Sunday 13 July 2014

Syukur Pada-Mu Allah

Ya Hafiz...
Sebagaimana yang kucoretkan kelmarin tentang kakak yang kehilangan duit untuk bayaran PIBG dan makan asrama. Dari rumah abah dah pesan2 awal awal lagi supaya berikan duit untuk anak2 sebelum sampai ke asrama. Ini kerana jumlahnya agak banyak. RM500 untuk abang dan RM270 untuk dia. Dan duit yang hilang sebanyak RM500. Ish..ish.

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani.... hari ini duit itu telah dikembalikan. Maha Suci Allah yang berkuasa membuka pintu hati pengambil untuk memulangkan kepada tuannya.

Apapun aku memaafkan kesilapan budak itu. Semoga dia diberi rahmat dan hidayah serta diampunkan Allah. Terima kasih juga kepada pihak sekolah atas apa saja ikhtiar untuk membantu kakak... sudah tentu.

2 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah.... masih ada rezeki che dai

che dai said...

Terima kasih adik.