575)  
15. Sekolah Menengah Sains Tapah (GPS 1.0595)  
16. Sekolah Menengah Sains Kuching (GPS 1.0707)  
17. Sekolah Menengah Sains Muzhafar Shah (GPS 1.0711)  
18. Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (GPS 1.075)  
19. Sekolah Menengah Sains Miri (GPS 1.0772)  
20. Sekolah Menegah Sains Johor (GPS 1.0781)  
21. Sekolah Menengah Sains Machang (GPS 1.0802)  
22. Sekolah Menengah Sains Lahad Datu (GPS 1.0827)  
23. Sekolah Dato' Abdul Razak (GPS 1.0923)  
24. Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (GPS 0983)  
25. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (GPS 1.0989)  
26. SBP Integrasi Sabak Bernam (GPS 1.099)  
27. Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (GPS 1.1006)  
28. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (GPS 1.1062)  
29. Sekolah Menengah Sains Pasir Putih (GPS 1.1104)  
30. Sekolah Menengah Sains Dungun (GPS 1.114)  
31. SBP Integrasi Kubang Pasu (GPS 1.1149)  
32. SM Sains Hulu Terengganu (GPS 1.1194)  
33. SM Sains Sultan Mohamad Jiwa (GPS 1.1209)   
34. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (GPS 1.1221)  
35. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (GPS 1.124)  
36. SM Sains Tuanku Syed Putra (GPS 1.1243)  
37. SBP  Integrasi Rawang (GPS 1.1296)  
38. Sekolah Menengah Sains Sabah (GPS 1.1357)  
39. SBP Integrasi Gopeng (GPS 1.1373)
40. SM Agama Persekutuan Kajang (GPS 1.1376)  
41. SM Agama Persekutuan Labu (GPS 1.1485)  
42. Sekolah Menengah Saisn Teluk Intan (GPS 1.1493)  
43. Sekolah Menengah Sains Labuan (GPS 1.1496)
44. Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (GPS 1.1581)  
45. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (GPS 1.1585)  
46. Sekolah Berasrama Penuh Tun Abdul Razak (GPS 1.171)  
47. SM Sains Sulatan Haji Ahmad Shah (GPS 1.178)  
48. SBP  Integrasi Temerloh (GPS 1.1951)  
49. SBP Integrasi  Selandar (GPS 1.1954)  
50. Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (GPS 1.2491)  
51. SBP Integrasi Batu Rakit (GPS 1.2492)  
52. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (GPS 1.25)  
53. Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (GPS 1.2549)  
54. SBP Integrasi Jempol (GPS 1.2865)

Sunday 23 December 2012

Banjir yang Tragis

Musim cuti sekolah panjang dah nak sampai ke penghujung. Tak sampai sepuluh hari lagi, persekolahan akan bermula. Ramai murid  dan cikgu semakin bermalas-malasan nak ke sekolah. Jangan maree... gurau aje. 

Musim hujan nampaknya baru saja tiba kat tempat aku. Hujan turun mencurah2 tak henti. Kain kat sidaian, kalau sejuk2 sikit tu dah kira kering lah. Nak keluar rumah pun rasa seer...(segan kata orang putih!).

Kelmarin aku nak ke kampung sebelah lalu jalan depan rumahku. Sampainya di pertengahan jalan, nampak air banyak atas jalan. Nak redah ke tidak? Pusing semulalah bang...

Teringat aku peristiwa beberapa tahun lepas. Alkisahnya pada suatu malam hujan lebat, sepasang suami isteri berkereta hendak ke hospital kerana si isteri sakit perut nak beranak. Jalan besar banjir, maka mereka pon lalulah ikut jalan depan rumah aku memandangkan tiada papan tanda yang menunjukkan jalan ditutup (bukan tak ada, rupanya papan tanda tersebut terbalik menyebabkan mereka tidak perasan...mungkin keadaan terdesak dan panik agaknya..) Pergilah mereka berdua... ketika menuruni jalan berbukit, tiba2 saja terbentang di depan mata lautan air banjir. Ya Allah... terus kereta mereka masuk ke air. Bayangkan!

Bertungkus lumuslah mereka berdua untuk menyelamatkan diri. Si suami apatah lagi, berusaha menyelamatkan nyawa isteri dan anak dalam kandungan. Apalah daya manusia melawan arus air... makanya merayulah isteri meminta agar si suami pergilah menyelamatkan diri dan biarkanlah dia di situ berserah kepada suratan takdir....

Esoknya, hebohlah satu kampung dengan penemuan mayat wanita mengandung tersangkut di tepi pokok2. Begitulah akhirnya kisah pengorbanan dan kasih sayang sepasang suami isteri. Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang mati syahid. Amin.


Saturday 22 December 2012

Pengganggu Pengunjung Pantai

Aku dan keluarga sangat gemar lepak2 kat pantai. Kat Terengganu ni mestilah Pantai Batu Buruk, Pantai Kelulut dan Teluk Ketapang. Sambil2 jalan-jalan boleh menikmati udara nan sungguh segar. Pabila letih dan lapar, boleh singgah kat gerai makan ikan celup tepung...ICT. Selain tu, sotong dan udang pon ada. Best dan fresh.

Pada suatu malam nan dingin, aku melepak bersama suami sambil membiarkan bebudak bermain air dan mencari kulit kerang. Sebenarnya aku tak suka mereka kutip kulit kerang tu... bukan sebab cintakan alam sekitar... tapi pasir yang melekat akan dibawa naik kereta. Malas aku nak sapu.

Tiba2 aku ternampak budak2 menunggang motosikal (rupanya macam motosikal jer) dengan gembiranya. ee... terasa2 bagai motosikal itu nak menerkam kat belakang aku. Rasa tak tenteram sungguh. Benci kerana datang sini nak bersantai tapi amat terganggu dengan kehadiran peniaga yang menyewakan motosikal pelik tu ( All Terrain Vehicle... nak panggil haper nih?)
kenderaan ini sangat mengganggu pengunjung pantai sehingga 
boleh mengancam keselamatan...

Hari ni, aku terbaca dalam Harian Metro... ada pengunjung Pantai Batu Buruk yang dilanggar motosikal siot tu. Benci sangat. Maka ada lah statement daripada majlis perbandaran KT yang mengatakan mereka tak pernah luluskan lesen permainan tersebut meskipon ada permohonan. Ooooo... beroperasi secara haram? tapi dah bertahun berniaga di situ tapi tak de tindakan apa2 pon. Nasib baiklah bukan belakang aku yang diterkamnya. BENCI sangat....

Simpati aku kepada Sri Noraima Othman yang dihempap kenderaan berkenaan. Semoga beliau segera sembuh dan tidak serik datang ke sini. Sudah tentu kejadian ini mencemar nama negeri Terengganu yang menggamit pelawat dan pelancong pada 2013 sempena Tahun Melawat Terengganu.


Friday 21 December 2012

Pabila Kawan Lama Bertemu Lagi

Hari ni, encik Ahmad bin Abu ( bukan nama sebenar ) kelihatannya begitu teruja memulakan hari. Maklumlah, sudah ada janji untuk bertemu teman lama... memang lama lah, dah 20 tahun. Bayangkan dulu mereka muda belia, sekarang dah tua senjakala. Aduhai suami, janganlah kamu bayangkan yang indah2 lagi tentang dia. Begitu jugak dia. 

Satu perkara lagi, janganlah terlalu gumbira untuk berjumpa dengan temanmu itu. Masihkah dikau ingat pada tahun lepas... seorang rakan lamamu yang beria2 nak datang rumah dan disambut dengan senang hatinya olehmu di rumah kita.... tapi ah, rupa2nya mereka datang nak cari mangsa, nak perdayakan dikau demi mengaut untung. Ingatkah dikau akan peristiwa malar segar itu? Justeru, berpada2lah wahai suami.

Makanya, pada masa yang dijanjikan pergilah encik Ahmad dan Puan Siti ( bukan nama sebenar) ke Taman Tamadun Islam kerana teman yang dari Perak itu kepingin untuk melihat2 monumen-monumen indah yang ada di situ. Pabila sampai, encik Ahmad turunlah dari kereta untuk melilau kelibat pujaan hatinya, kebetulannya encik Ali pun ada di ditu. Amboi, kuatnya gerak hati mereka berdua. Puan Siti hanya memerhati gelagat mereka dari dalam kereta. Tidaklah ingin dia keluar lagi kerana tidak nampak lagi batang tubuh Puan Salmah, yakni isteri encik Ali.
 
nak naik cruise TTI. Tiket RM20 dewasa dan RM15 untuk kanak2 dan wargatua. 
Pakej keluarga RM55 untuk dua dewasa dan dua kanak2.

Setelah berkenal2 dan bermesra semula, maka tahulah encik Ahmad dan Puan Siti bahawa teman yang ini ikhlas dan jujur datang kemari untuk menyambung silaturahim yang lama terputus. Alhamdulillah.Makanya keropok lekor dan keropok keping sedap yang dibeli pon bertukar tangan sebagai cenderamulut tanda persahabatan kembali terjalin utuh. Kalau ada rezeki, Ahmad dan Siti akan ke Perak untuk lawatan balas.... Sekian.

( nama2 watak berdasarkan buku teks yang biasa aku jumpa masa sekolah rendah dahulu... kan?)

Thursday 20 December 2012

Tahniah, Abang!

REsult PMR diumumkan hari ni (19 Disember ).

Macamana bang... anak teruna aku hanya tersengih2, selamba dan tidak serius. Rasa boleh... katanya tidak berapa konpiden. Okay... kalau boleh, syukur sangat2 tapi kalau dapat 7a atau 6 a saja, abang kena redha, okay? seperti biasa aku memberikan taklimat ringkas pada pagi sebelum ke sekolahnya. Bukan apa, wajib bagiku sebagai ibu untuk meredakan tekanan dan memberi kekuatan mental untuk Abang untuk menerima apa2 kemungkinan. Hidup kan tidak selalu indah...

Guru sekolah Abang mengumumkan keputusan pelajar yang mendapat 8A mengikut turutan kelas dan pelajar diminta ke pentas bersama2 ibu bapa.  Amboi rasa nak putus nyawa menunggu detik namanya dipanggil. Rakan yang namanya hampir sama ...8A..., kemudiannn.... Muhammad Arif Fir.... serta merta aku menjadi sebak, air mata mula memenuhi kolam mataku. Terharu. Rasa terima kasih sangat kepada abang kerana memberikan ibu bapanya sebuah kecemerlangan.


Sebenarnya ini kali pertama aku merasakan debaran dan tekanan ketika berhadapan dengan  keputusan peperiksaan awam anak2. Kalau di sekolah rendah, aku ada akses untuk mengetahuinya lebih awal kerana rakan2 akan menelefon untuk mengucapkan tahniah. Di sekolah ini, aku tak kenal2 sesiapa... ah, siapalah daku.

Di pentas terasa diri amat kerdil tatkala bersama guru2 yang bertungkus lumus mengajar dan mendidik pelajar hinggga mereka beroleh satu lagi kecemerlangan dalan trek hidup. Terasakan, aku tidak menyumbang apa-apa pon. 

Terima kasih wahai cikgu2.. Tahniah buat Abang dan semua rakannya yang berjaya. Kepada yang kurang cemerlang sikit tu, kuatkan semangat dan tekun lagi untuk SPM 2014 nanti...


Wednesday 12 December 2012

Apa Kubuat Pada 12/12/12

Tarikh cantik. Ramai yang ambik peluang untuk abadikan tarikh cantik ni untuk sesuatu peristiwa atau agenda penting dalam hidup. Kalau yang bujang pilih tarikh nikah, yang mengandung pula boleh buat pembedahan lahirkan anak. Ada jugak yang yang saja2 meraikan tarikh ni dengan buat majlis makan2,  tempah kek ambik2 gambar, dan macam2 cara lagi. Maklumlah 100 tahun sekali. Aku buat aper ehh?

1. Pergi klinik sebab badan gatal2 seluruh badan, naik berbintat. Macam biasa doktor kata alergi. Salah makan. Rasanya tak ada salahnya makanan aku hari semalam, cuma yang lain sikit sebab makan buah binjai untuk kali pertama musim ini. Itu pun tak luar biasa sebab aku selalu makan. Doktor kata boleh jadi sebablah kalau nak jadi....okaylah. Dapat ubat2. Balik... ternampak orang jual buah binjal dan beli lagi. he.

2. Dapat surat yang menyatakan permohonan aku telah lulus. Suatu peningkatan dalam hidup aku kiranya. alhamdulillah, syukur sesangat.Yea....

3. Makan ubat dan tidur.....zzzzz


Monday 10 December 2012

Nasi Ayam Jadi Nasi Ayam, Kok..Kok..Kok

Hari ni rasa nak masak nasi ayam sempena anak2 ada kat rumah. Kakak pon dah balik dari bercuti pakej 4hari 4malam di rumah bapa saudaranya, meskipon dia merengek2 merayu suruh aku ambik. Bukan apa, apa kata adik aku kalau cepat2 ambil... kot terasa hati pulak. Budak2 mana tahu, kononnya kata dah besar.

Aku kena masak awal sikitlah sebab nak tapau untuk jiran sebelah. Sebabnya, bekas jiran yang berikan aku laksa penang yang sedap tu masih je melepak kat rumah. Lagipon, aku tak berapa suka bekas2 banyak kat rumah. 

Gedegung gedegang, siaplah nasi ayam yang super spesel bagiku... cepat2 isi dalam bekas. Kakak! cepat hantar. Tapi...

Ahhh, anak gadis sunti itu balik dengan tapauan aku tadi. Tak der oranglah umi... 
Ok lah, letak kat depan, nanti dia balik boleh hulur.

Makanya terbiarlah nasi ayam ku di siitu. Pabila azan maghrib bergema...terdengarlah bunyi keretanya masuk. Ahh.. takkan nak hantar nasi sejuk pulak. Apalah liat sangat nak beri jiran merasa keenakan masakanku? he...

Kruu, kruu...Ayam, oo ayam...nak makan nasi tak? eh, kawasan rumah aku mana ada ayam, kera banyaklah.


Sunday 9 December 2012

Malam Ni Malaysia - Thai

Dok sabar nak tengok bola malam ni. Jangan luper ya jam 8.45 malam nanti. Ramalan;
Aku 1-0
abah 3-0
adik 4-0

yeahhhh...tunggu!!

 
penyokong tegar HARIMAU MALAYA!

Akhirnya 1-1. Okaylah tu. 
Sila minum superpower untuk jumpaThai lagi. Sawadikaap.


Gi Tengok Piala Monsun 2012

Lokasi : Pulau Duyong, Seberang Takir. Jarak lebih kurang 10 minit dari bandar raya Kuala Terengganu. 
Pengangkutan : naik kereta ikut Jambatan Sultan Mahmud atau naik bot penambang dari jeti. Percuma sepanjang kejohanan. Perkhidmatan dari pukul 10.00 pagi hingga 6 petang.

Kali pertama aku tengok Piala Monsun adalah pada tahun 2005. Masa mula2 diperkenalkan. Tapi tengok dari tepi pantai Pulau Duyong ajer, sebab dulu tak ada lah hotel  Ri-Yaz ni. Jalan lalu pon ikut celah2 rumah orang... susah. Justeru, setelah tahun ketujuh penganjuran, barulah aku datang lagi.
Selamat Datang ke Ri-Yaz untuk tengok Piala Monsun secara live. Cuaca panas mencering. Parking kereta pulak jauh. Ni bukan kereta aku oii, kebetulan pulak ada kat sini. Aku tak perasan. Kalau VIP boleh terus masuk ke sini...
 Dari pelantar untuk menyaksikan kapal2. Panas kan adik? Mungkin view lebih cantik dari Tanjung, rasanya...
 tengok aje kapal2 ni belayar ke sana sini... tak paham kaedahnya.
Dalam dewan ni ada pentas utama. Nampak pihak pengurusan sibuk untuk majlis penyampaian hadiah karang. Maskot ni pon ada.
shoot dik... kalau tepat dapat cd percuma, tapi hampeh nampaknya.


Saturday 8 December 2012

Projek Mudah Cuti Sekolah

Cuti panjang akhir tahun dah masuk setengah, ramai budak2 sekolah dah berguling-guling kebosanan. Mak bapak jadi pening sebab anak2 asyik bertekak dengan adik beradik dan abang berabang. Hey...tekanan.

Justeru, takkan nak habiskan masa dengan menonton tv dan main gamez sajakan,apa kata kita bikin projek-projek mudah untuk dibuat bersama anak2. Di samping mengeratkan silaturahim, dapat juga mengeluarkan peluh2 jantan. NAk tahu apa yang aku hubby buat? nah, kita orang jadi jabatan kerja raya (masa aku kecik2 dulu, JKR buat jalan raya, kini tak lagi....)

 taraa... laluan pejalan kaki yang kreatif dan cantik. Yang penting kosnya cuma dua jag air teh o dan semangkuk mi rebus. Terima kasih abah, abang dan adik atas kerjasama.

Pengarah kerja Raya, beri posing dari punggung jer... batu bata bekas sarang arnab, sebab ada arnab yang mati dan selebihnya kuberi hak penjagaan kepada orang lain, makanya batu recycle tu kena basuh dulu lah.

Friday 7 December 2012

Pakej Murah - Nasi Lauk Kampung Dalam Taman

Sebenarnya dah dua tiga hari dapur aku tak berasap sangat. Sebabnya ada orang lupa nak beli beras. Teruk sangat ke sampai nak beli beras pun tak mampu. Sebenarnya ya jugakkk. .. ha..ha.

Semalam, aku berpiknik di tempat yang paling kos murah, tak perlu buang masa dan minyak kereta. Di mana tu? kat depan tangga teratakku sendiri. he... Menunya, simpel sempoi aje. Orang kampung pabila makan lauk2 kampung alangkah serasinya. soul foodslah katakan... tapi bila masa aku makan lauk tak kampung? ha..ha. LOL.

 Tu dia... gulai darat ikan sebarau, pekasam, koleksi telur ikan yang ada dalam perut ikan, kulat sisir (cendawan kukur) yang beli kat Sarawak hari tu... masih elok lagi. Rugi pulak beli sikit.
 comeiii nya tukang cedok nasi. Hari ni semua orang menjadi bersemangat dan rajin.
meh close up sikit.  Uihh, sedap... Goreng ikan tinggal tulang selangka, isi lekat kat kuali. Ni ikan pekasam beli kat Karnival Risda hari tu. Tiga hinggit saja.
 di sinilah kami menjamu selera. Semua orang menambah2 tak hingat...
yang paling power... jering terbang ( yang bikin bau mulut dan tandas kaw-kaw...tapi tak kesah.. bukan nak pergi buat urin test pon, kan), ada petai lagi. Dan yang macam halia tu ialah temu Sarawak jugak. Sedap... rasa masam2 macam mangga muda.

Wednesday 5 December 2012

Kali Pertama Kucabut Gigi


Pernah cabut gigi? aku percaya yang sudah hilang gigi waima sebatang. bukan tak sayang, tapi tak sanggup merana akibat sakit gigi.
Dah lama sudah sindrom sakit gigi melanda aku. Sekejap on.. makanya tak sabau2 ke klinik nak cabut. Pabila makan ubat... off pulak dan niat tu tertangguh. Akhirnya aku nekad.... hey... aku nak cabut gigi!!

Pembantu doktor panggil aku masuk....
Mengapa bengkak tak surut2 lagi, awak ada penyakit lain ke?
Penyakit lain aper dok?
Kencing manis ke?
tak ada...
Patutnya kena makan ubat dulu...
Kan saya dah datang klinik ni 2 minggu lepas, so dah makan ubat.
Bukan aper takut awak yang sakit selepas ni...
alaa... cabut ajer lah.
(degilll)

Pas tuh, doktor bagi ubat bius. Sebelum tu kena sain kad.
Ngaper kena sain2 ni, macam nak mati ajer?
Ala... tu prosedur biasa pabila nak doktor nak keluarkan ubat bius.
Ooo...

Doktor bagi 4 cucuk ubat bius kat gusi ( takkan cucuk kat gigi pulak..he). Doktor kata, yang ni sakit... lepas tu yang pon sakit sikit... jadinya semua 4 batang tu sakit belaka. Orang kata jarum pertama ajer yang sakit. TAK BETUL bagiku. Pas tu aku disuruh makan dua pil, satu antibiotik dan ubat tahan sakit.

Suasana senyap seketika. Bimbang pulak aku kalau2 ubat bius ni hilang kesannya padaku. Makanya aku beritahu doktor yang rasa kebas makin nak hilang.... amboi, orang lain tahan 10 jam, awak dah hilang? sindir tuan doktor. He... bukan apa, saja2 berhati2... tak boleh aku bayangkan kalau doktor tu cabut gigi masa ubat bius dah tiada. 

Bismillahirrahmanirrahim.... bunyi krak, krak tanpa sakit. Masa doktor urut2 pipiku yang bengkak, dia cakap... gigi dah cabut. HAH?

Maka hilanglah sebutir mutiara yang menghiasi dalam mulutku.  Pengalaman aku ni mungkin sebenarnya tak sama dengan orang lain.


Tuesday 4 December 2012

Aduhai Mi Sup

Aku jarang ke pasar malam, kalau pergi pon nak beli sayur dan ikan. Sesekali tu beli mihun sup kegemaran semua. Korang pon mesti suka kan. Mi sup ni sedap tak terperi, apatah lagi kalau dibubuh perut lembu. Perut ayam tak tahulah...

Makanya, ketika meronda2 ternampaklah aku akan pasar malam. Ehh, berhenti... semerta encik Kay memberikan isyarat untuk berhenti. Kemudian jalan2 cuci mata, ternampak gerai mi sup. Apalagi, mestilah nak beli. Heran jugak aku, mengapa bekas tok aji lebih besar daripada bekas garam. Masa penjual tu bubuh perencah dan perasa, maka fahamlah aku mengapa demikian berbeza saiznya. Dia mencedok satu sudu besar tok aji dan setengah sudu besar garam... untuk satu bungkus mi. Hahh...

Rupanya itu rahsia mengapa mihum menjadi sedap. Nampaknya, aku kena kurangkan beli mi sup lagi lah lepas ni. Tapi kan, masakan di kedai memang gitu kan?


Monday 3 December 2012

Sarawak Part 3


Makan Yang Sedap di Top Spot
 Banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan. Yang popular semestinya makanan laut yang segar bugar. terbaik dari ladang. Si ketamnya bergerak2 nak lari agaknya.
Setiap tanda nama kedai ada tulisan cina. Ini yang aku agak cuak. Cair mulut kot2 termasuk kedai cina non muslim. Uhhh segar...
Encik Kay mintak pucuk paku goreng. Alah... tradisional sungguh lah yu. Kat kampung melambak2 sayur nih. Hish. Tapi katanya, kat sini femes sayur pucuk paku dan midin. Oh..ai si. Spesialnya, pucuk paku kat sini memang pucuk muda... ala yang kerinting lagi. Kalau kat tempat aku, ada peniaga siap jual dengan daun kembang dan batang keras lagi. Nak cepat kaya...
 uhhh... sedap2. 
Masakan orang Sarawak semuanya sedap di tekak aku tapi tom yamnya kurang ngetop sikit. Mungkin jaraknya yang jauh dari Siam membuatkan tom yam semenanjung lebih kaw. Satu lagi, udang menteganya tak habis dimakan oleh kitak sebab terlalu manis. Aku oder umai setelah dipromosikan oleh peniaga. Umai? ikan mentah yang dibuat macam kerabu. Hu... bestt. regenya RM18 sepiring. Anak beranak suka sebab sedappp.

Makan di Kubah Ria
Tempat ni baru dibuka.Macam mall. Ada deretan kedai makan yang nampak sedap, tapi, macam biasa kena hati2lah sebabnya rupa diorang lebih kurang aja. Kalau kedai muslim biasanya ada bingkai Allah Muhammad.

 sementara jalan2 cari tempat makan yang sesuai... jumpa pameran buku.
Beli buku2 ni. Ada diskaun. Ngaper lepas diskaun sama jer harganya? tanyaku pada penjual. Oh... lupa pulaks, harga sini kan up sikit sebab buku2 tu naik kapal. Lepas potongan baru dapat rege macam semenanjung. He.. malu.
ode menu ni. Nasi goreng Gila Kasih. kiranya masakan yang paling pedas... sesuai namanya. Memang pedas siot hingga abang yang macho pun berair mata jantannya. Sebelah tu namanya Sup Super Power. Sedaapp. Telur dadar tak dap. Sori yer Sarawakian, ai ni telus.

Pasar Ikan Terubuk
jalan2 kat pasar tuk beli ikan terubuk (nama pasar tu sebenarnya tak tau...)Dari mula booking tiket ke sini, aku dah terbayang2 ikan terubuk. Mestilah beli. Ikan terubuk segar RM15 seekor dan yang masin RM7 seekor. Pandai loyar dapatlah hadiah2 gratis... percuma.
jambu air hijau, RM4 sekilo. Jambu ni susah nak cari kat tempat aku. Masih ku ingat, masa mengandung kakak aku mengidam2 nak makan jambu ni. Tiba2 esok terjumpa sebiji jambu ni di halaman rumah. Sungguh magik!! aku agak jambu tu terlepas dari cengkaman sang kelawar. Ahh... kelawar tak kelawar, aku makan jugak. Nasih baik kakak tak jadi batman. he.

Nak Balik Dahh...

 bergambar dengan En.Jali, pemandu van yang berhemah dan ramah. Terima kasih kitak.
 macam biasa, adik dan aksi lagak superstarnya.

sementara tunggu naik belon, urut kaki dulu. Rm1 untuk 3 minit. Ah leganya... Malam tadi duk bincang dengan hubby berkira2 nak beli ah mesin urut gini. Ingat murah ker... saja angan-angan kata Raja Ema. Ingat lagi Raja Ema yang cantik menawan biarpun berusia seperti aku.
Selamat tinggal Bumi Kenyalang. Kami akan datang lagi kepadamu. Insya-Allah. Bye.


Sarawak Part 2


Dalam Perjalanan Dari Sitok ke Kuching

Pasar Tamu. Banyak sayur2 kampung seperti petai, rebung, pucuk2... ikan keli segar dipanggang. Mulanya rasa nak beli untuk diratah segera, mesti manis kan.Tapi... tak jadilah pabila tengok penjualnya... takkan nak tanya yu ni muslim ke x? Sebelah ikan tu ialah ulat mulong panggang. Uishh... nak terai?
ulat mulong yang segar... masih menggeletas lagi. Boleh makan begitu saja. Nona2 manis yang menjual tu macam tak berapa minat nak layan aku. Mungkin dia tahu buat habis air liyo saja melayan. he.
nasi dalam periuk kera. Memang popular menu ni. Tapi tak beli sebab... tau lah kan. Kalau ikutkan hati, aku nak terai semuanya. Sememangnya aku gemar cuba makanan tempatan sesuatu tempat. Baru tau sedap ke tidaknya, kan?
Tak payah genyeh mata. Ni memang dinasour. Masih hidup lagi. serius. Menurut kata pemandu van, kat sini memang ada haiwan ni pada suatu masa dahulu. Allahuallam.
 zirafah batu pun ada.

Tugu Kucing @ Cat Statue
Kalau datang Kuching, mesti ambik gambar kat sini sebagai bokti keoada kengkawan. Ada tugu kucing bertahta dengan aman damai di sini tanpa makan, minum atau berak.

Pasar Satok
Aku agak pasar ni sepanjang 2 kilometer. Jalan2 pergi balik sambil belek2 dan beli dalam 2 jam. Meriahnya. Kalau datang Sarawak wajib hadir ke pasar ni yang ada pada hari Sabtu dan Ahad. Macam2 barang ada. Cantik dan murah. Kebanyakan barangan Indonesia.
Beli tikar Sarawak. Setelah puas tawar menawar, akhirnya beli jugak. Dibuat daripada kulit kayu dan rotan. Cantiiik sangat. Pekedai tengah packkan supaya senang dibawa pulang. 


Kilang Pasu Sarawak di Sarikin
Perjalanan mengambil masa dua jam dari bandar raya Kuching. Sepanjang2nya banyak kebun buah2an dan hutan. Yalah, negeri terbesar di Malaysia. Tak semua tempat didiami manusia. Harga tanah murah kalau kat kampung begini. Katanya dalam RM8 ribu untuk dua ekar. Terkeluar taik telinga sebab tak percaya, murah... tapi kat bandar, super mahallah. Juta2.

Rambang mata tengok aneka pasu. Semua pasu diberi diskaun 50 peratus. Alaa... jangan terpedaya sangat. Tu tektik peniaga, nak bagi nampak murah. Tapi memang murah pon nak banding kat bandar. Kat semenanjung lagi lah.
belakang kedai, tempat packing pasu2 dalam kotak. Kertas yang banyak tu untuk disumbat dalam kotak2 supaya pasu yang dibeli selamat dan aman dalam kargo belon. Tapi kalau nasib kurang baik, nescaya pasu2 tu pecah juga dikerjakan tukang angkat barang kargo. Harapnya aku bernasib baik. Sehingga hari ni 3 haribulan, aku masih tak bukak lagi kotak2 tu. Sebabnya nak ejas tempat letak. Sebenarnya sudah tak der tempat yang sesuai kat dalam rumah aku. Maklumlah, rumah ai kan saiz XS saja.

bersambung lagi...

Cuti-cuti Rileks...Sarawak Part 1

Akhirnya aku sampai juga ke Sarawak. Makanya lengkaplah pusingan jalan2 ke bumi bertuah, Malaysiaku tercinta. he.. orang lain bangga bila jelajah satu dunia, tapi aku kat tanah air pon dah riang ria semacam. Tak per.. lain orang lain rezekinya.

Oh Sarawak Bumi Kenyalang...
Kuching Internasional Airport.... cantik.
Hotel Murah... Saramo
Nak tido saja kan...
Muzium Kuching
Mulanya malas ah nak masuk2 muzium ni sebabnya kalau nak tahu tentang Kuching, kan boleh jer baca dalan buku or internet. Tapi akhirnya masuk jugak sebab free. Wah... indah rupa indah khabar, banyaknya gambar2 dan patung2 kucing. Cantik dan menarik.


Rumah Tiara
Kalau tak salah sebabnya driver van pon jadi keliru kerana rumah di kawasan ni besau2 belaka. Kalau salah ampun ye Datin...

Rumah Kek Lapis 
aneka jenis kek yang cantik menawan rupanya. Rasanya? sedap... dan sedap. Harga dari RM10 ke atas. Boleh terai sebelum beli.
ni dia... warna wareni. Bagiku yang paling sedap tu kat depan sekali.

On the way ke Sarikin. Belakang tu Gunung Santubong
Rumah Budaya Sarawak
Mulanya liat nak masuk sebabnya tiketnya mahal...RM60 dewasa dan RM30 bebudak. Kami 5 orang, makanya RM240. Tapi masuk jugak...
Rumah Orang Ulu. Cantiiik sangat. Rugi kalau tak masuk.

ada persembahan kebudayaan setiap jam 4.00 petang. Ni orang Dayak.
Akhir persembahan, dijemput penonton yang meroyan nak menari Sarawak ke pentas. Nampak aku tuuu...

bersambung....