Sunday 27 April 2014

Rayau @Pengkalan Kubor

Sebenarnya ini kali kedua aku menjarah ke sini. Kali pertama tahun lepas. Wahh... dah ada perubahan. Tengok kat atas sudah ada peneduh di sepanjang lorong kenangan. Tak ada la kita terpanah terik matahari atau basah pabila hujan. Hmmm bagus... bagus. Prihatin dengan keselamatan dan mengekalkan kejelitaan paras rupa pengunjung wanita khasnya. He.
Popular dengan toto dan narita. Eh bukan nombor toto lah. Harga? ampun tak tertanya sebab tak berniat nak beli. Malas buat andaian dan hipotesis kali ni deh.
Pinggan mangkuk kebanggaan wanita Malaysia. Banyak pilihan dan harga jauh lebey murah berbanding katalog. Sama macam Langkawilah.

Hati2 masuk kedai kaca gini. Karang tak pasal2 prang.... tersangkut hanbeg ke... terkuis dek tangan anak2 ker.... naya kita. Cepat2 keluar.
Bagi aku harga tudung sini agak mahal. Murah lagi kat kampung aku. He... jangan marah.
Budak ni memang cepat penat. Sir tae kwondonya kata kaki lembek. Arg... bangun dik jalan banyak2 biar segala tulang temulang menjadi keras dan gagah perkasa macam besi kersani M.Nasir nyanyi tu.
Akhir kata aku beli telekung sempena puasa sepasang jer. Selebihnya beli air jus macam2 buah yang sungguh sedap dan original bagi menggantikan peluh yang menitik2 sepanjang hari. Oh ya... awning tu buat udara lagi panas dan berkuap. Hai.... banyak songeh pulak.

No comments: