Saturday 20 October 2012

Jalan-jalan ke Langkawi

Kali pertama aku ke Langkawi kira-kira 15 tahun dahulu. Itupon kena hantar kursus. Betapalah katak bawah tempurungnya aku. 

Khamis lalu, aku berkunjung lagi ke situ. Kata orang sastera, mencari puing2 cinta. Ha...ha Oh, betapa Langkawi telah berubah sakan. Pada suatu masa itu, dari hotel seri Lagenda Resort, aku jalan kaki ajer ke Kuah nasi tu. Hari2 aku ke situ, bukan sebab membeli nasi dan kuahnya pon tapi berjalan2 lepaskan tension kerana terpaksa kursus jauh selama 3 minggu..

Underwater World
Selain daripada pameran koleksi ikan2 yang aneh dan ajaib, di sini jugak ada salju. eh.. gambar sajalah.

Kereta Kabel


 naik kete kebal... kabel. Tak sangka aku jadi berani 
tak rasa takut dan gayat walau secubit kuman. he. Sebab dah tua tu.

Geoforest Sungai Kilim

  naik bot menyusur lalu ke Sungai Kilim menuju ke Gua Kilim. Gua tu ada banyak kelawar yang berehat, bergayut atau menidurkan diri. Maklumlah di dalamnya gelap gulita, malam persisnya. Kalau korang jenis lemah semangat, atau lemah jantung tidak digalakkan lah. Bukan apa, beringat2 saja..
 suker dia...

Terminal Feri Langkawi
 dataran lang... cantiknya landskap
 adik sibuk nak snap gambar uminya. okaylah dik, mesti ambik cantik3 tau.
 terbang helang... kata Tuk Pah Aini.

Masa once upon a time tu, ... kalau tak hilang ingatanlah, kedai Ismail Group dan Idaman Suri letaknya bersebelah. Kedainya hanya kedai biasa tak der besar mana. Masa tuh set pinggan corelle regernya RM120 ajer, kini dah berkali ganda.

Pada zaman dahulu itu, aku cuma belikan kamera Canon RM188, jam Seiko untuk en. Kay ( lupa pulak regernya... tapi rasanya yang murah2 jer ) dan anak patung itik untuk anak pertamaku.. masa aku tinggalkan abang berumur 7 bulan. Pabila aku balik sebulan kemudian, dia tak kenal aku dan akupon tak kenal diaaaa... ish. Masakan tidak, ketika kupergi... dia tak der gigi. Masa balik lain sesangat sebab ada dua batang gigi kat mulutnya. Sungguh aneh dia. Tapi lucuuu... betapa tak canggih teknologi masa tuh.

Apapun, Pulau Langkawi sungguh menakjubkan dan aku sentiasa ingin untuk ke sana.

No comments: