Monday 23 July 2012

Curi Makan Kuih Onde-onde

Setiap kali menjelang Ramadan, aku pasti teringat kisah zaman dulu2. Zaman kecil di mana makanan amat berharga bagi keluarga aku. Maklumlah keluarga miskin, makan sehari-hari pun ala kadar ajer. Pun begitu, aku sangat bersyukur kerana kesusahan dan kepayahan mengajar aku tentang satu pegangan; kita hidup jangan menyusahkan orang lain, nanti tidak disukai... 

Kini, aku tanamkan dalam diri anak2 agar berusaha sedaya mungkin untuk berjaya dalam hidup. Kerana apabila kita dikurniakan kesenangan, maka kita dapat membantu orang lain. Malahan kita akan bersyukur apabila ada yang memohon bantuan daripada kita. Jadilah pengeluar zakat untuk berkongsi rezeki Allah. Cewahh.. ceramah motivasilah pulak.

Berbalik kepada kisahku itu, emak selalu belikan buah melaka@onde-onde sebagai juadah berbuka puasa. Yalah kan, kuihnya banyak biji untuk seringgit, maka berkongsilah aku sekeluarga dalam 2, 3 biji seorang. Oh nikmatnya, sedapnya...... alhamdulillah. Aku sangat menggemari kuih onde2 kerana bau pandan dan rasa lemak manis secukupnya....

Kalau nak buah melaka yang rasa ori,  ada di gerai kuih muih Gong Kapas. 
 aku suka yang warna hijau pandan....

memandangkan aku hanya dapat sedikit ketika berbuka, lantas pada suatu tengah hari tuh, aku membuka bungkusan kuih... jeng, jeng.... aku pon ngap tiga empat bijik. Lepas tu, bungkus elok2 dan aku teruskan puasa seperti biasa. Huh, baru puas!!! asyik dapat dua biji jer mana cukup.....

Pabila waktu berbuka tiba.... suspen.
" eh, naper onde-onde ni sikit jer, semua puasa kan?" tanya emakku. Pantas aku mengangguk2. Dalam hati..... jahatnya aku.

Tapikan, itulah kali pertama aku curi2 makan. Bukan salah aku kan? salah kuih onde2 yang sangat sedap. he...he.

Resepi Buah Melaka

tepung beras pulut
air daun pandan
pewarna hijau
gula melaka@nisan didadu
air kapu makan
kelapa parut kelapa kulit hidup
secubit garam

Cara
1. Uli  tepung dengan air pandan. Masukkan garam, air kapur dan warna. Uli hingga sebati dan tidak melekat di bekas.
2. bulat2 kan doh, leperkan dan masukkan manisan, kemudian tutup inti tersebut.
3. Didihkan air, masukkan buah2. Rebus hingga buah2 terapung dan toskan.
4. Masukkan garam ke dalam kelapa parut dan padat2kan dalam loyang.
5. Bubuh buah2 yang ditos ke dalam kelapa dan ayak sehingga buah diselimuti kelapa.
6. Angkat buah ke dalam bekas yang lain.






No comments: