Tuesday 30 December 2014

Masjid Nabawi; Indah dan Damai

Dari Lapangan Terbang Jeddah, kami bertolak ke Madinah menaii bas. Perjalanan mengambil masa agak panjang. Mungkin dalam lima atau enam jam. Sebenarnya bingung2 lagi nak tukar masa dari Malaysia kepada masa Arab Saudi. Malaysia lebih awal 5 jam berbanding sini. Sampai kat Hotel Mubarak kul 2.30 pagi. Tunggu lagi untuk dapatan kunci bilik. Dapat masuk bilik terus landing. Allahuakbar sedapnya memanjangkan badannn setelah sekian lamanya asyik duduk dan duduk. Heheh merungut ke?? tidaklah merungut, menambah ajino moto jer. Dalam pukul 5.25 pagi kami bangun untuk ke MASJID NABAWI. Masjid Nabi....ishhh tak sabornya.

Pertama kali memandang, terus hati disapa sayu, hiba, terharu, teruja dan macam2 rasa lagi.Ya Allah....terimalah aku. Bimbinglah aku. Pertama kali solat Subuh kat sini air mataku berjuraian. Terima kasih Allah kerana sudi menerima aku sekeluarga untuk menjadi tetamu-Mu dan Rasul-Mu. Wahai Rasul...aku datang kepadamu. Berikan syafaatmu kepada kami sekalian umatmu.
 
Masjid Nabawi memang cantik dan jiwa sangat tenteram berada di dalamnya.

stamp gambo sendiri sebab tiada orang orang nak tulun. Kasihan diriku sendiri.
Payung-payung cantik tu belum berkembang lagi pada awal pagi. Cantik nian.
Bekas2 yang berisis air zam zam untuk diminum oleh jemaah. Mesti ambik kesempatan minum ketika masuk dan keluar masjid. Snap gambor sambil berjalan ajer. Almaklum orang ramai berpusu-pusu keluar masjid. Kat sini nak masuk kena spotcheck dulu oleh polis2 wanita yang berjubah hitam. NO CAMERA...HARAM...HARAM jeritnya. Kalau telepon tu lepas jer.
Oh wonderful. Suhbanallah...Sinar pagi. Siapa gerangan dengan jubah kembang2 tu.
Payung2nya berkembangan apabila cuaca panas. Cantik memukau. Best sangat duk kat sini. Rasulullah dalam mengenangmu aku susuri lembaran sirahmu... di sini, di dalam Masjid ini Rasulullah saw dan dua orang sahabat besarnya dimaqamkan. Barangsiapa yang bersolat di masjid ini pahalanya digandakan seribu kali. Allahuallam. Tak sabor hendak ke Raudhah. Setiap kali berjalan kaki ke masjid, aku berdoa dalam hati agar kunjungan ini bukan yang terakhir.
Selfie lah sangat.


No comments: