Sunday 30 March 2014

Pelakon Xtra @ Art Trick Muzium

Tempat yang paling aku teruja untuk dikunjungi. Sebabnya aku suka lukis-lukis. Masa kecik mesti lukis kartun orang lidi kat buku atau masa seni. Justeru...sesiapa pun boleh datang sini bergambar atau melakukan aksi perasan hebat berinteraktif dengan gegambar yang sangat artistik ni.


Oh anakku melekat pada sarang lelabah. Arg...bomba tulun-tulun!

Friday 28 March 2014

I-City @ Siang Buta

Rasanya matahari sedang terpacak atas ubun2 masa kami sampai. Cobalah bayangkan betapa panasnya.... tapikan kl memang panas. 36 darejah c tu setiap hariku di sini. Memang org kl kuat dan perkasa. Tambah2 pula cermin depan kereta ku belum bertinted lagi sejak ditukar. Yelah...nak tint kena tunggu seminggu jugak. Aduss panezz!!...
 Cik Adik sedang meneliti lokasi2 sterategik untuk dileburkan wang. Ingat... dua tiga tempat sudah. Selebihnya kita berjemur saja dekat luar ni.
Semuanya yang indah2 pada malam hari hanyalah kerangka2 sahaja... hu..hu.
Jom tengok saper yang tunggu kita kat dalammm..
 Masuk House of Horror RM10 sekapla. Oh ye sini semua pakai topup saja.
Masuk dalam maka banyaklah hantu2 menunggu kita dengan kesabaran yang tinggi. Ada hantu tak de kapla...hantu keranda...hantu dan hantu. Cumanya kacang hantu tak ada lagi.
Kesimpulannya bolehlah masuk sini untuk berkenal2 dengan pelbagai spesis hantu. Yang tak kuat semangat pon sesuai sebab hantu2 kat sini baik2 saja.

Cuci Mata @ Ikea

Alang2 misiku meredah KL meskipun apa terjadi...justeru tempat ni mesti dipakejkan. Bukan nak membeli haper2 pun. Kalau nak belipun tiada kumampu apatah lagi hadirku ke mari dengan kereta saja.... penuh dengan beg pakaian. Apatah kelmarinnya aku terbeli 4 biji bantal dan 2 kusyen kat Sogo. Bagi orang kampung cam haqu mesti nak lapor diri kat sini. Bagi org sini mungkin tak jeling dahhh. Benda ringan tu memakan ruang but keretaku. Nak dilenyek2 kan takutnya mekepek saja jadinya....kang tak terasa tidur atas bantal, tak beza dengan tikar. He...


 Hari ni brekpes guna bekas serba serbih cap ikea. He... makanan tak sedap terasa sangat lazatt.
Setelah berpenat lelah pusing keliling gudang... akhirnya aku beli beberapa spatula sebagai cenderamata. Wah... baiknya haqu. Bukannnn sebab regernya murah. Dua hinggit satu. Cess.

Jom Layan Aneka Sup

Ani Sup Utara @Gombak

ting ta keting ta keting ta...buka buka pintu sayang...(lagu filem Masam2 Manis  ingat? Aku ode sup keting. Waaa tak dapat habiskan...
aneka sup. Pilih dan oder jer. I belanja.


Jalan-jalan Redah Kuala Lumpur

@Banjaria Court
Sewa kat sini RM150 semalam. Okay. Ada kolam renang dan guard. Persekitaran cantik...

 Bebudak ni asyik merenget2 nak mandi kolam. So kenalah temankan walau ikutkan hati malas lah sangat. Memandangkan orang tak ramai sedaplah demer tu bermandi manda. Tak lama kemudian datanglah si pekerja yang datang cakap hari Isnin tak boleh mandi....eh dah baca tadi. Hari ni hari Senin ke? Huk aloh. Tapi sekurang2 dah lenjun badan mereka. Kira lepas hajatlah walau baru nak set induksi.
Mujur ada kaver line. Taman mainan ada sebelah...so mainlah segala macam sementara keringkan badan...

Monday 24 March 2014

Salam Sejahtera Warga MH370

Salam sejahtera walau di mana kalian berada
Hanya doa dan air mata tanda empati...

Damailah hendaknya meski di dunia mana berada.
Pabila terkenang aku rasa sangat sayu... walhal tidak seorangpun kukenal, saudara mara jauh sekali tetapi al-Fatihah kupanjatkan selalu.

Walau bagaimana perit dan sedih sesungguhnya anda semua terpilih oleh Allah. Kiranya seluruh alam mendoakan dan mengaminkan kesejateraan kalian. Selamat bersemadi menemui Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Si Kecil Pun Memahami...






Sunday 23 March 2014

Buat Hutang Lagi

Hutang memang sedap berkrim untuk dinikmati. Sebaliknya lesu dan kusut masai pulak pabila time mmbayar. Sering kali surat bank rakyat menggunakan hadis ni...hutang wajib dibayar meski tidak dituntut. Yess... semestinya.

Dari minggu lepas kami suami isteri duk ralit menimbang2 pakai neraca berbincang cara2 menambah hutang. Biul kah? Oh bukan... sebenarnya kereta mewah kami sang wira yang sepatutnya gagah perkasa kini sudah kurang upayanya. Bukan kerana kurang penjagaannya tapi dek umur nan lanjut mumbuatkan ada2 saja bahagian yang senggugut. Faham2 sajala... orang pun mesti berbaik2 ngan klinik dan hospital untuk mentenan....

Hasilnya....

Meskipun sedih dan syahdu syahdan untuk melepaskannya tapi demi kelangsungan hidup daku terpaksa...

Thursday 20 March 2014

Tahniah Lepasan SPM 2013...

Sukanya dengar tentang anak jejiran dan rakan2 yang berjaya dalam SPM. Giliran aku pulak taun depan. Harapnya abang sesar akan cita2ku yang tinggi. Ya lah...bukan kucitakan untuk diri sendiri tapi demi dia. Demi masa depan dia. Ya Allah...hanya Kau yang tahu akan jalan2 penyudah. Semoga Engkau berikan kepada dia laluan hidup yang mudah..
Yang cemerlang...

Saturday 15 March 2014

Pagi pagi Sudah Tercanguk

Hari ni kena g pusat servis. Pertamanya nak servis dan keduanya nak tukar cermin yang kena balun batu tuh. Janji pkl 8.30 tapi apasal awal pulak aku sampai. Belum pukul 8.00 pagi aku dah tercanguk depan gate yg belum dibuka.
Mungkin kerana kasihan pada aku yang nampok solehah ni...maka abang jaga bukakan pintu pagar. Nak masuk ke tidak ni??? Aku pikir ttg kemungkinan buruk. Ok masuk tapi masih awas2.




Saturday 8 March 2014

Tak dok Air? Tempat Aku Kena Catu Jugak ke...

Tadi ada girlpren aku telefon tanya pasal air. Oh...nanti kejap aku check. Masa aku balik dalam pukul 7 tadi aku tengok si hubby rancak je menyiram...so ada lah. Tapi now...tidak pula air keluar dengan laju dari pili. Slow motion jer... Oh ya hari ni aku ke Mesyuarat PIBG sekolah anak aku. Tapi tahun ni aku hampa tak dapat hamper...he..he. Tapi kan, sejak anak2 sudah besar dan tinggal di asrama...aku dah tercicir daripada tuah Cabutan Bertuah. Hu..hu.

Memang ah aku dok mandi lagi sebab duk melangut depan tv tunggu berita terkini pasal pesawat MAS yang hilang tu.

Pesawat MAS dari KL - Beijing Hilang

Pesawat MAS dari KL ke Beijing hilang

Pesawat MAS dari KL ke Beijing hilang
PLAY Click to Expand & Play
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.

Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

KUL-BJS

Berita mula diterbitkan pada: Mac 08, 2014 08:07 (MYT)
Tag: MAS, KUL, Beijing, nahas

✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈

Ya Allah... jauhkan sesuatu yang buruk kepada mereka semua. semoga selamat. Berat mata menandang berat lagi bahu memikul. Bersabarlah duhai hati kaum keluarga yang terlibat.

Kejadian pesawat terhempas berlaku pada 4 Disember 1977 di Gelang Patah.

Tuesday 4 March 2014

Mencari Lumpur di Tg. Lumpur

Cerita dimulai dengan kisah cermin depan kereta aku dapat penumbuk batu.. tak pasal2 dapat stiker bentuk spider betul-betul depan muka. Huh. Nak buat camna. Habis dah hati2 tapi tetiba saja batu tu menerjah kereta. Tapi nasib baik ah beli insuran. Kira legalah sikit pernafasan aku. Kalu idok... nampak gaya nak beli ubat kurap pun tak mampu.

Tu lah berjoli sangat. Cuti sehari sempena pertabalan sultan teganu patutnya duk rehat2 saja. Nak ke mana eh? Ala....sajer nak jalan cari lumpur.