Showing posts with label Pulau Pangkor. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pangkor. Show all posts

Thursday, 26 December 2013

Menara Condong @ Teluk Intan


Kalau datang Perak mesti laporkan diri kat Menara Condong ni. sebabnya kalau nak ke Menara Pisa tu bagaikan mustahil bagiku. Ketinggiannya 25 meter. Dibina sebagai tempat menyimpan air pada zaman British dahulu kala. Begitulah sereba ringkas, nak tahu dengan lanjut-lanjut sila rujuk ensaiklopedia...wikipedia...hypermedia dan sebagainya dia lagi. Masing-masing pakai baju baharu Pulau Pangkor, 10 hinggit selai. Sila abaikan lagak ngeri si baju kuning tu. Tak fotogenik langsung.
Kebetulan adalah pulak Pameran Barang-barang Antik. Kat belakang tu adalah mesin getah. pernah guna masa kecik2 dulu. Macam mesin kisar air tebu. Kalau termasuk tangan boleh jadi lempeng siap lekat bunga lagi.
Penyanyi ni pun antik. Amboi...ligat menyanyi dan menari lagu Gadis Melayu tu. Hati2 Pak Ali. Apapun, suara power cam Jamal Abdillah.


dari tingkat atas bolehlah meninjau alam sekeliling. Saper yang berangan jadi polis peninjau atau pengawal udara cepat2 cuba kat sini. Manalah tahu, kot-kot gayat.

Lawatan ke Teluk Intan mesti berlalu dengan pantas dan cergas sekali. Pokoknya, sudah jam 5.30 petang, kami belum bertolak pulang lagi ke Terengganu. Tak molah lewat sangat masuk hiway Jerangau Jabor. Tatukkk....

Wednesday, 25 December 2013

Bilis dan serba mak neneknya @PP

Sebelum balik ke tanah besar, jangan lupa singgah di pekan untuk beli aneka yang kering-kering. Ikan, sotong, udang, tiram, bilis dan sebagainya adalah sesuatu yang mesti dihulurkan kepada jejiran dan sedara sebagai tanda ingatanmu yang waras. Yang paling aku suka mestilah cumi@sotong kering. Sebabnya tak pernah jumpa. Dalam kedai ni, kita anak beranak boleh merasa makanan kering tu. Oh sedap, yang ni sedap... yang itu sedap.
mulanya ingat nak survey-surey dulu segala macam seafood yang kering di deretan kedai ni. Tapi yang terjadi sebaliknya, masuk saja kedai ni terus borong dek kerana mulut manis penjualnya.

@ Kota Belanda




Selamat tinggal Pulau Pangkor yang cantik. Aku akan datang lagi pabila aku dewasa...
( kata hati adik). Buktinya? google masih lekap kemas di dahi...sukar dilepaskan. Adios.

@ Pangkor Beach


Bangun awal sikitlah mek awang weh. Wakru makan pagi jam 8.00 hingga 10 pagi. Free untuk dua orang dewasa. Anak-anak kena tambah RM10 seorang. Makan nasi lemak ke nasi dagang ni eh? tapi lauknya mestilah bilis ( kan pulau ni kaya dengan khazanah ikan bilis... bilis mata biru lagi you ). Aktiviti kena serba pantas sebab chek out kul 12.00 tengah hari ( c.in kul 3.00 ptg ). Syyy.. tak payah mandi dulu sebab jom kita pergi mandi laut sambil nyelam2 gitu...
macam2 aktiviti air ( water sport ) yang disediakan oleh pihak resort. Tinggal pilih dan bayau ajer. Tapi kalau rajin, ambil pakej kat pantai ajer, sebab kadang-kadang lebih murah. Janji mulut mesti manis dan ringan. Nak pergi ke Pulau Impian?? ( Hoping Island) kena naik bot 15 hinggit seorang lengkap dengan jaket, gogle dan kasut kalis kulit kerang dan teritip. Penting sangat benda ni.
 oh indahnya waktu pagi.... meh mandi dan mandi sambil minum air laut.
Jejak-jejak di pantai, bukti. Nak ke sini tak payah nak bergaya dengan kasut mahal-mahal. Pakai selipar ajer dari jeti. Aku punya 8.90 jer. Yang lain tu selipar buruk dari rumah, kalau putus kena kejar ayam untuk pinjam kaki dia le.

Sebonarnya, menyelam kat sini tak berapa best sebab kena main tepi2 ajer, nak pergi tempat dalam takut dilanggar bot sebab depa tu sibuk masuk keluar hantar orang. Kang hilang tempurung kelapa @ kepala sebelah. guana tu?


 Aboh masih tersengih keriangan. Kah..
balik dari pulau tu, jom rendam-rendam matikan kuman dan bakteria. Maka ranaplah segala kurap dan panau... hehhh. Tapi kan, dalam Hikayat Malim Deman ( sastera tingkatan 5 dolu.) kulit berpanaulah cantik, siap gonyoh dengan lipau nipis supaya terserlah bunga-bunga kat kulit. gituw.
sambung main air dalam kolam pulak. Jangan biarkan kolam resort ni jernih saja airnya, ayuh kak keruhkan dengan daki kita. Yeaaaa.
Saat terpaksa daku pergi. Tak boleh duduk lama2 sebab duit semakin sikit. Almaklumkan jalan2 berkonsepkan bajet saja. Ibarat touch and go.

Pulau Pangkor 1

terminal Jeti ke Pulau Pangkor. Tambang feri RM10 dewasa dan separuh harga kanak2. Makanya kami terebanglah RM45.00. Oh ya, itu tambang pergi dan balik pada bila-bila masa untuk sekali okay.
besiap siaga ke Pulau Pangkor. Tak sabar nak berenang-renang persis ikan paus biru. ha..ha.
kena beratur dulu deh, jangan potong barisan. Ni kan musim cuti sekolah ramai orang ambil kesempatan bawa keluarga bercuti @ Cuti Malaya, bagus. Tambahan pulak hari Sabtu, waktu puncaklah. Harga bilik pun mencanak tinggi. Tapi kan, ada jugak yang buat2 cakap kuat-kuat di telefon sebagai siren ambulans sambil heret beg ke depan, konon tak sedar. Licik.
Dalam setengah jam dilambung ombak asmara, sampailah kita di Pulau Pangkor. Oh bahagia... Feri akan singgah sekali di Sungai Pinang ( kalo tak silap haku ) untuk turun dan ambik penumpang. Jangan turun kat sini dulu sebab hotel kita di PP. Kalau tak pasti sila ringankan mulut bertanya ya. Kan tak pasal2 nyanyi lagu Pokok Hazama...
Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

( sempat lagi kubernyanyi gumbira ..)
keluar jeti, ramai penyewa kereta yang menawarkan kereta masing2. Kalau naik van pink tu tambang danlam 20 hinggit ke hotel. Pemandu akan menawarkan pakej round2 PP dengan harga 70 atau 80 hinggit. Boleh pilih mana2 suka. Aku pilih menyewa RM80 sehari. Kereta Malaysia yang berumur 10 tahun ke atas ( ikut pengalaman aku yang juga pandu kereta ni yang andalusia jugak).
mulanya dia ni nak beri kereta Proton Saga lama tu, kalau nak Wira auto kena up sapuloh hinggit. Huk aloh... ambik jelah aboh, saga pun sagalah bukannya nak beli. Akhirnya dia beri jugak wira tu kerana kasihan katanya. Aku rasa saja2 nak tes je tu. Biasalah tempat tumpuan sedunia kan. Bagi aku jangan cerewet sebab wang amat berharga walo sepuluh riyal. Kalau nak selesa duduk kat rumah, kakipon tak capet. Dok gitu anak-anakku?.... sapa setuju senyummm.