Saturday 13 October 2012

Dialog Lucu Masa Anak Kecil

Setiap kanak2 ada tahap perkembangan masing-masing. Ada yang normal dan ada yang agak lambat. Dalam meniti perubahan usia, kadang-kadang melayan keletah anak2 menjadi situasi lucu. Banyak dialog2 lucu yang menjadi nostalgia bagiku. 

***************


Adik - ARIQ FAKHRI

Situasi 1 : 
ketika kita orang sedang makan limau Bali@limau gajah, tiba-tiba adik bertanya,

ni limau apa umi?
limau gajah.
ooohh... dia ni emak limau kecik lah yer?...

Situasi 2 : 
Semasa di prasekolah, adik seorang yang obses bahasa Inggeris. Sampaikan nak basuh berak pun dikira dalam bahasa tu sehingga seratus, baru berhenti. Suatu hari... masa aku makan tengah hari, ada tempoyak dalam budu.

umi...umi, ni pende
ni tempoyak lah adik.
tempoyak tu pende??
tempoyak tu asalnya buah durian. Tak habis makan, umi buatkan tempoyak.
oooohhh.... durian tu bahasa Melayu, tempoyak pulak bahasa Inggerisnya.

Kakak - AIDA FARIHIN

Tak banyak yang menggelikan hati tentang perbualan kakak, sebab dia ni manja...maklumlah dia kan satu2nya anak perempuanku. Cuma, kalau dia merajuk mesti dia kata: tak mo nakap (cakap) apabila ditegur. Satu lagi... mesti sebut umi...bekkkk pabila nak menyusu badan. 

kah..kah... bekkk tu kambing oi.


Abang - ARIF FIRDAUS

1. Suatu hari dia menangis teresak2.
    Kenapa dik?
    adik kena gigit semut rata... (semut gatal).

2. masa ni kakak dah ada.
   umi...umi, kenapa cikgu tanya berapa orang adik beradik?
   kenapa nyer? jawablah dua.
   dengan nada tak puas hati.... kenapa tidak tanya abang berabang tek?

********************

Kini sedar2, mereka dah besar untuk berdialog spontan yang lucu. cuma adik saja yang giat memanipulasi kecerdikan aku untuk mengungkapkan sesuatu dan menyatakan keinginan... banyak kali aku terkena.

Sayang semua.


No comments: