Sunday 22 January 2012

Mengapa aku menulis di blog?

Aku diperkenalkan kepada dunia blog semasa mengikuti kursus pada tahun lepas. Kursus Asas Blogspot begitu lah bunyinya. 

Balik ke rumah aku terus membuka satu akaun di blogspot. Tujuan aku untuk meniaga kain sutera Terengganu yang aku minati. Sempatlah jugak aku memasukkan beberapa keping gambarnya.......tetapi nampaknya, tiada orang pun melihat blog aku.. hu...hu. Malahan kain2nya lebih laris secara offline. Tak per lah kan, tak cuba tak tahu. Bukan senang nak senang kan? Mungkin aku perlu belajar lagi cara2 nak promosi blog atau pun lebih afdal jika aku teruskan dengan cara aku sendiri....

Semenjak itu, aku jarang  membuka halaman itu lagi. Sesekali sajer, sekadar menyelak kenangan kan? dok gitu eh?. Entah mengapa, bermulanya tahun baru ni aku bersemangat semula untuk hidup dalam dunia blog lagi. 

Berbalik kepada title tadi, sebenarnya dunia penulisan amat dekat di hatiku. Meskipon bukan lah aku seorang penulis tapi aku ialah pembaca tegar sebarang bentuk tulisan yang ditulis dalam tulisan rumi or jawi...Semasa di sekolah menengah, aku pernah menulis satu cerpen dan kuhantarkan pada majalah Remaja ( majalah kegilaan aku pada masa tuh!!.... ) Betapa aku mengikat perut demi membeli majalah tersebut memandangkan aku daripada golongan marhain yang miskin..hu..hu.. : - (

Masa  tuh, pengarangnya Nas (??). Tapi karya hebat aku itu dikembalikan dengan secebis nota;. Antara bait2 yang masih kuingat ialah :

cerpen adik terlalu pendek untuk disiarkan. 
Harap terus menulis. Semoga maju jaya pada masa hadapan.

Terima kasih abang Nas kerana mengarang ayat2 yang  meransang motivasi serta tidak menghina aku, insan yang tiada pengalaman apa-apa pon. Memang pun, pengarang kan bijak bermain kata-kata secara diplomasi. Very guud person.

Malangnya itu lah pertama dan terakhir aku menghantar karya hebatku kepda pihak media. Bukan lah pulaks aku berputus asa atau keciwa, tetapi masa tidak mengizinkan aku terus berimaginasi. Pon begitu, aku masih lagi menulis cerita2 rekaan. Biasanya aku menulis sekerat2.. maklumlah masa tuh menulis pakai tangan ooii. Dan aku sogokkan kepada rakan2 untuk dibaca dan dikomen. Kau tahu?? banyak rakan memuji dan teruja ingin tahu pengakhiran cerita fiksyen aku tuh. Tetapi, biasanya cecerita itu habis tergantung di situ aje... walaupun rakan2 dok tanya mana.....oh mana sambungannya. Betul, ini bukan mitos or lagenda yer, cuma ia adalah secebis kenangan manis yang pernah aku lalui.

Mengapa aku menulis di blog yer?

Ramai orang suka menulis diari untuk mencoret kisah2 peribadi, luahan perasaan, mencatat sesuatu yang rahsia yang tidak ingin dikongsi dengan orang lain, mungkin kerana malu atau takut dipersendakan kengkawan... yalah bukan semua kawan memahami perasaan kita kan?...Tapi diari sifatnya terlalu sulit dan cara menyimpannya super payah. Kalau  kita ditakdirkan menemui diari orang lain, memang membuak-buak perasaan ingin tahu kan? dan jikalau tuan empunya menyedari mungkin berlaku perebutan, memerah muka, menangis ..... dan lebih kritikal lagi berlaku pergaduhan besar. Yang bersalah tentulah si penceroboh privasi orang itu kan? silap2 dihukum tidak ditegur bertahun2 ataupun ditumbuk!! oh.. sungguh sadis. 

Gini lah gaya syok ketika berkarya.  Lagipun menulis diari memerlukan ruang yang privasi agar rahsianyer tidak diketahui orang ( penjenayah..). 
Nak syahdu lagi pada waktu dini hari. 
Kan semua orang dah tido tuh?


Sebenarnya menyimpan diari ibarat menyimpan dokumen maha penting...huh janganlah terjatuh ke tangan orang lain sama ada kawan,  apatah lagi lawan!!. Malu besar jadiknya. Berbeza pulaks halnya jika menulis di laman maya ini.

Sungguh pon ia bersifat terbuka, tapi ader ke orang membacanya ( seperti yang aku punyer nih )... sebabnya blog yang selekeh tidak menarik minat sesiapa pon untuk membacanya kecuali anak2 aku sajer yang menyibuk... Justeru, aku bebas menulis apa2 jer dengan pendekatan yang sama iaitu mengisahkan hal peribadi yang tidak keterlaluan, meluahkan perasaan dan menyatakan pendapat tentang sesuatu yang menarik... kalaupon ada yang ditakdirkan menemui dan membacanya, tidaklah ia menjadi satu bebanan yang membawa kemaluan besar...

So, berkomunikasi cara ini pun memberi kepuasan yang sama seperti mencatat diari!! puas....... Lagi pun, bukan kah  menulis juga merupakan cara berkesan menangani tekanan?? Oh, patut pun mindaku lapang ajer semenjak dua menjak ini eh...he..he. : -)

Itu kisahnya yang mampu aku curahkan pada masa ini. Mengapa aku menulis di blog.........

No comments: