Showing posts with label Bukit Tinggi Pahang. Show all posts
Showing posts with label Bukit Tinggi Pahang. Show all posts

Saturday, 15 June 2013

Bukit Tinggi 2

Colmar Tropicale

Bangunan yang serupa castle masa main chess kat belakang tu Hotel Colmar rasanya. Kalau datang, kereta sila parking kat parking bawah hotel tu. Jangan risaulah kot tersalah letak kereta, sebab ada pengawal yang akan halang anda masuk dan suruh masuk parking kat bawah ni.
jom masuk tengok apa yang ada di Colmar Tropicale ni... layann.
.
 
bentuk bangunannnya semuanya Perancis2 belaka.. kakak nampak teruja sangat sebab dia kan nak belajar kat Perancis suatu hari nanti. Sebenarnya itu hasratku! Biar betul-betul jadi lah kak oi..
menara apa nih? ke menara condong kat Teluk Intan tu?
OMG sukernya...ps: Tak payah teleng2 kepala ante semua. Banyak yang menjadi condong pabila kamera di tanganku sebab aku kreatiplah konon. Banyak objek nak enterprem sebenarnya nih.Maklumlah tempat sempit sangat.
 
angsa putih dan hitam ni berenang2. Jom datang ke sini untuk menyaksikan sendiri akan keperancisan tempat ni. Kiranya kos cuti-cuti kali ni dalam lima hatus hinggit.

Wednesday, 27 March 2013

Sepetang Nan Indah di Bukit Tinggi

Dari Bukit Fraser ke Bukit Tinggi. Turun bukit yang berliku, naik pulak bukit. Tapi yang ni kurang likunya. 


 
keluar dari parking, terus nampak bangunan ni. Bonne journée à tous de Bukit Tinggi weh. Tak payah ambik gambar banyak2 di sini dulu. Terus tunggu shuttle untuk ke bukit Taman Jepun sebab ramai pelancong yang tunggu giliran. Nanti turun, hambiklah gegambar sebanyak2nya untuk penuhkan memori kamera dan lektop. Naik shuttle percuma saja. Jimat dan rileks sikit. Sangat terasa nikmat hikmatnya ketika turun semula.



tangga naik ke Taman Jepun. Puluh2 anak tangga jugaklah. Kalau lutut sudah jadi longgar tu, baik hati2, takut tercabut skru. Saper nak ganti? Macamana uwannya?



akhirnya, abang mendahului konvoi untuk hantar uwannya ke pondok menunggu sementara kami semua bergumba2 kat taman Nippon. Haipp.
pokok2 yang ada kat Taman Jepun. Biasa2 ajer.. 
betul ke gini taman jepun kat Jepun eh?

cantik. Boleh jugak sewa kimono untuk bergambar. Aku? malas ah nak berderama king semua tuh. Panas wei... Tak adalah menarik sangat kat atas ni. Jom turun ke negara Perancis pulaks. Cewah..