Saturday 31 May 2014

Sudah 18 Ani Berseri...


Dalam tak sedar masa berlalu pantas...kini usia perkahwinanku sudah 18 tahun. Anak2 sudah remaja dan semestinya usiaku dan dia semakin sedikit yang tinggal.  Hu..hu melankolik.
Aduhai suami...rasanya baru saja kita sama2 mengorek duit tabungan pada akhir bulan terutama pada tiga bulan pertama kita membeli kereta...Proton Iswara Aeroback. Sudah habis gaya dan kaya rasanya.

Masihku ingat lagi masa kereta itu kita bawa ke kampung. Ada sedara maramu yang berkata...o..dia pinjam kereta orang agaknya!!. Alahai...begitulah nilai kita pada mata orang. Sob..sob.

Nasib baiklah masa tu kita menumpang di rumah mak. Maka lepaslah bahagian sewa rumah. Namun tak selamanya kita akan selesa menumpang meski di rumah ibu bapa sendiri. Akhirnya kita berpindah ke rumah sewa. RM300 sebulan. Jerit perih kita tanggung...biar tak makan namun sewa rumah mesti langsai. Justeru, tabungan ASB kian menipis dari bulan ke bulan. Aduh...
Meskipun gaji tinggal beberapa sen sahaja namun aku nekad untuk membeli rumah sendiri walau cik abe tidak setuju. Aku mampu beli rumah teres lot tengah sajer. Bayaran RM330 sebulan selama 20 tahun. Akhirnya pindahlah kami sekeluarga ke rumah sendiri walaupun lebih sempit daripada rumah sewa. Ruang terhad ini memaksa aku menjual set sofa untuk membeli set yang lebih kecil. Kasihan aku kan... Nak tau berapa baki gajiku selepas potong rumah. Lebih kurang RM300.00 sahaja untuk pelbagai komitmen... tapi hidup mesti diteruskan. Setelah 18 tahun hidup kami mulai selesa sikit. Alhamdulillah kerana aku punya keluarga yang bahagia...anak2 yang budiman dan bijak pula.

Syukur Ya Allah!! Terima kasih.

Friday 16 May 2014

Terima Kasih Cikgu

Terima kasih cikgu2 ku dan cikgu anak-anakku. Aku sangat menghormati guru kerana besar jasa bakti mereka. Ramai yang sombong menyatakan sudah tugas guru mengajar dan mendidik...jadi memang wajar lah. Sudah kerja mereka.
Betul...memang betul. Guru dibayar gaji tapi kebanyakan guru dengan murid bagai sudah melekat dalam hati. Sangat rapat. Murid lemah dalam pelajaran guru susah hati. Murid miskin guru bantu tak kisah jatuh duit seringgit dua sehari beri duit belanja. Murid tak hadir ke sekolah guru risau. Justeru ..guru oh guru.
 Setiap tahun haku memang beriya2 nak beli hadiah kepada cikgu anak-anak. Tapi kan..anak kat sekolah menengah tak mahu lagi sediakan hadiah kepada guru mereka. Agaknya mengapa wahai abang dan kakak. Agaknya mereka malu sebab pemberian tak seberapa. He...umi kalau nak ikutkan nak beli kereta api tanda hormat dan hargai cikgu anak2 umi. Tapi apakan daya tangan tak sampai.
Macam2 idea untuk raikan guru pada Hari Guru. Cikgu2 sekolah bukan harapkan apa-apa daripada murid2nya. Kejayaan murid dalam hidup yang didoakan selalu. Amin.
 Adik dan gifts nya. Beg saja cantik...isinya tak der apanya sangat.
Kawan aku buat ni untuk beri kepada cikgu. Sedap jugak kan. Kena pulak musim panas cam gini.

Apapun terima kasih cikguku yang garang dan tak garang. Tanpa tunjuk ajarmu...siapatah daku...

Guru Pencetus Kreativiti
Penjana inovasi.

Wednesday 14 May 2014

Motivasi Sekolah ke Anak

Hari ni aku berpeluang menghadiri Majlis Motivasi dan Penyerahan Buku Sarana Ibu Bapa sekolah si bongsuku. Penceramah jemputan iaitu Penasihat Agama YAB Menteri Besar tidak dapat menghadirkan diri. Mungkin banyak hal yang perlu diuruskan memandangkan Terengganu baru mengalami peralihan kuasa Menteri Besar. Semalam MB baharu mengangkat sumpah. Kawasan aku berlaku kekecohan juga kerana YBnya mengikut jejak bekas MB keluar parti. Ramai penduduk buat bantahan. Yalah tentu mereka kecewa dengan tindakan orang yang dipilih. Entahlah...
 Tuan Guru Besar yang berwawasan bercerita tentang kecemerlangan SK ULU LUBAI, SARAWAK kepada murid dan guru untuk menaikkan semangat mereka. Hai...berapa kerat saja ibu bapa yang hadir. Kecewa sungguh akan sikap ibu bapa.
 Pengacara Majlis terdiri daripada murid cilik Tahun 3 dan 5. Bagus sangat. Satu pendedahan untuk membentuk keyakinan diri murid. Dengarnya GB yang beriya2 mahukan murid yang jadi emcee.
 Hai cikgu...cantik baju. Uniform ker...
Aksi bakal pengacara teve...he.

Friday 9 May 2014

Jualan Murah Yang Jahat

Benci....marah dan gerammm...
Sudah beberapa kali hajatku untuk mengunjungi kedai kain yang agak popular tuh.

$$$$$$$$$$$$$$$$$ bersambung kerana mata rasa berat.

Memandangkan aku ada kelapangan pada petang itu..maka aku pun masuklah ke kedai itu. Kebetulannya ada sales. Teruja sangatlah aku...

Terus terbeliak biji mataku dengan harga yang dipaparkan. Aduhhhh...untungkah aku atau rugi??

LCCT

Aku bukanlah penumpang syarikat kapal terbang yang boleh membikin syarikat itu untung. Ini kerana hanya berapa kali sajalah aku berpeluang terbang di awan biru. Kalau ikutkan hati...nak pergi kerja pun nak naik belon. Senang..cepat dan selamat. Cuma yang lecehnya ialah waktu menunggu. Bosan ... namun keterujaan terbang di udara menyebabkan aku selalu nak naik kapal terbang. Rasa thrill sangat masa naik dan mendaratnya. Jangan marah....

Mujur ada Air Asia maka dapat aku merasa naik terbang. Kalau tak...mungkin jalan darat atau jalan kaki saja pilihan yang ku ada. Kesisn haku kan.

Sebenarnya nak cakap pasal LCCT...hari ini hari terakhir operasi penerbangan penumpang, lepas ni kalau tak silap jadi air cargo.

Banyak kenangan manis ku di situ. Memandangkan masa menunggu flight sambungan aku tempah dengan jarak yang lama...sebenarnya reserve untuk delay. He...maka kami anak beranak habiskan masa meneroka dan menggeledah airport itu. Berpuluh2 kali pusing tak sampai masa lagi.

Satu kali tu jumpa seorang lelaki cina yang kelihatan resah gelisah. Dia menawarkan jam tangannya kepada ibuku dengan harga 100 hinggit. Harga asal katanya 1000 hinggit. Entah ye entah tidak. Tak minat...jam pesen lama yang kena kunci pulas tu. Katanya dia nak dari sarawak. Datang kl ke rumah anak. Waktu balik...anak yang kain akan datang bawakan tiket. Tunggu punya tunggu  anak nya tak nampak muka hingga waktu berlepas. Dia telefon tapi anak tak angkat. Mukanya sedih masa bercerita dan akupun tumpang sedih. Persepsi negatif kepada anak2nya yang sampai hati buat ayah begitu. Mak aku berikan 20 hinggit untuk makan. Tak taulah benar atau tidak cerita itu.

Cerita seorang budak sekolah rendah yang terlepas penerbangan...

cerita seorang gadis yang cemas kerana pertama kali...

Terima kasih LCCT...


Sunday 4 May 2014

Alahai Kera Sungguh Engkau

Balik kerja tengok kertas surat kabo yang aku guba untuk membalut buah2 jambu madu berselerak di atas tanah. Baru petang kelmarin aku sobey-sobey akan buahnya. Sudah banyak yang merah cuma tunggu madunya saja yang belum banyak. Alih alih...
 Aku memang berangan nak beri bebuah jambu ni kepada jejiran semua. Nampaknya kera2 selalu merebut rezeki. Hu...hu.
Sudah rezeki dia. Halal lah. Eh..binatang ada halal haram ke. He..Wahai kera sekalian alam, janganlah datang lagi. Berilah peluang kepada aku pulak merasanya. Okey?...

Saturday 3 May 2014

Apa Yang Ada di Festival Kenyir

Selepas melawat bebudak di asrama, aku luangkan masa ke Festival Kenyir. Kalau aku yang dekat tak pergi memeriahkan walimatul urus tu...rugilah kan. Justeru mari kita beriang ria ke sana. Jomm...
Lokasi masuk simpang kiri kalau nak ke Aring- Gua Musang. Kalau nak ke Cameron Highland orang guna jalan ni untuk short. Aku baru dua kali melaluinya. Masa tu jalan lori balak...tau-taulah macamana seksanya. Rasa naik kereta buruk dan uzur. Gitu...sekarang dengarnya agak okay tapi tak taulah sebagaimana ok nya itu.
 Apabila masuk jalan ni kita akan nampak pasukan RELA bertugas dengan jayanya. Mungkin juga kita akan ditahan oleh abang Rela. Ala...bukan nak cek apa pun cuma sekadar bertanya2 nak ke mana? Aku tak bersedia tergugap2. Err nak naik lah...err nak pusing2  meri go round. Buleh?....bukan apa kalau nak naik ke atas boleh parkir kereta di sini dan naik trem percuma. Oooooo....Sebabnya nak elakkan kesesakan lah. Yalah pesta besar2an...BESAR ke?
 Bagi pelawat luar mungkin acara yang disediakan menarik. Rasa nak datang lagi untuk naik bot keliling tasik. Hmmm.. hai amor.
 Jualan produk ukiran. Masa aku datang sekitar jam 6 petang banyak gerai dah tak ada orang. Hai apa yang ada kalau datang malam ye. Katanya dari 10 pagi hingga 11 malam. Adegan apa yang ada.

Gerai jualan lah yang banyak. Pengunjung tak berapa ramai pada jam2 begini. Kat situlah aku park kereta walhal aku diperintahkan pusing2 dan turun. Kalau nak nyinggah-nyinggah kena naik trem ataupun jejalan kaki saja. Kalau bernasib baik kereta kita dilepaskan...kalau tidak tinggal aje kereta di tempat khas. Jimat minyak dan tenaga. Eh ada tak Hj Ismail Group dari Langkawi tuh? Jawapnya tak ada...khabarnya tak lepas untuk buat jualan bebas cukai sebab Tasik Kenyir belum diisytiharkan sebagai kawasan bebas cukai lagi. Ayoyo melepaslah orang kampung nak rasa beli Corell murah di tempat sendiri ye...

Apapun sila datanglah yer dan rasai sendiri sensasinya.

Thursday 1 May 2014