Saturday 20 October 2012

Corelle oh My Corelle

Aku rasa, setiap wanita mesti gilakan dua bendanya. Yakni... pinggan mangkuk corelle dan tupperware!  haaa  betulkan?? Memanglah, banyak lagi kegilaan wanita, tapi yang ni betul kan...

Apa yang aku nampak pabila sertai trip ke Langkawi ialah beli corelle. Walaupun hajat hati nak beli kereta mewah, tak muat beg pulak... Tak per, lain kali mintak tukar ke sana. Barulah serba serbinya LUX gituh. Kat Terengganu ni, aku pakai sabun mandi LUX sudah kira bagus lah. ha..

Makanya teruja lah aku nak ke Ismail Group dan Idaman Suri. Aduhhh... pening sebab banyaknya barang. Kalau wanita yang giler bunga vantage tak tahulah nak kata, mesti meroyan nak tinggalkan kedai2 nih. Aku cari2 juga pinggan cap korel idaman kalbu, tapi nampaknya tak dek yang berkenan. Kalau adapon, aku dah ada koleksinya... makanya, terselamatlah duit aku daripada dilaburkan di situ.

Hari terakhir kat terminal jeti... tiba-tiba saja aku ternampak barang baik itu dalam kedai Ismail group... tapi alahh... tutup pulak. Oh ya, hari Jumaat. So, jamu2 mata dari luarlah saja. Akhirnya sampailah masanya, kami menolak troli2 ke ferii... 

Haah? dah buka kedai ismail? kak!! aku masuk kedai tu kejap...
hoi... tak ader orang nak tunggu mu lah. Cegah akak itu mematikan hayunan langkahku.

Akhirnya, feri perlahan2 meninggalkan jeti. Aku baru perasan yang aku pon tertinggal sesuatu... ala.. takkan nak beritahu ketua rombongan, takkan dilayan punya. Kena gelak sakan adalah dijamin. Makanya aku pendamkan sajer.... nak tahu tak? ini rahsia yer.... rupanya hatiku tersangkut kat pinggan mangkuk yang dipamer di kedai ismail group. Dalam hatiku tertanya2...ngaper corak2 baru tu tak ada di gedungnya yang aku pergi??

Arggg... rasa2nya esok jugak aku nak pegi lagi. Tungguuu.


No comments: