Monday 29 December 2014

Madinah: Ziarah Bukit Uhud

Ingat tentang subjek Sejarah Islam yang kita belajar dulu2 tu? Mestilah ingat tak banyak pun kan. Baiklah, ustazah akan terangkan serba sedikit ya. Nak banyak sila tanya ustaz di sekolah atau baca buku sejarah Islam. 

Dalam Perang Uhud ni Nabi Muhammad saw memerintahkan pasukan pemanah agar bertugas di atas bukit ni dan jangan turun walau apa terjadi selagi tidak diarahkan. Namun, ketika tentera Islam dapat mengalahkan musuh, pasukan pemanah turun untuk turut sama mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan. Melihatkan keadaan itu, tentera yang dipimpin oleh Khalid Alwalid berpatah balik dan mengambil tempat pasukan pemanah di atas Bukit Uhud. Justeru, ramai yang mati syahid termasuk bapa saudara Nabi, Hamzah yang dibelah dadanya oleh Hindun. Allahuallam.
 
Rasulullah dalam mengenangmu
Aku susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran...

Apapun yang berlaku serta kejadian pada masa itu ada hikmahnya kepada umat Islam dan perkembangan agama Islam, para sahabat Nabi Muhammad saw telah dijanjikan syurga. Kalau ada perasaan ragu2 dan tertanya2 silalah rujuk ustaz dan ustazah kerana mereka ada jawapannya.
Nun di atas sana adalah puncak Bukit Uhud. Bukit2 kat sini senang dipandang kerana tiadalah pokok-pokok yang melindunginya. Bayangkanlah kedudukan tentera yang berisiko ketika perang.
view dari atas puncak. Ramai jemaah yang tidak melepaskan peluang mendaki dan bergambar2. Tapi awas dengan jurukamera2 yang menawarkan diri untuk mempotret. Akak pakai kamera enfon saja.
O ya...Bukit Uhud ni berbeza sikit daripada bukit2 lain. Di mana warnanya kemerah merahan sikit. Dipercayai kerana mengandungi banyak emas dan satu lagi kerana malu apabila ditegur oleh Nabi Muhammad saw ketika nabi dan sahabat mendakinya. Justeru terlalu gembira Bukut Uhud menggoncang2kan tubuh...lantas ditegur oleh nabi kerana boleh mencederakan nabi dan sahabatnya. Allahuallam.
Ramainya peniaga2 di bawah sana. Pelbagai barangan sebagaimana yang ada di Madinah dan Mekah ada di sini. Kurma Ajwa lebih murah RM50 sekilo. Ada jugak membeli dengan peniaga wanita, tapi dia langsung tak pandai komunikasi selain bahasa Arab pasar. Makanya jadi ayam dan itik serati ajerlah. Akhirnya aku beli benda yang tak tahu nama dan kaedah guna. Gitu...
Ni maqam para syuhada yang gugur di medan Uhud. Semoga Allah swt merahmati kalian semua. Memangpun syurga tempatmu. Insaf dan rasa kerdil pabila mengunjungi tempat bersejarah begini.

No comments: