Thursday 22 January 2015

Red Velvet Memang Sedap

Akak tak boleh tulis resepi penuh sebab ambik resepi dari macam2 sumber. Cari yang paling simper. Tak ikut sepenuhnya sebab nak cepat...baking sebab tensyen kerja banyak. Jadinya sangat tidak bertatatertib....

Pukul 100g mentega dengan 2 cawan gula kastor. Pukul betul2 hingga putih.
Ayak 3 cawan tepung naik sendiri bersama 1 sudu teh soda bikarbonat dan setengah cawan koko van hoten lah.
Ni dua cawan susu segar campur dua sudu besar pewarna merah. Macam nak bancuh serap lah. Jangan tinggal merata nanti habis diteguk anak2...hihi. Setelah mentega dan gula sebati ...masukkan telur persatu sebanyak 3 biji. Kendian masukkan tepung sedikit berselang dengan sirap tu. Buat hingga habis. Sementara tu bancuh satu sudu soda dengan 2 sudu makan cuka. Masukkan bancuhan tak tahu motip tu ke dalam bancuhan. Kacau2... sementara tu panaskan oven selama 15 minit 160 darjah c api atas bawah. Gitu...
Dalam resepi suruh bakar selama 45 minit. Tapi akak bantai 1jam lebih sebab kita yang kenal cik  oven kita kan. Ataupun perati2 kan saja dengan mata tengok sudah masak ke belum. Wah perasan terer ko...
Apabila kek masak...sejukkan kemudian di belah di tengah2 jadi 2 lapisan. Akak potong dua sebab loyangnya memanjang segi 4 tepat. Satu versi akak buat krim meleleh ikut respi krim meleleh yang diberi orang. Sebelah lagi versi biasa. Bagus...boleh rasa kedua2 versi. Tapi akak suka versi krim seketul terletak bukannya yang tangkap leleh. Lain orang lain tekak.
Seketul cream cheese dimix bersama setengah tin susu manis. Bubuh setengah cawan whipping krim. Mix hingga ringan. Sedap bangat ni. Apabila kek sejuk, sila sapukan night krim ni sesuka hati pada wajah kek. Simpan dalam peti sejuk barang sejam dua.

Bagi akak...masa nak makan tu biarkan ke suhu bilik dulu...uuuuhh sedapnya kek ni. Serius. Pagi esoknya kupotong2 kek ini dan bawa ke tempat kerja. Saja2 nak tengok respon kengkawan yang memang suka makan. Reaksi? memang deboom la.

Tapi hai...buat kek ni agak lumayan la modalnya. Pon begitu, berbaloi2 sedap walaupun rupa paras yang aku mekap tak chantiq... tapi puteh memanglah Qu Puteh ...hihi.

Thursday 15 January 2015

Boleh Saja Bikin Krimpuff sendiri rupanya...

Kuih ni memang sedap. Makan tiga empat memang tak cukup...apatah lagi kalau kue tu dibuatnya kecik2 ajer. Seluruh keluarga mencintai kuih ni sepenuh hati...aboh terutamanya. Tapi kan...ada satu sikap pelik dalam famili aku ni. Yaitu akan menjadi kurang suka selepas aku pandai membuatnya.

Wah...hari2 buat kue. Rajinnya??. Memang berdasarkan pengalaman, kalau kita beriya2 nak makan sesuatu...biasanya mesti yang dibeli dapatnya tidak mencapai piawai anak tekak kita. Justeru aku terpaksa rajin melayan perutku apabila sesekali teringin walaupun buruk rupa.




Akhirnya menjadi jugak kue yang sedap ini. Nyum nyum.


Wednesday 14 January 2015

Meng Karipap

Dah lama duk mengidam nak makan karipap. Dalam googel2 tu terjumpa blog cik mas yang mencatatkan resepi karipap. Tengok gambor tu macam best jer.

Sebenarnya karipap ni tak asing bagi keluarga aku sebab masa sekolah, aku dan adik beradik membantu ibu membuat karipap untuk menyara hidup. Sudahnya aku sangat cekap buat inti karipap yang bes pada anak tekak aku. Hihi perasaann.
 Biar pun tak lengkap tapi catatlah jugak di sini untuk membangkitkan nostalgia.

Bahan inti
3 ketul kentang
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
setangkai daun kari ...dihiris
2 sudu cili boh
1 setengah sudu serbuk kari
2 sudu udang kering - dikisar
2 sudu bilis - dikisar

 Padi tadi kugoreng2 sebagai sarapan. Nyum nyum. Sedap lah jugak tapi pastri tu kena banyak latihan lagi.

Sunday 4 January 2015

Awas Reunion dan Wasap Grup tu...

Kita tak mampu nak tolak teknologi dan aplikasi. Kuasa internet menjadi medium perhubungan yang dasyat. Kalau dulu nak bermesej kena bayar. Kini free ajer. Malahan nak calling calling percuma pon boleh. Huishhh canggih sungguh.

Terkini aplikasi whatsapp...wechat...viber dan macam2 kagi kot. Pintar sungguh hingga boleh menghubungkan geng2 lama zaman sekolah ketika muda remaja. Mula2 tu terujalah dapat bertanya2 khabar setelah lama tak jumpa...aik, macam lagu Nurul pulak.

Bila dah tau sedikit sebanyak maka wujudlah idea nak bertemu. Ye la teringin la nak jumpa sambil2 bolehlah tengok kemantapan dan kementenan masing2. Ada yang masih cantik bergetah...hmmm, ada yang kerkereta hebat. Bagaimana kalau yang tidak semengah seperti aku ni?? Mesti rasa terpinggir malah meminggir dan menyepikan diri. Malas nak layan.

Setelah berbelas dan berpuluh tahun mesti ada macam2 kisah dan hikayat. Ada yang sedang berbahagia dengan pasangan masing2. Ada yang sedang menjanda dan menduda. Dan ada jugak yang masih sendiri...

Nampakkan macam bahaya jer program2 cam gini. Sebabnya ada geng aku yang kemaruk berwasap dengan kawan sekelas dulu setelah berunion. Yang sadisnya masing2 dengan title suami orang dan balu.

Aikkk...aku ni nampak keburukan yang satu tu ajer ke? Memang ada baiknya sebab dah dapat sambung silaturahim tapi berawas2 lah masing-masing dengan status diri sebab dalam wasap dan reunion ni kita mungkin terjumpa semula dengan gadis atau teruna idaman dolu2 tu. Ahaks!!

Saturday 3 January 2015

Salam Maulidur Rasul


View dari atas Bukit Jabal Nur yang terletaknya Gua Hira'. Pemandangan kota Mekah nampak dari sini.