Tuesday 5 December 2017

Kek Karot Istimewa untuk Ariq

Baru belajar baking kek karot. Memang sedaplah kek ni walaupon kejadiannya tak selicin licau cef. Yang penting rasanya hmmm hawau wau. Hehe...




Macam biasa... ada sedikit imbuhan atas kejayaan. Tahniah!

Anggur @Lembah Bertam, CH

Wah wah merayau-rayau ke tempat sejuk nampak...
Sambil jalan2 ziarah Abang@SI tu singgah Cameron Highlands kejap. Sanggup redah kesesakan jalan raya semata nak ke Bertam Valley. Hehe padahak tak de lah sibuk mana pon jalan walaupun cuti skolah. Mungkin ramai ibu bapa yang belum berkesempatab untuk bawa anak2 bercuti.
Ok... berpeluru pandukan peta lakaran tangan siapa ntah... akhirnya Ladang Anggur ni diketemu dengan jayanya.

Memang terbaek. Tepat. Terima kasih tuan.
 Yesss yeza lah... anggur di sana sinin. Nyonya tu minta kita pengunjung tolong dia ya... tolong beli anggur dia. Ooo...
RM25 sekilo. Mahal lah drp kedai tapi okay ah pengalaman kutip sendiri. Che petik punya petik... 4 kg. Boleh laaa. Nyonya bagi lebih sikit ah...setengah kilo. Heheh...pandai.
Wah wah arivah...lagi besar anggur daripada budak2 tuuu...
Oh ye... masuk percuma. Che pergi pada Khamis 30 Nov. Kelmarin dah ditutup sebab buah sudah habiss maa.
Memang best ah tapi penat jugak daki bukit dalam 200 meter tu.

Monday 4 December 2017

Cinta Hati... Anak Pon Jeless

Hari ni nak tayang bunga2 cantik ni. Punyalah terlebih belai dah kasih sayang sampai anak pon jelez. Haha. Apala... dah tua-tua ni baru umi ada kesempatan nak layan hobi sendiri. Dulu duit mmg untuk anak2 dan famili saja tau. Rilek arr.
 Dendro down maree. Nama bestnya okid telur masin. Sedap dimakan dengan nasi panas2 mysim hujan. Hehe ada berani?
 Carasetum Jumbo Mickey.
Bau harum sedap dicium. Bila nak keluarkan bunga terus togelkan daun. Tak maluuu. Huhu
 Mokara. Warna sangat cantik suka berjemur kat panas untuk berbunga. Hmmm
Vanda. Warna putih splash ungu sikit. Cantik menarik.

Jalan-jalan Orkid Serting N.9

Skul holidaes datang lagi. Hoye hoya lah anak2 sekolah. Mak ayah biasanya sudah merancang percutian untuk menghargai anak yang bertungkus lumus memerah otak sepanjang tahun 2017 ni. Bertungkus lumus kerrr?? Haha. Tapi setahun dua ni che sudah tak merancang2 lagi. Semuanya spontan. 
Sempena abang yang sedang menuntut di Perak tu minta hantarkan lappy so terautomatiknya itulah percutian. Tak merangka terus pergi. Haha... anak2 sudah besar panjang bolehla kan.
Dari Perak teruskan jajahan ke Negeri Sembilan. Wahhh jauh melintas negeri sendiri tu. Dalam 4 jam jugaklah dari Seri Iskandar. Motip? kenal kenal N9 pulak sbb negeri ni tak pernah akak ceroboh secara mendalam, cuma lalu sipi sipi jer. Wahhh best jugak N9 rupanya...
 Cik GPS diset ke Bandar Baru Serting, Jempol sebab di situ ada pesta orkid. Haha semut sentiasa terbau gula. Ada tiga gerai jual okid. Ada yang mahal ada yang murah... tapi kalau cik catleya harga agak tinggi. Murah lagi nurseri di Terengganu tapi jenis2 lain memang murahhh. Best.
 Sangat menarik bentuk rumah tradisional di sini tapi tak sempat bergambar. Rumah ni jadi mangsa che sebab lamannya cantik hijau nan damai jer. Kebanyakan rumah di N9 mempunyai laman yang kemas dan berbunfa2. Suke.
 Cantik sangat kannn
Singgah sini beli itik salai rm41 seekor, daging salai rm30 sepengapit, ijan keli salai rm10 untuk 4 ekor. Beli jangan tak beli. Masuk Kuala Pilah dari Seremban memang banyak gerai2 yg menyalai ayam itik dsb tu. Dap errrm... terbayang2 gulai cili api.
Bajet sehari di N9:
Orkid RM80
Hotel Aurora RM208
Makan RM70
Itik RM41
Daging RM30
Keli RM10
Buah Kundang RM10
Durian Belanda RM10
Petai RM10
Hehe... jimat sehabis jimat. Bye.

Friday 5 May 2017

Nikmatnya Mi Tarik

Jalan-jalan kat tempat orang ni memang banyak sangat yang perlu diambil kesempatan. Sebab bukan selalu kita pergikan. Memang che tempah hotel di Sungai Besi agar tidak jauh dari Pesta Orkid yang sedang berlangsung di UPM tu.

Antara yang membawa che ke Sungai Besi... Mi Tarik Warisan Asli. Jom masuk.


nyum-nyum memang terbaik... sedap... harus datang lagi ni.



boleh tengok cara mi tarik ditarik2 melalui tingkap ini. 
Memang nampak muka China ori penariknya. Muslim.

Hidup Sihat Cergas Pada Usia Senja dengan JRM






Masa terlalu cepatnya pergi, seakan baru semalam muda remaja. Kini sedar-sedar umur sudah merangkak senja nan merah. Tua? ada orang wanita terutamanya berasa sensitip dan sentap pabila dikata tua. Hmmm... tua tu kan pasti justeru tak ada apa yang perlu dinafikan. Che okay je berada di ambang wati ni. Yang penting kita sihat, cergas ceria. Berlapang dada dan bersyukur selalu dengan apa yang kita lalui dan apa yang kita ada sekarang. Insya-Allah kita jadi tak kisah dengan istilahTUA. Petua, ketua tu pon kan asalnya perkataan tua.


                                               Image result for jamu ratu malaya
haa ni lah produknya. Nampak tak glamor tapi khasiatnya win tersurat dan tersirat....

Okay dalam relaks-relaks pun kita kena bersedia. Che dari tak guna jus kesihatan ni sudah mula cenderung ambil makanan tambahan. Bukan untuk cantik atau awet muda... ( kalau pakej apa salahnya, kan) tak bukan untuk sentiasa sihat untuk meneruskan kehidupan tanpa menyusahkan sesiapa sama ada di rumah ataupun di tempat kerja. Haha... tipu jugak, sebenarnya che amalkan minum jus kolagen seperti Sarigard, Diamond Collagen cumanya tak berapa kekal sebab tak rasa kesan langsung pada che. Mungkin tak serasi, Sekarang che guna Jamu Ratu Malaya. Klasik kan namanya. 

Suka kita aduhai Bonda.


Thursday 9 February 2017

Pos LeLaju ooo

Kalau beli barang melalui intenet, biasanya perkhidmatan pos laju-laju ni akan digunakan. Laju ker?? Rasanya tak pernah che dapat  barang terus daripada dik posmen biasanya dapat memo jer suruh ambik kat Pejabat Pos. Jauh pulak pejabat pos yang direturn barang. Atau paling cekappon, posmen tinggalkan saja parcel kat kedai emas... wakil dia la kot. Dekatlah dan tersangat-sangat senang nak ambik.

Maksudnya sesiapa saja yang tergamak boleh ambik barang kita sebab diletakkan saja di lantai di depan kedai. Kalau nak ambik, silakan saja tak perlu pengenalan apa-apa, sain-sain pon tak yah walaupon tandatangan kita cantik berseni sesuai sain autograf. Haha...

Situasi 1,

Suko Ambo Ke Demo di Jabat Pos


Balik kerja buka peti surat ada macam-macam bil dan surat-surat chenta. Macam biasa memo suruh ambik barang. Masa hantar tadi jam 9.45 pagi. Huhu masa tu kerja kerja. Kalau awak kena kerja... akak pun kena kerja jugak kalau tidak tak mampu nak ode-oder online nih. Tis-tis-tis.

Kebetulan abam suami balik terus ajak pergi tuntut barang. Kaunternya tertutup cermin sliding (kelas la tu)... kena tekan loceng ting ting. Tapi tak ada respons. Kerani pos suruh tekan banyak kali. Yalah kalau ikutkan hati tercabut punat loceng tu che nok tekan tapi kena jaga aruah jugakkan. Ok... masuklah seorang ambil memo. Aduhhh ada orang ropanya atas kerusi tepi kaunter. TIDURR!! alahai kerja memang terjamin gaji masyuk, so apa susah wei.  Tapi diberitahun posmen pos lajunya belum sampai di tempat kerjanya. Aduhai kena datang lagi la. Grrr.

Che lebih suka kalau peniaga guna Gdex aje... lagilah penghantarya sudah kenal rumah walau buat alamat tempat kerja ke alamat rumah ke akan sampai dengan selamat. Kalau masa kerja akan dihantar ke sekolah walaupon guna adres rumah, begitulah sebaliknya. Sebab?? mat despatch tu kenal sejak Go Shop ada. Ala tolong beli ke kawan-kawan je pun.