Tuesday 21 February 2012

Kepada Yang Suka Roti Canai

  suker roti canai takkk?


aku panggil ringkas ajer...rc.

Aku memang suker makan roti canai cicah kuah kari pekat. Fuhh...terbayang2 roti canai nih. Pun begitu macam2 cerita pasal roti canai. Ada yang terjumpa lipas lah, bulu lah dan pelbagai benda ajaib lagih. Tak patut tu weh.

Aku pernah gaks terkena. Suatu hari nan cerah aku dan AK ke kedai roti canai yang best di tempat aku. Hari tuh, aku oder lah 4 biji. Sedang syok mencarikkan roti, tiber2 ai ternampak banyaknye kaki tangan lipas dalam kuah. Ya Rabbi... serta merta tekak akus kembang-kembong. Agaknya badan si lipas2 tuss dah terburai-urai dikucau2 dalam periuk kari. Werc....

Kawan aku pulaak... sedang syok mencicah tiber2 terbau bau ala2 tahik orang... hiss pengotor ngguss. Baru2 ni aku terbaca kisah studen yang nampak mamak menguli rc dengan kaki  di belakang kedai. Pabila ditanya kenapa? jawabnya sebab tangannya tak kuat untuk uli doh sebanyak 500 biji sehari. Guaner gamak?

  
 aku tak bermaksud mengata, 
tapi nak makan rc tu agak2 lah... 
yang penting kebersihan diri penebar dan kedai. 
Biar cerewet asal tak menyesalll..


Kepada yang rajin mencuba tuh, boleh cuba2 buat rc sendiri. Di sini aku copi peskan resepinya. Semoga empunya resepi bertambah2 pahalanyer. Aku pun nak terai lah hari Jumaat ning! ewahh, betul ke ni?

Roti Canai

menghasilkan 12 - 16 rc.

Bahan: 

550 gm tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh garam
1 sudu teh butter/marjerin

Cara:

  1. masukkan air, telur, susu, garam dan mentega ke dalam bekas, kacau hingga sebati
  2. masukkan bancuhan air tadi ke dalam tepung.
  3. uli hingga jadi doh.
  4. rehatkan doh selama 10 minit
  5. uli lagi selama 5 minit
  6. ulang langkah no 4 dan 5 sebanyak 3 kali.
  7. Selepas kali ke-3 proses  uli dan rehat, doh bertambah kenyal dan tak melekat. maka nyer, jgn risau kalau semasa proses pertama tadi doh maasih melekat2 di tangan. Jikalau  lembik lagi selepas uli dan rehat, tambah sedikit tepung.
  8. bentuk doh bulat2. Perap selama 3 jam atau lebih.
  9. Selepas dibulatkan, sapu dengan majerin, simpan. 
  10. Semasa nak tebar pulak, hendaklah ditekan2 dulu sebesar tapak tangan, dan rehatkan lagi selama 10 minit. 
  11. Tebar atau tarik2 dan bakar atas kuali leper dengan api sederhana. 

No comments: