Friday 20 July 2012

Jumpa Angkasawan Negara

Wah, sungguh teruja!!

Sekolah tempat Abang belajar telah menganjurkan hari terbuka kokurikulum. Klimaksnya diorang menjemput Datuk Sheikh Muzaffar Shukor untuk slot Science Talk. Apalagi, berduyun-duyun tetamu yang diundang dan tidak ambil kesempatan. termasuklah aku. Yalah, kalau ada peluang dan kesempatan... rugi tak sambar kan?


Orangnya cukup sempurna dan hansem. Sesuailah sebagai personaliti pilihan antara belasan ribu calon ke angkasa. Barulah makhluk asing kat angkasa tau betapa cantiknya manusia kat bumi nih. he.

 para pelajar tak lepas peluang ambik tt. Kalau tak sekarang, bila doh? dengarnya sampai tercucuk2 biji mata tuk sheikh. Kesiannya....

 sori yer datuk, sebab jadi background ajer...
adik nak jadi angkasawan tak? tak mboh.... sebab kena minum air kencing sendiri! 
amboi anak.... dalam banyak2 fakta dan frasa menarik yang datuk beritau, itu yang awak ingat??....

Apapun, tahniah kepada Datuk kerana berjaya membuka minda orang2 kita. Tahniah Tun Dr Mahathir kerana pemikiran selalu melangkaui masa.  

Malaysia boleh!


No comments: