Wednesday 10 December 2014

Umrah : Bermula Hasratku... Semoga Direstui

Bismillahirrahmanirrahim... apa yang aku tuliskan untuk label Umrah ini bukan untuk riak. Mintak dijauhkan sifat yang menjadi larangan Allah dan Rasul itu. Ini adalah sekadar luahan hati tentang kesyukuran, keluh kesah serta suka duka sepanjang terdetik niat untuk menunaikan fardu ini. 

Apa yang membuka pintu hatiku untuk menjadi tetamu Allah? tak pasti tapi aku perasan sejak aku berkira-kira duit kutu yang aku sertai boleh lepas satu kepala... maka aku terdetik, mengapa tidak aku ke Mekah sahaja untuk menunaikan umrah. Subhanallah. Syukur kerana dibukakan pintu hatiku ini walhal banyak tempat yang ingin kukunjugi jika ada rezeki. Hmm...

Justeru aku nekad untuk ke pejabat travel dan tours untuk mendaftar. Setelah meneliti beberapa syarikat, aku memilih Andalusia. Aku yakin dengan kredibiliti syarikat ini. Pengerusi eksekutifnya ialah Datuk Hj Daud Che Ngah iaitu bekas Pengurus Besar Haji... sudah tentu beliau mahir dengan selok belok tentang kebajikan dan permasalahan para tetamu Allah. 


     Sebenarnya semasa aku sedang berpraktikal di Besut, pagi-pagi aku sering mendengar suaranya bercerita tentang kisah2 di tanah Mekah melalui corong radio. Sambil-sambil bersiap siaga aku memang tidak miss mendengar celotehnya. Masa tu beliau belum dapat datuk lagi. DJ panggil beliau, Ustaz Daud.

Rupa2nya aku ada jodoh dengan beliau?? hah jodoh? ya jodoh pergi menunaikan umrah bersama syarikatnya. Insya-Allah.

Pagi 1 Julai 2014, aku turun rumah bertujuan ke pejabat Andalusia yang terletak di bangunan baru, Paya Keladi. Assalamualaikum .

 Abah mendaftar. Alhamdulillah... berjaya mendaftar meski tarikh yang diingini tidak ada kekosongan lagi. Namun, menurut pegawai bertugas, namaku akan diletak bawah standby untuk berlepas awal kalau ada penolakan oleh jemaah lain. 

Lagi satu, aku nak terbang dengan MAS Airlines atau Saudi Arabia Airlines tapi tak dapat jugak. Semua sudah penuh. Tapi masih bersyukur... reda dengan ketentuan-Nya.

Keluar dari pejabat dengan air mata menitik dalam hati. terharu dan syukur sangat2. Legaa..

No comments: