Wednesday, 26 September 2012

Bini-bini Perkasa Main Bola Jaring

Dah lama tak main sukan kesukaan aku ni. Tapi aku tidaklah terer... sekadar rembat aje. Makanya, apabila ada peluang, aku mainlah. Pakai baju kurung pon kurunglah. He... Main 5 minit pon dah terjelir lidah.

Saksikanlah aksi dan lagak ngeri bini-bini orang perkasa ini di blog aku.


 
undi dulu beb... hah air!

 jaga-jaga... aku nak tunjuk bakat nih.


  main bola ke cari gaduh cik kak oii.. tak dengar dah pengadil tiup wisel ker... pengadil warning ker. Kalau kena tembak baru berenti. he. Mula2 main memang skima, ikut peraturan. Tapi, bila dah penat bertukar jadi wresling pulak.

 panas weh. Mana bola nih... tak sabau2 nak syut.

Balik rumah aku rasa pelik ngaper lutut aku ni rasa tegang jer. Alah... biasalah orang bmw 4 siri kan. Oh... baru teringat rupanya petang tadi main bola jaring bagai nak patah kaki.Lain kali nak buat aktiviti lasak kena buat strecing dan waming up dulu ya anak2...




Monday, 24 September 2012

Apa Harapan Kita Dalam Bajet 2013

Istilah bajet berbeza kepadaku, Bajet kerajaan bermaksud peruntukan kewangan... manakala bagiku, bajet tu membawa pengertian rendah kos atau peruntukan yang semput dan sendat2 saja untuk sesuatu projekkk... Ya.. begitulah besar bezanya pabila ia membabitkan wang.

PM akan bentangkan bajet pada Jumaat nan mulia ini. Pelbagai pihak membuat andaian tentang sekian-sekian peruntukan untuk sektor2 tertentu. Produk apa yang akan dinaikkan cukai. Aku rasa ramai yang berharap agar cukai tembakau dan alkohol dinaikkan lagi. 

Manakala bagi kakitangan awam cam aku sudah tentu menginginkan BONUS... kalau boleh dua tiga kali ganda gaji. Auw... apa-apalah. Pon begitu, walau apapun, kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih.



Sunday, 23 September 2012

Kolam Mini Bajet

Sudah namanya aku, maka yang berkaitan denganku mesti ada perkataan bajet @ low cost. Dulu taman bajet, terbaru kolam idaman, tentulah dengan istilah yang sama... buat sendiri untuk minimumkan kos. he.

Justeru,setelah didesak, dipaksa dan diugut.... wo, ganaz... he. Akhirnya, Ak berlembut hati buatkan aku kolam mini untuk bubuh pokok bunga teratai ku. Aku dah dapatkan anak pokoknya melalui seorang teman. Itu pon setelah aku puas mengecek dan merasuah.... ehhh berdosa tuh. Tak derlah....

Aduhai lambatnya siap si kolam mini. Yang tukangnya pulak berpenyakit. Sekejap sakit lututlah, sakit pingganglah.... aduhai dah tua lah katakan. 

-----bersambung---- 



Yang berkaitan dengan taman bajetku... kalau sudi, sila klik

Saturday, 22 September 2012

Bestnya Minum Air Kolam....

Minggu lepas lagi, kakak mengigau2 meracau nak mandi kolam. Mentang2 boleh berenang sesikit, dah mengada lah ye. Tapi okay jugak, sebab aku pon boleh tumpang sama. 

Sebelum pergi, aku sempat masakkan nasi dan gulai ketam cili padi untuk encik AK makan sebelum @ selepas ke masjid. Kan kebulur pulak laki2 itu...

Sampai jer, tak sabau2 nak masuk kolam... yea... Lama tak berenang, maka banyaklah volume air yang aku minum air kolam yang penuh klorin dan daki manusia tuh... ngeh... weck. Tapi itulah hakikatnya berenang bak haruan kena banjir, akhirnya tertelan banyak air. Balik rumah karang tak perlu minum2 lagi... he.

ni kolam lelaki, kolam wanita tak boleh tunjuklah....


 lepas bakar kalori, meh makan kfc ye anak-anak...


Masa mandi2 tadi, tetiber aku ternampak bangunan hospital dari dalam kolam. Ehhh...maknanya pesakit dan sesiapa yang ada di situ boleh nampaklah kita orang yang mandi dengan seksi meksinya nih. 

Oh... bangunan tambahan untuk wad bersalin rupanya. Masih dalam pembinaan. Yalah kan, rakyat Malaysia kena ramaikan penduduk untuk membina negara maju. Justeru, tak perlulah import ramai pendatang kat sini.

Aku difahamkan jugak, pihak kolam sudah dapatkan kontraktor untuk tinggikan benteng supaya kolam wanita tetap tertutup daripada pandangan umum. Ahhh, lega. Bagus lah kerana pihak pengurusan yang prihatin dan sensitif.




Thursday, 20 September 2012

Berkawan dengan Orang Berkira @ Kedekut?

Hah ha... hari ni aku balik lambat ke rumah. Assalamualaikum!! adik o.. adik bucuk, umi balik nih. Tengok umi belikan vitagen kegemaran adik...

waalaikumussalam.... kedengaran suara kecil itu dari dalam rumah, tapi kelibat orang tak nampak pon. Hai, mesti dok syok mengadap tv lah tuu. Tak patut tak patut. Ikutkan hati, jam2 tu jugak aku nak torture @ ceramah @ laser agar anak-anak tahu memuliakan mak ayah...

Bukan nak cerita pasal budak dan tivinya walau pon aku rasa tak puas hati dengan pengaruh kartun yang melampau kepada bebudak. Bukan salah tivi atau kartun ultraman tuh, salah aku yang biarkan dia berlelama berhibur. Sabar... akan ku selitkan ceramah2 kepada mereka setiap pagi dan petang...

Memandangkan aku dah tertulis tajuk di atas... cehhh umpamakan surat rasmi lah pulak, maka aku nak ceritakan tentang seorang teman yang sangat kuat berkira2 @ kupit @ kedekut dalam belanjakan rakan-rakan. Mungkin dulu dia tak pas dalam matematik sebab tuh nak cover kot. he..

Pabila keluar meronda dan makan2, boleh dia asyik2 buat bodo sajer tunggu orang belanja. Paling baik pun, dia akan belanja seorang saja daripada tiga orang!! bengang betullah. Sekali dua terkena... pas tu kena lagi. Berat betul tangan nak keluarkan duit nak belanjakan kawan2 yang selalu dikenakannya. Apalah punya orang. Tak per...

Yang tambah menyampahnya, pantang dengar geng2 nak jalan-jalan, shopping atau makan2 mesti dia nak ikut serta. Heh...

Tadi, selepas pulang kerja aku dan geng buat pakatan sulit lagi menyulitkan untuk ke kedai sutera... mana lagi, Desa Murni lah. Aku malas, malas dan malas nak mengajak dia. Apatah lagi pergi dengan kereta ku. Walhal, dia dah pesan, kalau kita orang nak pergi situ, dia nak gi sama. Oh... tolonggg.

( Tukar tune pulak.... senyum...) 

Hasil lawatan silaturahim ke sana, maka aku pon terbelilah dua helai. Tapi tak terasalah sangat kekopakan poket sebab macam biasa, aku gunakan kad yang Pak Cik Maybank bagi... eeehh, walaupon namanya kad credit tapi aku selalu setelkan supaya tak berkapok yang akan menyusahkan hidup. Guna kad ni kenalah bijak kawal nafsu agar tak bertambah beban AKPK tuh... he.