Wednesday 1 April 2015

Mydin Serap GST

Dalam berita sat ni... Datuk Ameer Mydin kata harga barang di Mydin tetap sama. GST akan diserap oleh syarikat. Dianggarkan gst 15 juta akan dibayar daripada jualan RM300 juta.

Kalau benar terima kasih sangat. Jom Mydin!! dan berjimat seboleh mungkin. Boleh??  Cuba dulu

GST... Apalah Daya Kita

1 April 2015... akhirnya yang dinanti penuh debaran datang jugak. 

Bagaimana jadinya gst ini menambah baik kos sara hidup kita. Tak kufahami. Selama ini pihak kerajaan boleh saja membina prasarana asas untuk keperluan rakyat. Malah dari segi kualitinya mungkin lebih baikk daripada rakan2 di negara jiran. Malahan boleh jugak menghadiahkan bantuan dalam bentuk wang ringgit secara tahunan kepada golongan sasaran. Kadangnya yang tersasar pon dapat jugak. Datang ke dewan sivik naik kereta import lagi. Kita yang naik kancil ni tengok je. Bukan dengki tapi betapa bagus maknanya betapa makmur dan mantap ekonomi negara kita. Meski hamba tidak pernah merasa semua ituuu... huhu. 

Namun sebagai penjawat awam pangkat rendah tapi dikategorikan tak layak terima bantuan akak dapat jugak bonus tahunan saban tahun. Harap dapat bonus banyak tapi sikit pun bersyukur jugak. Mungkin pendapatan negara tahun ini mencanak dek gst... yelah banyak barang kena gstnya. Hari ni beli top up 50 dah kena 53. Barang lain tak masuk lagi. Maka mungkin bonus dan bantuan kita banyakkk lah ye. Nantiii...