Friday 11 April 2014

Riki-riki Tasik Kenyir Bakal Zon Bebas Cukai

Semua orang dah tahu pasal keindahan dan keunikan Tasik Kenyir. Hanya aku yang tinggal berdekatan ni yang tak menikmati sepenuhnya apa yang ditawarkan di situ. Sejak dua menjak ni orang beria2 cakap pasal tasik itu lagi. Bukan sebab naga Tasik Chini pindah ke situ atau bidadari turun dari kayangan ....bukan.

Sebabnya ialah Hj Ismail Group dari Langkawi akan buat jualan kat situ. Hah? biar betuk...tak tahulah betuk ke betik tapi dalam wasap kabor ini berasap2 hingga bertindih tindan cerita sama dari orang berbeza. Saper tak kenal ismail grup tue? Akak taim gi Langkawi...nak balikpon masih sempat tahan teksi untuk ke situ. Kat jeti pon jeling2 lagi...bukan beli sangat tapi hampir meroyan tengok barang2. Haduhhh.

Makanya hari ni aku luangkan masa riki2 Tasik Kenyir sebelum orang ramai datang mengerumuni. Yeaaaa...jom. Kalau dari Kuala Terengganu dalam sejam lebih sikit sampailah. Kira-kira 77km.

 37 km dari Kuala Berang. Kalau dari umoh aku di tengah2 lah di antara bandar dengan Kenyir.


 Rumah bot. Tak pernah naik. Rasa hatiku bagai digaru2 meronta2 nak naik. Sabor...
 Tasik Kenyir memang cantik. View yang menyenangkan mata dan minda pabila masuk ke kawasan ini. Kalau dari luar jalannya biasa2 macam kat kampung lain jugak.
 Pembangunan pesat sebab nak realitikan hasrat nak jadikan tempat ni sebagai zon bebas cukai. Nak beli pinggan mangkuk corell morell tu sila datang sinilah yer.
 Macam biasaa...
Landskap cantik bermula dari sini....jommmm.

No comments: