Monday 23 January 2012

Tahun Baru Cina, Nostalgia Kuih Bakul

Gong Xi Gong Xi ni.......,

  cantik tanglung2 merah yang digantung sempena perayaan tahun baru Cina nih.

Selamat Tahun Baru Cina. Tahun ni tahun naga yer........kaum cina percaya membawa tuah dan rezeki yang banyak. Betul?

Setiap kali tahun baru Cina, pasti aku mengimbau kenangan pada zaman kecil2 dulu. Di mana jiran2 aku ada orang Cina yang meniaga kedai runcit, kedai kaset dan kedai gas. Aku panggil Cina perempuan itu dengan nama mek, diorang pun panggil aku dan emak aku mek juga. Kira seri lah kan..........

So, apa yang spesel bagi aku. Apalagi...  kuih bakul dan buah limau mandrin lah. Masa nak ambik kuih tuh, tanya gaks ah siapa yang buatkan? Yalah, kena ambik tahu gaks, maklumlah agama lain kan...

ini orang Melayu yang buatkan. Aku upah...........

rasanya ala-ala dodol gitu tapi lebih pejal. Aku rasalah kan bahan2 buatannya hampir sama kot...tapi yang selalu dapat tidak dibungkus dengan daun ni, dibungkus dengan plastik ajer. Yang nih mesti lebih aroma kan....

Makanya, makan lah aku kuih bakul itu. Sedap gaks ah....Terdapat satu resepi ciptaan orang yang selalu dapat kuih bakul berbakul-bakul iaitu Kuih Bakul Celup Telur. Resepinya gini ah seingat aku;

Kuih Bakul Celup Telur
Kuih bakul dihiris nipis
telur ayam dikepuk bersama sedikit garam
Lepas tuh, celupkan hirisan kuih bakul ke dalam telur dan goreng.

Bagi aku tak berapa sodap berbanding dimakan terus. Berbalik kepada kuih bakul yang dakwanya dibuat oleh orang Melayu tuh... Pada suatu hari yang cerah, tiba2 aku ternampak mek itu menjemur kuih2 bakulnya di atas tikar di belakang kedainya. Haaa....?  :-)

Kini, aku tidak lagi menerima kuih tradisi itu. Mungkin generasi pemberi itu telah tiada lagi di dunia ini....Yang aku tahu anak Cina jual kaset tu telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan gadis Melayu. Dah beranak dua tiga deme tuh.... Tetiber aku teringat, apabila suara azan berkumandang dari televisyen, biasanya ibunya akan mengalihkan ke saluran lain......berbeza pulaks dengan anaknya yang seorang itu. Dia turut azan bersama2 dengan lenggok versinya...........

Begitulah nostalgia kuih bakul versi aku. Salam 1 Malaysia

No comments: