Tuesday 22 July 2014

Minggu Toke Kuih Raya Buat Roadblock

Aidilfitri mulia bakal menjelma minggu depan. Dalam tak sedar bulan Ramadan al-Mubarak kian berlalu. Entah ketemu entah tidak lagi...

Masa awal2 puasa senarai biskut raya mula berlegar-legar. Ramai kengkawan jadi peniaga segera. Bukan satu dealer malah boleh dikatakan masing2 jadi dealer atau ejen pelbagai jenis kuih.

Dan kita yang tak berpeluang meniaga ni terpaksalah mengisi borang tempahan. Oder la sejenis dua untuk ambik hati. Cari kuih yang paling murah....( mana ada yang murah sekarang kan ). Lepas satu, datang lagi dan lagi....lagi. Sebab oder satu dua jenis sahaja maka tak terasa banyak. He...he...he.

Akhirnya minggu ni pasti siaplah dan sampailah apa yang ditunggu. Agaknya tak tidur pembuat kek dan biskut menyiapkan tempahan. Pagi tadi masa turun kereta dah kena saman....RM120. Hah biar betul. Bila masa aku oder niii? kira dua tiga kali kot2 salah kira. Tu baru kat parking, belum naik tingkat atas lagi. Hah... roadblock kuih raya pasti berlaku sepanjang minggu. Oh tulun! dan memang benar, aku dikejar tokey popia mini....toke karipap mini....dan ramai lagi. Takutnyer...takut tak cukup duit. Hu..hu.

Padahalnya dari taun lepas dah berniat tak mo ode biskut raya ah. Nak beli kat Medin jer. Murah dan sedap. Lagipon tak lakunya semua tu. Buat hiasan meja jerk. Tak pernah tak buang. Membazir.

 "Esok tat nanas siap deh..." kata toke tat sedap. Hah... ada lagi.

No comments: