Showing posts with label Perlis. Show all posts
Showing posts with label Perlis. Show all posts

Saturday, 15 June 2013

Perlis Part 4

Padang Besar Pulak
Boleh masuk sampai sempadan Thai, tapi kena lalu ikut imegresen lah. Geramnya nak terus ke Hatyai... tapi kot kena tahan jadi PATI pulak kat Siam. Tapi suatu hari akan ku teroka juga tanah bertuahmu...

 sampai sini, kompleks bebas cukai. Macam2 barangan ada. biasa jer.
 aku beli perfume, CK RM257 rasanya. Kot2nya sama jer kat tempat lain.
 masa keluar dari sempadan. Rasa takut jugaklah. Siap tersalah lorong keluar, terpaksa undur, mujur org belakang sporting.
orang depan kena check betul2. Cik Kastam tu panggil geng2nya menge-cek. Sampai giliran aku pon sama. Macam2 tanya dan periksa. Dah prosedurnya kan?
ni pasar kat Padang Besar. Lagi besar daripada Wang Kelian... sesuai namanya. Tapi harganya jauh lebih mahallah dari sana. Apapon masih murah berbanding tempat kita sebenonya. Adik asyik berdukung sebab demam. Kesian.

 duk melangut tunggu makanan. Makanan sedap, kebersihan tidak memuaskan dan harganya standard. Mahal jugaklah.


Gajah @ Lebuh Raya Grik

masa on the way balik Terengganu, terserempak hewan besar ni sedang bersantaian di tepi jalan. Bertuah pulak rasanya.


Selamat Tinggal Perlis Indera Kayangan. Kalau ada ruang dan rezeki aku nak datang lagi ke negerimu.

Kos percutian bajet ini kira2 RM800 termasuk makan, bilik 2 malam, minyak, tol...

Monday, 3 June 2013

Jalan2 Perlis 3

Taman Anggur

Kalau mai sini mesti masuk taman anggu' ni ye. Tiket dewasa RM3 dan kanak2 RM1. 
 
nak ambik! eh.. tak leh petik; 
yang pertama sebab tak masak lagi dan yang kedua memang tak dibenarkan pon.

anggur2 putik. Buah yang lebat ini akan dibuang putiknya untuk menjadikannya gred A. Eh, potonglah sekarang... Kalau aku, tak akan potong2 lah sebab saayang wo.

Aboh tekun mendengar penerangan daripada pengawal keselamatan merangkap pegawai penerangan kotnya. Baik dan ramah tamah, jaga imej negeri... katanya pabila dipuji.


Pulut Mangga yang Super Sedap
susah jugak nak cari kedai yang jual pulut mangga rupanya. Akhirnya setelah pusing2 terjumpalah gerai ni. Nampak sembarang saja kan? tapi ramai orang, tengok kat belakang tu... Walau pon aku baru saja makan tengah hari tapi oder juga pulut mangga sorang satu. Tak nak kongsilah kononnya.

ni ha. Eh, mana kuahnya? roper2 nya kat sini santannya sudah diabsorb oleh pulut. Tidak seperti pulut durian kat tempat aku yang kuahnya asing2. Apapon cuba dulu... nyam2 sedapnya. Cukup lemak masinnya ditambah dengan manisnya pelam harum manis. Memang power! Justeru, aku berjaya perlicinkan pinggan walaupon perut dah menggelembong.... rugi.

Sesudah makan, riki2 kawasan sekitar. Masa ni mangga harum manis murah sikit regernya sebab tengah musim. RM20 sekilo. Bagusnya, penjual siap beritahu bahawa buah ni boleh dimakan dua tiga hari lagi. Maksudnya sempatlah kalau kita nak angkut balik buat cenderamata dan penyedap mulut sedara-mara kat kampung, kan? 
Apapon sendiri mau hingatlah, sekilo dua bijik aja.






Jalan2 Perlis 2

Wang Kelian - Thailand

Wahai anak-anakku sayang, ayuh bangun. Kalau nak ke sana kena awallah sebab nanti panas. Kan hitam melegik pulak... Dari Kangar ambil masa kira2 45 minit aja. Betapa terujanya haku.
Perjalanan amat mendamaikan. Rasa kagumku non stop. Jalannya lengang.

Sedang asyik menikmati kemakmuran Perlis, tiba2 saja terpaksa mendaki bukit yang agak mencanak. Ei..gerun jugak aku yang super penakut ni. Baru teringat kata tuan punya bilik, oh.. Wang Kelian kena naik bukit. Rasanya kalau naik bas gayat juga dan mesti kaki penumpang pon turut sama menekan minyak! hua.

Setelah mendaki dan mendaki, maka episod turun bukitlah pulak. Ternampaklah olehku sekeluarga akan sebuah bas di depanku seolah2 hilang kawalan. Terhoyong hayang masuk line orang. Ya Allah, janganlah apa2 berlaku. Tak tahulah perasaan orang di dalam bas tuh. Aku berdoa jugak agar tiada bas yang turun semasa aku naik karang. Takut.

Gua Kelam

Aku tahu pasal Gua Kelam pabila tersebut dalam Buku Teks Bahasa Melayu. Menarik juga, bagus untuk kembali membayangkan penempatan awal manusia. Ngaper Gua Kelam? oh... sebab dalamnya gelap, tapi sekarang tak berapa kelamlah sebab banyak lampu warna warni dipasang untuk tambah nilai. Jadi sudah panggil Gua Kelam2 Manja gitu. Cantik sangat.

kalau nak naik tren untuk meneroka isi perut gua, sebelah kaunter nilah. Masa aku pergi, kebetulannya tren rosak. Makanya tak masuklah aku. Tapi kalau bersemangat waja ala2 perwira bolehlah jalan kaki ke dalam. Tapi kena ambik guide lah takut masuk tak keluar2 pulak.

 beli tiket masuk di sini. seringgit dewasa dan 50 sen bebudak. Argh... betul ke dok? tiber2 jer aku jadi lupa2... nanti bila konfim aku up date semula.

 cantik bangettt... macam pelamin pulak. Suhbanallah.
Sedar2 dah sampai penghujung. Kalau malas nak merayau2 keluar, sila buat u turn sebab memang kena pusing balik pon.

Wednesday, 29 May 2013

Jalan-jalan Perlis 1

Macam biasalah bilamasa cuti sekolah, mesti rasa gatal2 nak berjalan makan hangin. Pon begitu masih dalam mode cuti bajet saja. Kali ni kita akan ke Perlis Indera Kayangan. Negerinya kecik saja, daerah Hulu Terengganu lebih besar berganda2 daripadanya. So, jangan risau takut sesat, paling jauh pon terkeluar ke laut saja...

Dari Terengganu ambik masa lebih kurang 8-9 jam lah. Tengok macam mana sanggup tekan minyak. Kalau ganas mungkinlah dalam 2-3 jam saja. Lepas tuh ke laut... Penat perjalanan hilang setelah melihat bukit-bukau, sawah padi saujana mata dan sudah tentu harum manisnya yang ditanam merata2. Sungguh Perlis permai dan mempesonakan. Makmur. Suka sangat, rasa nak beralih duk kat sini pulak.

terus ke Kangar boh...

Makanan Laut @ Kuala Perlis 
Dengar cite, makanan laut kat sini fresh dan murah. Pabila mendengar tentang sifud, hati rasa berdebar2, tergaru-garu nak pergi. Alhamdulillah sampai jugak. Nasib baik aboh super sporting bab2 menjalan-jalan ni. Apa susah semuanya dari A-Z aku yang urus, tugasnya drive kereta dengan berhemah supaya selamat sampai dan balik. Bereh boh...
 
 mak cik... ambiklah aku! kata si ketam sambil mengait2 tanganku.
Aneka seafood yang menjual diri di atas perahu ni. Kraetip sungguh. Pilih saja dan tanyakan penjual apa menu istimewanya. Gerenti sedap punyalah.
memang lazat berkhasiat. Harganya sangat berpatutan. Dua malam berturut2 kami ke Kuala Perlis makan. Tapi malam kedua konon nak rasa kedai lain, hampeh! insya-Allah nak datang ke sini suatu hari nanti, nak makan sepuas-puasnya. Kekangannya ialah.... jauhhhh sangat.

Naik Kereta Kuda


ramai orang turun sekejap untuk begambar kat sini. Aku yang tak berhajat mulanya, baru teringat ikon penting Kuala perlis ni.

Kuala yang Surut