Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Saturday, 23 May 2015

Liburan di Semarak Bayu Resort

Tempat ni memang best untuk berehat2 dan refresh minda setelah penattt bekerja. Dari aspek bintang tak tahulah nak beri berapa butirnya tapi yang pasti bintang-bintang di langit sangat jelas dari sini.

Resortnya dinamakan mengikut daerah di Terengganu. Sudah 2 kali aku termenginap di Hulu Terengganu. Bangunannya agak uzur tapi masih sesuai. Yang penting pantainya landai sangat best bermandi manda bersama anak-anak. Mak dan bapak anak pon sama naiknya. Insya-Allah selamat.
 Pandangan indah dari bilik. Bilik seaview berharga RM80. Ternyata berbaloi2... kalau nak saksikan matahari jatuh boleh dilihat dari rumahku. Huhu.
 Bercanda di pasiran pantai. Aman damai...
Nun di seberang adalah Pulau Kapas. 15 minit jer dari jeti Marang kalau nak ke sana. Jomm...

Friday, 7 February 2014

Jalan-jalan Dungun

Hari ni kami meronda ke bandar Dungun pulak. Hajat hati nak makan2 kalau ada port yang baik. Sebenarnya aku jarang sangat ke sini....persepsi negatifku tiada apa yg menarik di sini. Jangan mare ye orang Dungun. Biasalah kan, tak kenal tak cinta. Dah kenal meroyan pulak.

Tapi bila datang, segalanya berubah. Bandar Dungun sedang membangun menjadi bandar tersusun. Deretan kedai dan pejabat kerajaan sepanjang jalan. Sedikit sebanyak seperti bandar Ho Chi Minh. Wah! Nampaknya daerah Dungun ditadbir oleh mereka yang cekap dan berwawasan. Cukuplah aku bercerita tentang geografi dan sahsiah. Meh tengok gambar berbicara pulak.
Kuala sungai yang sangat cantik pemandangannya. Siap ada bot-bot nelayan parking lagi. di bawah jambatan. Ramai penggemar joran mencuba nasib. nak terai jugaklah suatu hari nanti. Sedang syok meneroka.... tiba2 aku terpandang payung2 besar..tempat yg menjadi kegemarannku yakni pasar malam. Yesss.

yang dua orang nih bukan nak membeli haper pun, buat2 sibuk jer.
 Paling berani burger dan ais blen.
best pasar malam kat sini. Pelbagai makanan tradisional ada. Wajik ( sedap), tepung pelita, onde-onde, krimpuf. Putu piring yang telah bertahun kucari akhirnya berjumpa di sini. Walau pernah kurasa yang lebih sedap tapi putu piring di sini tidak mengecewakan.  Sedap...terasa manis intinya. Dan yang paling penting, semua kuih yang berinti kelapa dibuat daripada kelapa muda. memang ori. Memei aku suka, tak kisah kalau harga mahal sikit asalkan rasa sedap macam dolu-dolu. Yalah, apatah ertinya kalan murah tapi tak sedap, kan? Kat sini jugak ada sate daginggg. Bestnya. Tapi tak sempat beli. Ingat nak beli masa balik tapi hampehhh...dah habis. Waaaa.

Justeru, kalau ada bini saper-saper yang mengindam nak makan kuih tradisional tu datang-datanglah cuba nasib kat sining.

Sunday, 9 December 2012

Gi Tengok Piala Monsun 2012

Lokasi : Pulau Duyong, Seberang Takir. Jarak lebih kurang 10 minit dari bandar raya Kuala Terengganu. 
Pengangkutan : naik kereta ikut Jambatan Sultan Mahmud atau naik bot penambang dari jeti. Percuma sepanjang kejohanan. Perkhidmatan dari pukul 10.00 pagi hingga 6 petang.

Kali pertama aku tengok Piala Monsun adalah pada tahun 2005. Masa mula2 diperkenalkan. Tapi tengok dari tepi pantai Pulau Duyong ajer, sebab dulu tak ada lah hotel  Ri-Yaz ni. Jalan lalu pon ikut celah2 rumah orang... susah. Justeru, setelah tahun ketujuh penganjuran, barulah aku datang lagi.
Selamat Datang ke Ri-Yaz untuk tengok Piala Monsun secara live. Cuaca panas mencering. Parking kereta pulak jauh. Ni bukan kereta aku oii, kebetulan pulak ada kat sini. Aku tak perasan. Kalau VIP boleh terus masuk ke sini...
 Dari pelantar untuk menyaksikan kapal2. Panas kan adik? Mungkin view lebih cantik dari Tanjung, rasanya...
 tengok aje kapal2 ni belayar ke sana sini... tak paham kaedahnya.
Dalam dewan ni ada pentas utama. Nampak pihak pengurusan sibuk untuk majlis penyampaian hadiah karang. Maskot ni pon ada.
shoot dik... kalau tepat dapat cd percuma, tapi hampeh nampaknya.


Tuesday, 28 August 2012

Raya @Hutan Lipur Sekayu

Lokasi terletak di Hulu Terengganu. Kira2  30 minit dari Kuala Berang. Dari Kuala Terengganu lebih kurang sejam. Boleh datang dengan teksi. Tambang tak pasti, sebab lama tak naik. 

Tiket masuk sehinggit perkereta. Murah sangatlah tu. Dulu, masa zaman kegemilangannya, tiket masuk RM1 perorang, manakala kereta pun seringgit. cekik darah tapi mujur tak kekal lama anasir itu.

Kat Sekayu ni, dah ramai orang yang maut ketika bergumbira. Kalau hujan turun walaupon sikit, cepat2 deh naik ke darat kerana kepala air mungkin akan turun. Kepala air tu maksudnya air terjun dalam skala besar yang teramat deras dan ganas, bunyinya sudah mengerikan...macam mengaum mintak mangsa. Cepat2 selamatkan diri oii kalau nak hidup lama sikit. Bukan nak menakut2kan tapi pergi mana2 pon kita mesti berhati-hati...

layan tetamu yang datang beraya dulu... 
ha, minum ye dan tengok2 kan ajer biskut2 raya tuh.
sorang kena daftar di kaunter. Kalau banyak barang bekalan dibawa, boleh sewa troli kat sini, rm 2 aje. Memula tu heran gak aku pabila tengok orang tolak troli, hai deme nih curi troli kat maidin keh??
bestnya mandi2 kat celah batu... tapi malas ah aku kali ni. Biar orang jauh2 je lah main air. Air terjun Sekayu memang bestlah. Airnya segar dan sejuk seperti baru ambik dari peti sejuk. Arghhh lega dan hilang tension kejap. Jom mandi...

pengunjung tak berapa ramai, almaklumlah raya. Banyak tempat lagi yang lebih berfaedah untuk diziarahi kan? Yang datang kebanyakannya perantau yang pulang ke kampung. Masa ni bolehlah pilih2 tempat yang sesuai kerana pengunjung tak berapa ramai. Oh ya, kalau tak ramai pengunjung, baik jangan masuk bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini... ala yang macam dalam surat khabar selalu tulis tu...


aik, sempat lagi tangkap ikan. Memusnahkan ekologi betulla bebudak nih.

Nak balik dah cik kak? datang lagi...


Saturday, 14 January 2012

Taman Warisan, Kg. Cina, Kuala Terengganu

Taman Warisan, Kg Cina. Ia terletak di bandar Kuala Terengganu.
Lokasi : Kuala Terengganu, sebelah Pasar Payang.
Hari ni hujan memanjang. Aku suker sebab tak payah siram pepokok aku yang banyak itu. Tu tak termasuk lagi rerumput nan memanjang, subur. Petang ai meronda2 kat bandar. Tidak ada tujuan pun. Sajer habiskan minyakl kereta. Pas tu, aku singgah kat sini. 

Lama tak ke sini, lain lah pulaks. Memang kerajaan negeri aktif menambahbaik tempat2 yang ada potensi sebagai produk pelancongan. Oh yer, muara ni adalah laluan kapal layar Piala Monsun. Korang pernah dengar tak tentangnya??

Welcome to Terengganu
 dulunya di sini ialah muara, kini kerajaan telah menambak laut untuk dibangunkan sebagai taman rekreasi baru yang sungguh cantik. Pertama kali dibuka kepada umum dua tahun lepas....kalo tak salah aku, masa tu dianjurkan Suarasa TV9.



di sini ada perkhidmatan cruise untuk pelawat menyusuri pesisir air hingga ke Taman Tamadun Islam. Alaa...yang ada Masjid Kristal dan monumen penting dunia tuu.



 ni la Masjid Kristal, view dari krus yang aku pernah naiki pada suatu masa dulu. Aku tak pasti pulak sama ada krus tuh beroperasi pada hari2 biasa atau tidak.. Kalo korang nak sure, sila google-google lah ke Pusat Pelancongan Terengganu.


Antara monumen yang ada di Taman Tamadun Islam ( TTI ). Lain kali aku cerita pulaks pasal TTI untuk melelehkan air liyo korang deh. Gambar dari arah muara.



Ada pokok2 lampu lagi. Kalo aku ke sini pada malam hari lagi best nih. Nak cilok ah satu letak kat depan rumah aku, boleh??? ader lebih tak encik...


 ke Kampung Cina.

Jika datang berkunjung ke Terengganu, jangan lupa melawat ke sini, bersebelahan dengan Pasar Kedai Payang yang ssohor tuh..

Friday, 6 January 2012

Rileks di Pantai Kelulut, Marang

 Lokasi : Marang, kira2 10 minit dari Kuala Trg

Assalamualaikum,
Hari nih Jumaat, aku cuti hujung minggu. Matahari pulak celikkan mata dengan penuh anggun menggoda. Makanya pagi2 lagi aku turun ke tanah utk meninjau tanaman aku yg aku tak kuasa melayan pabila hujan mencurah-curah. Hah, nampaknya aku perlu servis segera kerana sudah byk dedaun yg kuning dan kering. Mereka nih mesti dinyahkan segera demi tidak menyakitkan mata aku. Semangat berkobar2 niss. Pas tu, servis dalam rumah sikit2. Buang-buang ler sampah kat bawah katil tu...ohhh penatnya.

Petang plaks, gi rileks2 kat pantai. Sebelum tuh, singgah pasar malam beli satar, otak2, yong to pu, burger dll utk top up perut. Gambar makanan tradisi T-ganu tu aku tak sempat snap, sedar2 dah habis rupanya. Sedap sangat woi....Kalo mari sini terai deh..
Cantik dan indah nian pantainya. Skima.






Bebudak nih dok cari kulit kerang dan siput di celah2 sampah....

merenung masa depan? ke koya...

koya?




saper buang sampah merata2 ni. Ada gaks yang dibawa ombak. Saper pulak yg buang kat laut?? ikan duyung la tuhhh. dok belajo sivik kat sekolah ker? Harapnya janganlah antara kita yg buat cam ni deh. Kita mesti tunjukkan contoh dan ajar anak2 agar buang sampah dlm tong sampah. Sayangilah alam ciptaan Tuhan ni. Apapun Pantai Kelulut wonderful.

Rajin aboh kutik sampah. Ikhlas ke dok nih??.........

Wassalammm.