Tuesday 31 July 2012

Blog Budak Ni??

Eh, eh... macam kenal blog budak ni. Wah, hebat.... siap ada orang tolong promot. Blogger terkenal lagi. Jelesnya mak cik. Tahniah lah yer.... suker. Apapun, teruskan menulis deh. Justeru, kat sini aku kopi pes kan. Jangan marah, aku sekalikan credit tu. Bukan apa, sekadar inspirasi untuk aku jugak.

Bro Nasa Tabik Budak Ini


Masa Bro Nasa semak blog ini, Bro Nasa terjumpa satu nama iaitu Aieeyda. Bro Nasa fikirkan, blogger ini berusia dalam lingkungan 16 tahun tetapi beliau baru 12 tahun pada tahun ini. Sebaya dengan anak saudara Bro Nasa yang kat Johor Bahru tu.


Pada mulanya, Bro Nasa macam tidak percaya akan penulisan blogger Aieeyda ini kerana bahasanya seperti   sudah berusia lingkungan 16 tahun. Kita sendiri tahu, jika budak sekolah rendah kalau menulis, ayat mereka pasti sukar nak faham tetapi blogger ini tidak. Bro Nasa tabik dengan Blogger Aieeyda ini kerana gaya penulisannya yang cukup baik. Blog beliau ini banyak berkisahkan peribadi semasa di sekolah. Apa-apa pun, Bro Nasa ingin pesan, masa UPSR pada september ini, buat yang terbaik dan capai 5A. Anda mampu mengubahnya. Jika ingin melihat blognya, anda boleh klik link di bawah header tersebut ok.


No comments: