Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Wednesday, 7 December 2016

Jalan-jalan Makan makan

Hai... assalamualaikum lama tak menjenguk alam maya ini. Bukan tak sayang tapi bukan juga sebab sibuk. Orang biasa macam akak ni kalau sibuk pun dalam skala kecik je. haha.

Selama 3 hari berkelana di Kuala Lumpur ni gigihlah akak menapak dan meLRT. Kak kagum dengan orang KL yang kuat dan sihat kerana sinikan banyak guna kaki... terutamanya bila guna pengangkutan awam. Wah... celegas gel lutox dinas ni.

Hasil pengaruhan grup telegram Kaki Makan maka tak lepaskan peluang untuk makan di Kampung Baru ni. Sedap banget kabornya.

 ni toke yang sudi biayai segala projek. Terima kasih aboh.
 naik lrt masjid Jamek ke Kg Baru. Kalau motivasi kurang tak sampainya kami ke sini. Pakai redah je bukan tau pun. Gamble untung sabut timbul. Hehe memang untung pun.
 Tom yam sifud. 3 bintang sebab pernah makan yang lagi sedapp.
 Kerabu sotong. Sedap.
 Somtam... 4 star.
Pulut mangga... berjuta bintang ni. Sedap lemak manis terasa. Setaraf dengan yang akak pernah makan di Perlis dan Padang Besar. huh... bisa terhingat2 ni.

Siakap 3 Rasa. 4 bintang.

Sori kualiti gambar agak kureng... sudahlah pakai tepon murah tak jelas pulak sebab gigil2 tangan tak tahan tengok makanan. haha...

Oder semua yang di atas tambah dua nasi goreng kampung dan sup perut yang ditapaukan takut2 lapor pulak malam malam nanti... jumlahnya RM117.00. Berbaloi-baloikan. Patut lah kedai baru bukak sudah penuh kastemer.

Sekian sesi makan makan malam ini. hihi.

Tuesday, 10 June 2014

Orang Kampung Masuk Alamanda

Bagi melengkakan acara pusing2 tanah air kali ini, aku merayap pulak ke Putrajaya...Alamanda kita. Bukanlah ada agenda perabis duit kat situ pon. Saja2. Oh ye..adik sempat menggunakan tandas tuju ni. Berdebar jugak haqu takut2 tak suci murni basuhannya. Tapi adik kata...sungguh senang. Tangan sebelah boleh rikeks jer. Hmm...emaknya lah yang rusa masuk bandar.

Lagipun abang driver...ehh..asben sungguh sporting. Tak kisah walaupun jalan nak keluar kota karang berselirat macam wayar TNB yang memungkinkan kesesatan yang tinggi.

Ala...biasalah bang, kita bukan bermastautin kat sini. Makan buah langsat sudah jadi menu lah apabila mengembara. Nasib baik ada cik GPS. Dulu pun kita tak ada GPS, waze dan google bagai... redah jugak kita ke negeri orang. He..
 Hallu...meh bergambo dulu kat cap dagang ni.
 Akhirnya kakak jumpa kamus Inggeris Perancis idamannya kat sini. Sudah jenuh cari kat tempat aku.




Friday, 28 March 2014

I-City @ Siang Buta

Rasanya matahari sedang terpacak atas ubun2 masa kami sampai. Cobalah bayangkan betapa panasnya.... tapikan kl memang panas. 36 darejah c tu setiap hariku di sini. Memang org kl kuat dan perkasa. Tambah2 pula cermin depan kereta ku belum bertinted lagi sejak ditukar. Yelah...nak tint kena tunggu seminggu jugak. Aduss panezz!!...
 Cik Adik sedang meneliti lokasi2 sterategik untuk dileburkan wang. Ingat... dua tiga tempat sudah. Selebihnya kita berjemur saja dekat luar ni.
Semuanya yang indah2 pada malam hari hanyalah kerangka2 sahaja... hu..hu.
Jom tengok saper yang tunggu kita kat dalammm..
 Masuk House of Horror RM10 sekapla. Oh ye sini semua pakai topup saja.
Masuk dalam maka banyaklah hantu2 menunggu kita dengan kesabaran yang tinggi. Ada hantu tak de kapla...hantu keranda...hantu dan hantu. Cumanya kacang hantu tak ada lagi.
Kesimpulannya bolehlah masuk sini untuk berkenal2 dengan pelbagai spesis hantu. Yang tak kuat semangat pon sesuai sebab hantu2 kat sini baik2 saja.

Cuci Mata @ Ikea

Alang2 misiku meredah KL meskipun apa terjadi...justeru tempat ni mesti dipakejkan. Bukan nak membeli haper2 pun. Kalau nak belipun tiada kumampu apatah lagi hadirku ke mari dengan kereta saja.... penuh dengan beg pakaian. Apatah kelmarinnya aku terbeli 4 biji bantal dan 2 kusyen kat Sogo. Bagi orang kampung cam haqu mesti nak lapor diri kat sini. Bagi org sini mungkin tak jeling dahhh. Benda ringan tu memakan ruang but keretaku. Nak dilenyek2 kan takutnya mekepek saja jadinya....kang tak terasa tidur atas bantal, tak beza dengan tikar. He...


 Hari ni brekpes guna bekas serba serbih cap ikea. He... makanan tak sedap terasa sangat lazatt.
Setelah berpenat lelah pusing keliling gudang... akhirnya aku beli beberapa spatula sebagai cenderamata. Wah... baiknya haqu. Bukannnn sebab regernya murah. Dua hinggit satu. Cess.

Jom Layan Aneka Sup

Ani Sup Utara @Gombak

ting ta keting ta keting ta...buka buka pintu sayang...(lagu filem Masam2 Manis  ingat? Aku ode sup keting. Waaa tak dapat habiskan...
aneka sup. Pilih dan oder jer. I belanja.


Jalan-jalan Redah Kuala Lumpur

@Banjaria Court
Sewa kat sini RM150 semalam. Okay. Ada kolam renang dan guard. Persekitaran cantik...

 Bebudak ni asyik merenget2 nak mandi kolam. So kenalah temankan walau ikutkan hati malas lah sangat. Memandangkan orang tak ramai sedaplah demer tu bermandi manda. Tak lama kemudian datanglah si pekerja yang datang cakap hari Isnin tak boleh mandi....eh dah baca tadi. Hari ni hari Senin ke? Huk aloh. Tapi sekurang2 dah lenjun badan mereka. Kira lepas hajatlah walau baru nak set induksi.
Mujur ada kaver line. Taman mainan ada sebelah...so mainlah segala macam sementara keringkan badan...