Monday 2 July 2012

Hadiah untuk Keluarga

Memandang kereta aku telah meningkat usianya sebagaimana aku, maka banyaklah penyakit kudis dan kurap menyinggah. Jadiknya, sementara masih hangat di pasaran... makanya aku trade in kan untuk dapatkan yang baru. Dapat hutang sebenarnya... tapi kan, orang macam aku, tak hutang maka tak ada kemudahan lah kan.


semua kereta yang ada dalam show room cantik molek di mataku, cuma duit jer tarak.

Akhirnya, aku menjadi peminat kepada pak cik Public Bank. Argh... nak buat camanakan? dah sampai masa aku perlu berbuat demikian. Sang Kancil peiharaanku perlu digantikan dengan spesies lain yang lebih bertenaga. Ini kerana keluarga dan tuntutan hidup aku telah berubah. 

Tiga minggu aku berurusan dengan jurujual keturunan cina yang cantik jelita dan kacak itu. Akhirnya, semalam keretaku sampai di pangkuan. Aku anggap kereta ini adalah hadiah kepada diri sendiri dan keluarga. Yalah kan, sungguh pon aku yang tak selesa membayar, tapi kegembiraannya beramai2 kan.... wahai abang, kakak dan adik kesayangan umi, terimalah hadiah daripada umi ini.... dan berhemahlah dikau semua dalam berbelanja selepas ini kerana umi dah berjaya membuat hutang dengan cemerlang!!! yeaa...

hmm, ini kereta orang....


No comments: