Monday 21 July 2014

Damailah Dikau Di sana....RIP

Gambar ni mungkin teknik fotoshop.
Sayu dan sedih apabila memang pesawat MAS yang ditembak. Menurut kokumnis akhbar yang kubaca dikatakan mungkin sasaran sebenar ialah pesawat Rusia yang dinaiki Presiden Rusia iaitu Vladimir Putin ( ejaan betui ke ) yang menggunakan laluan yang sama tak berapa jam kemudian. Lagi2 dikatakan warna dan saiz pesawat adalah hampir sama. Uh...segalanya mungkin. Allahuallam.

Namun, sama ada tersalah sasaran atau tidak sudah tidak mengubah apa2. Badan kapal terbang sudah berkecai bersama penumpang2 yang tiada kaitan dengan konflik mereka. Aduh... tabahlah hati masyarakat Malaysia terutamanya kaum keluarga dan sahabat mereka yang menanti dalam rindu yang sarat.

Semoga mereka yang beragama Islam ditempatkan dalam golongan insan2 yang soleh. Lebih2 lagi mereka dikhabarkan mereka adalah syahid.  Apa yang boleh kita sumbangkan ialah bacaan al-Fatihah. Semoga kita semua ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amin.

No comments: