Wednesday 26 November 2014

Sirih Pulang ke Gagang

Tahniah buat abang, anak sulungku kerana  telah tamat pperiksaan SPMnya  kelmarin. Berakhir sudah fasa abang sebagai pelajar sekolah hendaknya. Semoga mendapat keputusan cemerlang, 9A semestinya...

Petang kelmarin mengambil dia dari asrama. Nampak asrama, nampak dewan periksa.... terasa sayu pulak... hehehe melankolia melebihkan tuan punya badan. Walhal awal tahun depan tugas kami suami isteri belum abis lagi. Kakak kan masih belajar di sini.

Masih budak yang selalu tak serius... masih ada barang yang tertinggal. Kawan campak dari tingkap.

sentuhan kecundang dari rakan-rakan

Kalau aku yang tak pernah mengutip ilmu di sini  terasa sayu, apatah lagi empunya badan yang bersuka duka di dalamnya. Ke sana sini bersama kengkawan, bergaduh bergelak ketawa...bergosip. Ishhh...

Sempena percutian panjang ni, aku sudah siapkan sedikit tentatif buat abang. Wah sistematik ke diktatik ni??... alah.... Banyak lagi ruang untuk dia boleh isi sendiri dengan perkara yang berfaedah.

Tuesday 25 November 2014

Setelah Setahun Jambatan Kg Kuala Kejir

Setahun yang lalu... kecohlah berita pasal penduduk sebelah kuala Berang sana terputus hubungan dengan belah bandar. Sebabnya laluan utama Kuala Berang - Ajil dinaiki air dan ditutup kepada semua kenderaan darat. Tinggal laluan altenatif pulak... jambatan Kuala Kejir - Kuala Berang runtuh. Ramailah orang penting negeri dan AP melawat. Akak yang tidak ada keperluan ke Kuala Berang pun tiba2 terasa nak menyibukkan diri. Hok alohhh...

Seminggu jugaklah rasanya terputus kasih sayang antara saudara mara, pekerja dan majikan kotnya. Tapi kendiannya, bersambunglah semula cinta kasih dengan terbinanya jambatan besi sementara yang dibina oleh pihak tentera. Gedegung...gedegang bunyi besinya tak kala menaikinya. Mula2 teruja tapi lelama terpikir bilalah jambatan baharu nak dibina. Takut jugaklah kut-kutnya teruntuh lagi ketika aku melaluinya. Hiii...selisih.

Memang kerja2 ke arah itu nampak dalam proses seperti memperluas dan memperdalam sungai. Membina benteng dan bagai lagi. Lambat benor rasanya weh.

Setelah setahun... barulah fokus pada pembinaan jambatan baharu. Lega sikit tapi tak dapat bayangkan jambatan sementara ni kerja tanggung beban laluan sarat dan berat pabila banjir nanti... Ni gambo live pada petang tadi ye.




Sunday 23 November 2014

Adik Sudah Jadi Machoman...haha

Kalau sudah namanya budak lelaki... tak dapat tidak peristiwa ini terpaksa dihadap. Dari awal lagi aku sudah nyatakan hasratku untuk memotongnya! heheh.. Adik nampak rileks dan pasrah. 

Hari Bersejarah...
 
21 november 2014...Hari Jumaat yang berkat, 
adik telah masuk ke dimensi baharu dalam hidupnya.
Hehehe... hai adik? Apa cerita...
Sebelum melangkah kaki ke klinik, aku mandikan adik bersih2, ku wangi-wangikan dia dan minta dia pakai baju kegemarannya. Rupanya baju senteng dan lama ni yang jadi kesukaan. huhu.. Khatan kat klinik jer. Harga RM120, abang dulu RM80.  Adik pergi dengan abah. Tak perlu ramai2 rombongan cik kiah yer. Simper-simper lah.

Oh ya...balik solat Jumaat tadi, aboh dan adik solat sunat hajat sebelum turun. Moga2 Allah permudahkan. Bismillahirrahmanirrahim....

Dalam sejam kemudian.... taraa.... senyum jer. Tahniah beta he.

Friday 21 November 2014

Selamat Bercuti Anak-anak


Selamat berehat sikit wahai cikgu anak-anakku. Terima kasih atas didikan dan bimbingan kepada anak anak Malaysia. Jasa guru tak terbayar sampai bila2 pun.

Saturday 8 November 2014

Harap Ella Mengandung...

Suka tengok Ella dalam Anugerah Skrin 2014. Masih cantik. Ella nampak matang selepas kawin. Bagus. Ella memang mantap dari dulu hingga kini. Banyak jugak kaset yang kubeli, yang orinya... Ella USA. 

Tengok gaya, set dan lenggok nampak macam ada sesuatu yang menggembirakan beliau. Akak teka ELLA MENGANDUNG!! Harap betul...mudah-mudahan. Insya-Allah.

Tahniah kepada Filem Tanda Putera. Memang best, bermakna dan patriotik.