Monday 30 July 2012

Sukanya Aku ke Bazar Ramadan Marang

Dah dua tiga hari aku teringin nak melawat2 bazar ni. Kawan aku cakap kuih muih di sini sedap. Apalagi, setiap hari aku berazam untuk ke situ. Justeru, aku cuba siapkan juadah berbuka awal2 lagi. Tapi, siap2 masak dah dekat 6.30. Mana sempat nak ke sana lagi eh....Ngaper tak beli ajer kat bazar alang2 sudah ke situ? he.

Aku jarang beli lelauk kat bazar. Sebabnya aku mudah serik kerana pernah terkena lauk basi dan ada yang tak sodap. Tak berbaloi langsung.. Kena taun lepas, taun ni masih serik?? keh...keh... fobia terlampau ni. Tak per lah, aku masak pun bukan yang hebat2, sekadar campak-caampak manja aje. Lagipun, aku agak cerawit pasal nak beli makanan. Terdedah tak mboh, tengok ada pelanggan petek/ belek2 ngan tangan pun tak mboh juga. Hatta, peniaga yang terlalu ranggipun aku tak mboh. Tak relevan langsung... dalam cerewet2 pun aku cirit birit jugak. Ha... padan mukaku.

Oh, ramai sungguh orang. Aku dan geng serumahku meround2 tapi tak jumpa gaks yang berkenan. Hajat aku nak beli kuih lompat tikam, solok lada dan air cikang. Semua itu menjadi impian gara2 cerita kengkawang yang pernah ke sini.. Mananya semua tuh?? tak nampak pun. Akhirnya terbeli lah bunga api, dadih dan air cikang. Itu lah sajer....jimat sungguh...cumanya aku rugi minyak kereta dan masa. Untungnya, aku puassss tahap gaban.

Oh ya, sekadar  nostalgik.... aku peratikan peniaga air tebu sekarang tidak seperti dulu. Di mana dulu, mesin pengisar dan jag penadah air diletakkan di atas meja. Nampak tertib dan bersih. Leni, main letak saja kat mana2, tepi longkang ke, atas tanah ke seikut rasa. Betul tak?? Tapi, air tebu laris jugak....



No comments: