Tuesday 29 April 2014

Cepat Isi E-Filing

Anda ada satu saat... kata Nabil.
Tapi kira ada lebih kurang 5 jam lagi untuk isi borang cukai pendapatan. Apa tu...e filing. Aku sudah beres cuma tunggu refund saja. He..tak sabau2 rasanya. Biasa dalam seminggu dua sudah dimasuk ke bank akan lebihannya.
Tahun ni aku bermurah hati dermakan anak2 kepada aboh. So refund aku kurang sedikit daripada dia. Tahun depan tak mo lah bermurah hati gitu. Anak-anak umi punyer eh. Hok alohh gitu pun berkira ker? Saja je. Bagi kakitangan awam cam aku bukan banyakpun kena cukai. Maklum pendapatan secukup perasa saja.
Yang dapat refund banyak sikit tu sebab haku bayar zakat pendapatan setiap akhir tahun.
Apapun cepat isi borang, masa ada lagi.

Sunday 27 April 2014

Mengidam Mi Sup Dapat Maggi Sup

Balik Pengkalan Kubor menyinggah kat Tesco sebelah hotel tu. Sebabnya sepanjang perjalanan tu duk cari2 kedai makan yang jual mi sup perut. Tak perasan pulak. Akhirnya ambik keputusan singgah sini sebagai titik pencarian. Dekat tempat gini ada jual ke?..alah..jangan banyak songeh, cari. Tak lah aku berjumpa dengan menu idaman, akhirnya ternampak satu menu ni, maggi sup. Buleh lah kak. Asal namanya sup sudah. Dalam kepalaku terbayangkan sup perut yang sedap tu cuma bihunnya yang diganti maggi. Macam lagi sedapp jer.

Setelah lama aboh dan abang berhatur dan membayarnya, maka siaplah maggi sup!! Dengan gaya lenggang Mak Limah dibawakan kepada kami. Taraa...
Aboh!! ni maggi biasa ni...maggi kari ni.. salah oder ker?? Tak salah wahai isteriku..makan sajalah. Sedap jugak makan maggi kan? Alahai.. makanlah kami semuanya akan mi kegemaran itu (sebenarnya...).
Kakak dengan gaya ladygagahnya.... Syruupp!
Oleh kerana terlalu sedap dan gumbira, maka keluarlah gigi kapak adik menyeringai...Adik tulun tutup mulut buleh?
Macam biasa, abang selalu kontrol macho sejak jadi orang bujang ni. 

Apapun sebab bebudak ni sudah terlatih hidup dan makan ala-ala komando, makanya memadailah makanan ringkas itu. Tak kisah. Sudah rezeki. Bersyukurlah semuanya. Alhamdulillah.

Rayau @Pengkalan Kubor

Sebenarnya ini kali kedua aku menjarah ke sini. Kali pertama tahun lepas. Wahh... dah ada perubahan. Tengok kat atas sudah ada peneduh di sepanjang lorong kenangan. Tak ada la kita terpanah terik matahari atau basah pabila hujan. Hmmm bagus... bagus. Prihatin dengan keselamatan dan mengekalkan kejelitaan paras rupa pengunjung wanita khasnya. He.
Popular dengan toto dan narita. Eh bukan nombor toto lah. Harga? ampun tak tertanya sebab tak berniat nak beli. Malas buat andaian dan hipotesis kali ni deh.
Pinggan mangkuk kebanggaan wanita Malaysia. Banyak pilihan dan harga jauh lebey murah berbanding katalog. Sama macam Langkawilah.

Hati2 masuk kedai kaca gini. Karang tak pasal2 prang.... tersangkut hanbeg ke... terkuis dek tangan anak2 ker.... naya kita. Cepat2 keluar.
Bagi aku harga tudung sini agak mahal. Murah lagi kat kampung aku. He... jangan marah.
Budak ni memang cepat penat. Sir tae kwondonya kata kaki lembek. Arg... bangun dik jalan banyak2 biar segala tulang temulang menjadi keras dan gagah perkasa macam besi kersani M.Nasir nyanyi tu.
Akhir kata aku beli telekung sempena puasa sepasang jer. Selebihnya beli air jus macam2 buah yang sungguh sedap dan original bagi menggantikan peluh yang menitik2 sepanjang hari. Oh ya... awning tu buat udara lagi panas dan berkuap. Hai.... banyak songeh pulak.

Restoran Mustaqim WCY@ Kelantan

Inilah restoran yang kelihatan cantik hinggakan tekak haku tiba2 terliur. Tapi tadi petang nampak orang tak ramai mungkin baru bukak. Akupun masih kenyang, makanya aku bercadang untuk pekena makanan di sini samada malam atau esok. Aboh? berehh sokmo.
Operasi diteruskan. Nampaknya rezekiku makan malam di sini. Hamboi..ramainya makhluk Allah yang sedang mengisi tangki. Dari jauh sudah ternampak. Cantik. Konsep apa ni yer? ala-ala Siam kot.
Aku pandai2 oder set c iaitu untuk makan 6 hingga 9 orang. Konon-kononnya nak makan puas2. Sebenarnya tamak dan halba jintan manis. Eh bukan...nak bagi anak-anak makan sepuasnya sebab emaknya masak tak sekomplit ini. Kalau aku masak konsepnya sempoi2 angin saja asal kenyang perut saja. Oder tambahan belut paprik dan kerabu udang. Bebudak ni kata paprik belut tu super sedapp. Sibuk suruh aku merasa...ho..ho terima kasihlah anak beranak. Lain kali lah.

air laici kang best. sebenarnya tiru orang meja sebelah. Kalau dekat tempat aku dibubuh dalam mangkuk.
tom yam pakai udang galah...


Menu set C : Udang celup tepung, kailan ikan masin, siakap 3 rasa, daging halia, telur dadar, tom yam campur, bekut paprik, kerabu udang, air laicikang 4 dan sejag sir sirap free = RM129.00.  

Berpatutan dan sedap. Yang tak berapa bestnya...pelayan kesat meja dan buang tisu kat bawah meja jer. Barulah aku perasan bahagian lantai banyak tisu yang telah diguna pelanggan. Adik apa lagi...menambahkan sampahlah. Biasanya kena marah tapi malam ni aku buat tak nampak aja. Syyyy. Namun abaikan saja tisu2 tu...malam ni kita jadi Sang Bedal. he..he.

Saturday 26 April 2014

Jalan-jalan Kelate

Kalau nak jalan sepuas2nya kena ambik bilik supaya kita tak payah tido merata-rata contohnya di bawah jambatan ke...kat masjid ke. Konon harga bilik asalnya RM300 lebih. Ye ker..

Nilah otelnya. Sebelah tesco.
 Lepas check in... keluar merayau cari makan. Punyala pusing2 macam meri go round buleh haku tak jumpa. Tutup ke semua kedai makan kat Kota Bharu nih? Aduhai perut masing masing bukan saja merwarning lagi...sudah sampai tahap menggigitdan *mengkerkah. Sabor.. Akhirnya berkat kesabaran dan kerajinan kaki melangkah, terjumpalah satu kenai namanya Cik Nah Nasi Kukus. Aku ode murtabak. Sedap jugak. Alhamdulillah teruskan misi ke Wakaf Che Yeh. Yeh.
WCY @ SIANG2.
Lebih kurang 4 km saja dari KB Mall. Pusing2 waktu siang ni kurang orang menjual. Tak turun. Malas.
 WCY@MALAM
Masa meronda ke WCY tadi terjumpa satu kedai makan yang sesuai. Cantik dan nampak sedap tapi sebab haku dan housemate udah kenyang maka terpasang niat nak datang. Ingat nak singgahmasa balik makan kalau kebetulan parking senang.

 Selepas membelasah nasi yang best itu kami anak beranak sudah tak berdaya lagi dengan perut yang sarat muatan. Wakaf che yeh ker...pasar malam ke...no...no. Dalam kepala taulah bilik..bilik. Oh



Wednesday 23 April 2014

@Taman Pertanian Sekayu

Tadi sempat meninjau persiapan Perasmian Kelulut Sebagai Ternakan Komersial yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Ahmad Said di Taman Pertanian Sekayu. Persiapan berjalan lancar. Apapun bukan nak cerita tentang hal itu. Yang menariknya ialah tapak perkhemahan yang disediakan di sini. Sangat sesuai untuk sekolah dan ada yang buat hari keluarga berkhemah. Hmm menarik tak payahlah keluarkan bajet banyak2 sewa chalet atau resort. Tapi tak pernahlah pulak aku mengalami perhimpunan hari keluarga tuh. Jom temankan aku sobey-sobey.

Laluan masuk ke Taman Pertaniah Sekayu. Nak masuk sini kena bayar dulu sehinggit. Murah sangat. Kalau buat perkhemahan kat sini tak payah lah bayo cuma buatkan pas masuk ajer. Banyak pokok buah-buahan di sini. Udah namanya taman pertanian mestilah flora dan fauna. Janganlah verangan nak shoping moping kat sini.
Pejabat Taman Pertanian Negeri. Segala urusan sewa menyewa sila selesaikan di sini. Best kalau rumah aku cantik begini. Ada courtyard lagi kat dalam pejabat. Ramai jugak pekerja kat sini. Ingatkan kalau datang hanya aku sorang aje. He..he.
Ni lah dia tapak perkhemahan dengan bayaran RM1.00 satu khemah. Kalau tak silap matematik ada 16 tapak. Kalau salah sori le. Kira sepintas lalu ajer. Tandas pun banyak tapi bukanlah kelas hotel tapi kondisinya baik-baik saja. Ada juga kolah mandi yang *ditebeng dengan zink untuk kegunaan mandi beramai-ramai. Budak2 lelaki sangat sesuai.
Alat kegemaran ramai. Nak panggang kambing or kerbau beres saja.
dewan terbuka yang selesa. Luas dan semestinya sejuk dan nyaman. Sewa dewan tak hingat. Meja buffet RM1 dan kerusi 50 sen aja. Murah siot.
Nak berkhemah kat sini kena tempah awal-awal. Aku tengok jadualnya sangat padat.

Kosa Kata Hari Ini...

*ditebeng = ditutupi dengan sesuatu

Gangguan 'Kecil' di Tempat Kerja

Pernah jumpa hantu? aku sangat percaya semua orang nak elak daripada terjumpa hantu. Berselisih bahau pun kuenggan. Tapi kalau terjumpa jugak?
Dalam minggu lepas aku terpaksa bersendirian dalam bilik staf kerana ada kerja yang perlu dibereskan. Tiba-tiba aku terdengar bunyi budak berjalan dari dalam bilik kecil terus ke destop. Tak ingatkan apa-apa aku terus pergi ke pc. Tak der orang!

Seminggu kemudian rakan sekerja yang bersama anaknya dikacau dengan cara yang sama. Satu lagi tak semena2 pc menyala apabila dia lalu. Alahai...
Sedang hari ini...budak itu ternampak ada bayang hitam lalu di depannya!

gambar dari google

Cerita aku meski tidak berapa menyeramkan tapi takut jugaklah...

Tuesday 22 April 2014

Test..Tekanan Darah

Tes...tes 1234...
He...bukan aku menguji pembesar suaralah shayang. Aku buat tes tekanan darah. Sajer2. Hasilnya? Alhamdulillah wasyukurillah.. Almaklumlah umur kian petang kenalah lebih prihatin tentang kesihatan.
 Masih normal. Bacaan terbaik 120/80. Oh yea...alat ni kepunyaan rakan. Aku dan geng tumpang senang ajer menggasak jer. Terima kasih tuan *kati kilo...eh tuan punya Digital Blood Pressure Monitor. Gitulah nama penuhnya ikut ejaan surat beranak. Semoleknya pakatlah beli dan gunakan untuk nengecek darah suami anak beranak...jiran2 hatta kucing kucing semuanya agar sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.
Walaupun alat pengukur tekanan ini agak advance tapi tak berapa tepat sangat. Sebab tu kat spital dan klinik masih guna yang manual punyer...termasuk penimbang. Kan...kan? Pun begitu, memadai untuk tahu anggaran tekanan darah kita. Kalau perlu jumpa doktor.

Kosa Kata Hari Ini...
*kati = timbangan berat zaman dolu. Anggaran 600g.

Kalau Aku Kena Tukar Lagi

Kalau kena tukar lagi...
Tadi pagi2 dah ada yang bergossip tentang ada yang akan kena tukar terutamanya yang 10 tahun ke atas. Huhh... lama tu memang patut pun bertukar-tukar hangin ke tempat lain pulak. Orang kata dah habis gas!!. So kena isi gas baharu di tempat baharulah pulak.

Setelah kucongak2 kutekan2 kalkulator...sudah 12 tahun aku bertapa di sini. Ish..ish dah berkulat kevarat rupanya. Tiba-tiba rasa tak sedap hati pulak. Mungkin sudah tiba giliran aku mengucapkan gud bye kepada staff di sini. Reda saja dengan keputusan jabatan kerana haku hanya serangga kata Bumiputera Rockers. Hmm tak kenal? Tanya sama itu hud2.

Kalau lah aku kena tukar maka hilanglah rakan-rakan satu kepala, bangunan tua di Hulu Terengganu kata Usman Awang dalam sajak Guru Oh Gurunya.

Masa aku datang kat sini usiaku masih muda cantik jelita serta gagah perkasa. Kini sudah singgah garis2 kedut. Kudratpun sudah luntur lagi-lagi kena panjat tangga ke tingkat empat. Apapun hidup mesti diteruskan. Namun akukah itu....

Kalaulah Aku Ada PickUp

Sudah lama aku menyerabutkan berfikir cara-cara nak kemaskan halaman aku yang tak terurus. Sudahkan rumput dikais kais sang kucing hingga botak. Setiap hari ada benjolan pada tanah yang telah gondol. Malahan atas batu2 kecilpun mereka ceroboh. Adeh...sakit hanti weh. Aduhai kucing tolonglah berak kat pasir yang telah disediakan. Tulunlah hormat privasi aku yang menjaga dan mendidikmu hingga dewasa...

Ho ho merintih pasal kucing belang pulak. Alkisahnya haku ke kedai pasu pok man yang terletak di Kg Bukit sana. Motipnya nak beli pasu untuk tanam bunga kertas surat kabor yang nak dinyahkan oleh kakak hiparku. Konon2nya minat kat  pokok borgenvila pulak padahal dulu telah puas emakku memujuk rayu supaya aku ambik segala bunga2 serta kertasnya yang ada di rumahnya. Sebabnya? Emak dah tidak larat nak membekainya lagi. Sampai tahap nampak semak di matanya. Sebenarnya aku tak suka bunga ni sebab ada duri nan...tapi kini bunga2 dan kertas itu cantik nian berada di luar pagar hingga aku selalu memuji2 dan tertanya2 taman siapa yang indah ini?... hamboi... perasaan perasan dan perah santan. Sajer je aku tambah ajino sikit supaya syok aku mengulangkaji membaca entri sendiri. Amaran: Tolong jangan percaya. Waras. Hi..hi.

Nampaknya semua pasu kat situ cantik2 dan besar gabak. Regernya pun selaraslah dengan rupanya. Nak *menebeng membeli bolehlah kalau sebijik tu masih mampu meskipun terpaksa pecah tabung syiling tapi cam mana nak bawa benda ni. Hu.. problem. Masa ni la terpikir bestnya kalu ada pick up atau lori. Bas pun okay. Lagi bes kalau ada kawan2 yang telah tersantau oleh daku sudi menumpangkan bebarang berat haku tu. Heleh... akhirnya aku beli benda ni...nampak tak yang kayu 4 keping tu? Beli sikit namun  berat weh. Aku pun ragu2 nak muatkan dalam keretaku takut calar ke mati spring ke atau apa2 yang mengurangkan kesmartannya. Kiranya aku dalam proses nak menambah lagi. Nasib badanlah labu bubuh jer dalam kereta. Kena beli sikit sikit....

Kosa Kata Hari Ini...
* menebeng = memaksa diri membuat sesuatu


Monday 21 April 2014

Naik Pangkat Adik Bucuk

19 April kemarin adik menghadiri ujian naik pangkat taek wondo ke tali pinggang kuning 1. Huk elehh.. ingat dapat blek belt ker..atau komang2 warna pelangi paddle pop. He...
 Saya budak baru belajar..kalau salah tolong jolokkan...mana nak terus dapat hitam. Umi...umi.
Aku memang menyokong penuh mana2 murid yang belajar ilmu mempertahankan diri waina silat wushu tek wondo atau sebaris dengannya. Tujuannya bukan nak berperang atau cari gaduh tunjuk gedeber tapi untuk pemantapan diri. Tambah kemahiran dan keyakinan diri.
Justeru para ibu bapa sila2 lah hantar anak-anak kesayangan masuk kelas pengeras semangat dan jasmani sebegini. Tak mahal pun...RM20 sebulan 4 kali belajar.
Buat adik...banyakkan latihan barulah cepat pandai. Kalau nasib baik dapat lompat parti..errr lompat pangkat terus ke kuning dua merah dua dan seterusnya. Dapatlah umi berjimat sikit. Oh yer sekali test kena bayar RM40. Plus tali pinggang kaler baru RM10. Banyak gak tu wahai anakkk.
Apapun tahniah adik bucuk.

Saturday 19 April 2014

Jom Terjah Pesta Orkid

Lokasi : Pantai Kelulut
Tarikh: ....hingga 24 April 2014
Jualan: Orkid, aneka pokok buah dan bunga. Selebihnya pakaian yang aku tak larat nak melawat.







Friday 18 April 2014

Makan2 @ Sri Wangsa Seafood

Sehari dua ni aboh berbaik hati nak belanja kami anak beranak makan kat luar. Aikk...buleh kutu ke? Apapun aku gembiralah sangat sebab tak payah masak. Agaknya aboh dah bosan dengan masakanku yang terlalu estima...ehhh estimewa hingga tak lalu tekak nak telan. Aduhai... untuk makluman ya, bukan haku tak pandai masak tapi rasanya yang terlalu sedap luar biasa hingga tak boleh dimakan hari2 nescaya hilanglah segala auranya. He.

Makanya mengembaralah kami sejauh 20km untuk makan di restoran ni. Memang best dan berpatutan. Jalan-jalan Cari Makan pernah singgah makan jat sini.
 Nasi putih sup ekor tom yam telur dadar daging halia 2 ekor puyuh kerabu mangga beserta minuman 48 hinggit. Murah kan?...
Kerabu mangga...masam sikit malam ni.

Alhamdulillah kenyang perut kami malam ni.

Thursday 17 April 2014

Karpal Singh Maut Kemalangan


Allahu Akbar. Kun Fayakun.

Takziah kepada keluarganya.

Kereta MyVi Kuat Minyak...

Sejak buat hutang dengan Ambank semata2 nak ambik MyVi kami selalulah meronda2 ke sana ke mari menghabiskan minyak petrol. Bukan apa...saja nak tes keseronokan memandu kereta yang paling banyak aku nampak di jalan raya kat tempat aku.
Masa baru2 ambik rasa nak pening pulak dengan gegarannya. Sekali tu ajak geng2 tes kereta baharu. Gegar dan keras. Pasal itulah agaknya rakanku yang mengandung nak tukar duduk belakang masa balik...

Memang dalam dan luar sangat cantik. Dashboard kemas. Ada gps usb bagai. Kemudahan dipermajukan tapi hentakan..mak oi. Rasanya naik kancil tak begini. Harap2 alahan ni berlaku masa varu saja lah. Sebabnya biasalah barang baharu keras jer.

Kini dah dekat sebulan, servis 1000km dah lalui. Barulah rasa selesa. Orang kata serasi sikit. Tapi terus teranglah naik Proton Wira lebih sedap walaupun dah buruk padahal harga setanding. Jangan ada pemilik myvi yang sensitip pulak. Aku kata apa yang kurasa. Mungkin kereta aku tak macam yang orang lain punya. Lagipun pernah kudengar pasal masalah part yang ditukar dengan yang tak ori. Harap keretaku tidaklah termasuk dengan kerja tak jujur....

Dulu masa jalan2 pernah sewa kereta ni untuk jalan-jalan meredah Sabah. Itu sebablah pilih kete ni. Naik best, luas dan minyak jimat super. Tapi pabila dah jadi milik sendiri kuat pulak ditelannya minyak. Hu..hu.

Wednesday 16 April 2014

Happy Birthday Abang

Happy Birthday Anakku harapanku....

Makan-makan Bawah Jambatan

Tomyam Sifud ke Siput?
Kalau di Cameron Highland, pengunjung berebut2 nak parking punggung di beranda luar sebab nampak ladang teh yang menghijau. Kat restoran ni pelanggan berrebut nak cari meja kat tepi sungai untuk tengok sungai...he.

Menu lala, ikan bakar, sotong bakar, tom yam, kailan, telur dadar, nasi putih dan minuman =RM69.00. Murah kan. Yang bestnya, masa aku oder, aku nak tom yam sifud tetapi pelayan tu cakap tak ada sifud kat sini. Hmm..pelik jugak sebab namanya restoran seafood. Kalau gitu okaylah...tom yam biasa saja. Alih-alih apabila sampai tomyamnya ada sotong, udang dan ayam. Bagi aku itu sudah sifudnya? aku terpikir2 sampai nak pecah kapla dengan ayat2 pelayan kedai tadi...ke sifud sudah jadi siput...he.
Lala goreng pedas. Memang sedap dan pedas. seafood lagi.

Monday 14 April 2014

Paip Oh Paip

Paip...bolehkah kau tak bocor? Aku perasan ada sesuatu yang tak kena pabila bil air rumah haqu melambung 200%. Biasanya berbelas2 hinggit tapi tiba-tiba jadi 69 higgit. Banyakk tu weh. Bagi orang yang ahli ramai tak peliklah. Kepada yang rajin membasuh dan mencuci serta yang rajin teramat mandi juga tak mengherankan. Tetapi...bagiku yang serba serbinya sederhana saja sebab tak rajin maka jumlah itu adalah suatu isu. Tambahan pulak aku memang berbudi bahasa dalam penggunaan sumber asli waima air atau elektrik. Jimat selagi daya. Kalau boleh bil api bawah RM20. Biar percuma gitu. Go green kan demi kelestarian alam.
Kesian aboh kena berhempas pulas mengorek tanah ni di bawah terik mentari. Mengapa tak tunggu ayang balik kerja...buleh aku tulun payungkan....ye ke?
Beres saluran ke tangki...yang dekat ehemm 🚹🚺 ni pulak. Hadoi...Sudah ku ceramahkan agar upah aje tukang paip. Tapi aboh nak cuba terai dulu. Yelah dia dapat gred A dalam subjek Kemahiran Hidup. Takkan nak mengalah begitu jer...kan?
Akhirnya setelah berkeringat ketiak yang sedia masam...aboh berjaya juga menyelamatkan dunia ini.
Tahniah...bravo aboh. 👍🔧🔨👌