Sunday 22 July 2012

Ramadan Datang Lagi

Hari datang dan pergi. Sedar2 umur dah tua. Tau-tau ada geng seangkatan yang telah dijemput Ilahi. Ada yang eksiden, barah, kencing tikus dan pelbagai sebab dan akibat. Al-Fatehah untuk semua yang telah pergi.

Kini Ramadan datang lagi. Ihya Ramadan. Hari ni hari pertama. anak2 yang besar semestinya dapat menghabiskan puasa hingga ke petang... insya-Allah. So, bagaimana dengan si kecilku yang manja itu? bolehkah dia bertahan hingga ke maghrib? sedang ketika hari2 menjelang Ramadan, dia begitu risau kerana tak boleh makan.

Semasa sahur, adik mudah bangun. Mungkin teruja nak belajar puasa. Cabarannya menjelang tengah hari. 
"umi, berapa minit lagi nak berbuka?" 
" tujuh jam lagi.... boleh tahan x?"

Lalu kuceritakan tentang pengalaman abang dan kakak sewaktu mula2 belajar puasa. Masa tahun satu, abang hanya puasa enam hari ajer.... kat sekolah pra, cikgu tanya puasa ke tak? puasa katanyanya. Balik kat rumah terus minta susu botol.

Manakala kakak pulaks lagi syahdu. Kalau puasa penuh sehari.... alamaksnya dia akan demam enam hari. Baik demam, puasa penuh lagi. So, demam lagi. Justeru, kugelarkan kakak, 1= 6. ha..ha.

Riang nampaknya adik mendengar perihal abang dan kakak. Makanya, dia kunampak lebih teruja untuk puasa penuh. Mungkin untuk menunjukkan kehebatannya yang bebas daripada puasa yang yuk dan demam enam hari. Huh.

Tapi apabila aku terus memuji2... sebenarnya untuk memujuknya supaya bertahan, lalu dia berikan ayat keramat ini;

"tak tahu lagi demam ke tidak, sebab hari ni kan hari pertama??...."


No comments: