Sunday 27 April 2014

Mengidam Mi Sup Dapat Maggi Sup

Balik Pengkalan Kubor menyinggah kat Tesco sebelah hotel tu. Sebabnya sepanjang perjalanan tu duk cari2 kedai makan yang jual mi sup perut. Tak perasan pulak. Akhirnya ambik keputusan singgah sini sebagai titik pencarian. Dekat tempat gini ada jual ke?..alah..jangan banyak songeh, cari. Tak lah aku berjumpa dengan menu idaman, akhirnya ternampak satu menu ni, maggi sup. Buleh lah kak. Asal namanya sup sudah. Dalam kepalaku terbayangkan sup perut yang sedap tu cuma bihunnya yang diganti maggi. Macam lagi sedapp jer.

Setelah lama aboh dan abang berhatur dan membayarnya, maka siaplah maggi sup!! Dengan gaya lenggang Mak Limah dibawakan kepada kami. Taraa...
Aboh!! ni maggi biasa ni...maggi kari ni.. salah oder ker?? Tak salah wahai isteriku..makan sajalah. Sedap jugak makan maggi kan? Alahai.. makanlah kami semuanya akan mi kegemaran itu (sebenarnya...).
Kakak dengan gaya ladygagahnya.... Syruupp!
Oleh kerana terlalu sedap dan gumbira, maka keluarlah gigi kapak adik menyeringai...Adik tulun tutup mulut buleh?
Macam biasa, abang selalu kontrol macho sejak jadi orang bujang ni. 

Apapun sebab bebudak ni sudah terlatih hidup dan makan ala-ala komando, makanya memadailah makanan ringkas itu. Tak kisah. Sudah rezeki. Bersyukurlah semuanya. Alhamdulillah.

No comments: